Archive for Mac, 2007

MATB KeADILan Bahagian Jasin 31 Mac ini

Mac 29, 2007

InsyaAllah pada Sabtu (31 Mac 2007) ini keADILan Bahagian Jasin akan menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian (MATB), difahamkan antara kelompok bahagian terakhir yang menjalankan MATB pada tarikh akhir ini. Mesyuarat akan dimulakan sekitar 8.00 malam dan bakal dirasmikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Agung keADILan.
Sebelum itu juga akan diadakan satu Majlis bersama komuniti India [...]

Jangan Kita Lupa .. Deklarasi Permatang Pauh

Mac 24, 2007

Saya kira ramai yang semakin melupakan amanat perjuangan reformasi yang satu ketika menjadi pegangan dan anutan gerakan reformasi.saya terpanggil untuk kembali meningkatkan kembali pemahaman kita mengenai Deklarasi Permatang Pauh.
Moga bermanfaat buat kita,penjana gerakan reformasi!
Deklarasi Permatang Pauh
12 September 2008
Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud “ tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami ” ;
Dan [...]

Transkrip Wawancara Bersama Suara KeADILan

Mac 24, 2007

Selepas sebulan memangku jawatan Ketua Angkatan Muda, apa perasaan
saudara?
Ia, saya merasakan tanggungjawab itu bertambah, kerana saya melihat bahawa jawatan pemangku ini merupakan satu amanah besar dalam keadaan parti yang sedang memperkukuhkan jenteranya di semua peringkat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 12 yang kemungkinan berlaku pada tahun hadapan.
Justeru penerimaan tanggungjawab pada tahap ini merupakan satu penerimaan [...]

Malaysiakini: Samy Vellu Diberi 7 Hari Lagi

Mac 20, 2007

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMPKR) hari ini memberi lanjutan tempoh tujuh hari lagi kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu untuk mendedahkan semua perjanjian konsesi lebuhraya seperti yang dijanjikannya.
Sebelum ini, pergerakan itu memberi tempoh seminggu, yang berakhir hari ini, kepada Presiden MIC itu untuk berbuat demikian. Perkara itu dinyatakan oleh Naib Ketua [...]

AMK Sahut Cabaran Samy Vellu!

Mac 19, 2007

Memandangkan bacul Samy Vellu masih tidak surut,maka saya dan kepimpinan AMK mengambil keputusan yang tegas untuk menyahut cabaran beliau untuk mendedahkan harga Tol SMART dan juga menyerahkan Memorandum Desakan Rakyat kepada Samy Vellu. Esok, Selasa 20 Mac 2007 jam 11 pagi kami pimpinan AMK Pusat akan ‘berkunjung’ ke Kementerian Kerjaraya untuk sama-sama melakukan ‘kunjungan hormat’ [...]

Boikot Atau Tidak?

Mac 19, 2007

pemergian mendiang Datuk Wira Poh Ah Tiam turut membawa signal yang pilihanraya kecil akan diadakan untuk mengisi kekosangan kerusi DUN Machap yang ditinggalkan oleh beliau.Rabu 21 Mac 2007 SPR akan mengisytiharkan tarikh penamaan calon & tarikh pilihanraya kecil (PRK) DUN Machap
DAP telah menegaskan yg tidak akan memboikot PRK ini, dalam erti kata lain, akan meletakkan [...]

Takziah Buat Keluarga Mendiang Poh Ah Tiam

Mac 17, 2007

saya ingin mengucapkan takziah ke atas keluarga mendiang Datuk Wira Poh Ah Tiam, Ketua Perhubungan MCA Melaka yang juga Exco Kerajaan Tempatan Negeri Melaka yang meninggal dunia lewat petang Khamis lepas kerana menghidap penyakit kanser. meskipun berbeza lapangan dan anutan politik,jasa-jasa mendiang tetap kekal di dalam ingatan semua.sekalung takziah buat keluarga mendiang.
.

Bantah Penahanan Tian Chua Di IPD Ampang Malam Ini!

Mac 7, 2007

Saya dimaklumkan yang Sdr Tian Chua, Ketua Penerangan KeADILan telah ditahan polis bersama sekumpulan aktivis dan penduduk tempatan yang turut sama membantah perobohan Kampung Berembang, Ampang hari ini.
Tambah mengejutkan yang Tian Chua juga didakwa atas tuduhan cubaan membunuh so bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan. apa yang melucukan, dakwaan itu dibuat hanya kerana Tian melanggar penghadang [...]