Jangan Kita Lupa .. Deklarasi Permatang Pauh
Saya kira ramai yang semakin melupakan amanat perjuangan reformasi yang satu ketika menjadi pegangan dan anutan gerakan reformasi.saya terpanggil untuk kembali meningkatkan kembali pemahaman kita mengenai Deklarasi Permatang Pauh.
Moga bermanfaat buat kita,penjana gerakan reformasi!
Deklarasi Permatang Pauh
12 September 2008Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud “ tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami ” ;
Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula; Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:
Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;
Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;
Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;
Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;
Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;
Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;
Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.
Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.
Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.
Mac 26, 2007 at 12:31 am
saudara sam saya ingat kita jagan bayak melancap dan syok sendiri ok u temgok balik degan bro dsai tu pegawai dia pun tak blh nak jaga ni kan lagi nak jaga malaysia apa jadi degan ezam .anuar shari dan teman teman lain lain yang mengerakan refomasi dahulu
akila yang tak ada kepentingan dalam politik tapi tak akan sokong keadilan kerana tak ada masa depan
Mac 26, 2007 at 12:28 pm
akila,
dalam politik adalah mustahil andai tidak ada pasang surut.akan ada yang berundur,tapi lebih ramai yang bakal mendepani cabaran.meskipun ada teman-teman yang tidak lagi bersama dalam saf kepimpinan,tapi mereka masih komited pada agenda perjuangan.
soal keADILan punya masa depan atau tidak,kekal bergantung pada qada & qadar Allah SWT.yang paling mustahak kita konsisten dan istiqamah pada prinsip perjuangan dan kebenaran.fokus kita kekal kepada rakyat.
Mac 28, 2007 at 3:23 pm
Salam akila, kenyataan saudara yang tak berkepentingan dalam politik ialah kenyataan politik. Ini kenyataan politik saudara,
Kacamata saudara yang melihat keadilan tiada masa depan kerana melihat parti keadilan dalam skema partai yang lain, UMNO contohnya.
Politik berdasarkan pengaruh individu sahaja, dan percaya organisasi atau kerajaan harus dijaga oleh sekelompok kecil–sebab itu demokrasi dianggap masalah.
Soal orang keluar masuk parti itu biasa, kerana yang patah akan berganti.
Mac 29, 2007 at 11:37 am
Beginilah, saya kira penerangan secara perbandingan lebih senang untuk memahamkan kawan-kawan seperti akila ini. Soal bahawa keteguhan sesebuah parti politik atau apa-apa pertubuhan sekalipun tidak bergantung kepada keluar-masuk pemimpinnya adalah fakta, sejarah membuktikannya. Onn Jaafar keluar dari Umno, Umno terus hidup sampai sekarang, Nakhae Ahmad keluar PAS, PAS juga terus bertahan sampai sekarang, saudara mahu bercakap tentang pertubuhan apa lagi, oh ya, Loi Tek belot dengan perjuangan Parti Komunis Malaya, mengakibatkan mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diserang hendap, kemudiannya sejarah memberitahu kita PKM semakin kuat di bawah Chin Peng…
Jadi fikirlah baik-baik, tengok dengan mata hati, medan perjuangan kita belum ditutup lagi, belum tahu siapa yang kekal tegak berdiri, siapa yang bakal menggali kubur sendiri.
Mac 29, 2007 at 6:34 pm
keADILan bukan parti ‘one-man show’.
biarlah seramai mana yg keluar parti, itu bukan proses melemahkan parti, sebaliknya saya percaya itu adalah satu proses penyucian parti ke arah lebih dinamis.pembersihan ini perlu supaya yang kuat biar tinggal, yang lemah biar pergi.
PAS satu ketika hilang kuasa di Terengganu pada tahun 1959-60 dek kerana ADUN PAS ketika itu lari melompat parti. tetapi PAS kekal hidup sampai hari ini.
Kata Sdr Amir Sari saya persetujui, patah tumbuh hilang berganti.Jangan digusar pemergian mereka,redhakan saja.kelak bakal menyusul pahlawan berwibawa!