Archive for April, 2007

Malaysia Kan Bolehland?

April 30, 2007

Kalau kekalahan KeADILan di Ijok memang datang daripada suara rakyat di Ijok,kami redha. Tempang sudah sistem demokrasi di Malaysia hasil acuan pemerintahan Kerajaan BN dengan kerjasama tegar SPR dengan apa yang kami alami di Ijok semalam.
Rumusan saya mudah,KeADILan bukan kalah di tangan rakyat Ijok, KeADILan kalah di tangan hantu-hantu,di tangan SPR yang zalim. Lihat saja [...]

Ayuh Kita Cipta Sejarah!

April 28, 2007

Tuan/Puan Pengundi Ijok Yang Dihormati,
Hari Sabtu (28/4) ini hari penentuan bagi semua rakyat di dalam DUN Ijok. Kepada rakan-rakan berbangsa Melayu, Cina & India saya merayu supaya mengundi calon Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim. Anda semua: Melayu, Cina dan India berpeluang untuk mencipta sejarah.
Dan sejarah itu akan anda cipta dengan mengundi calon [...]

[1 Hari 1 Pendedahan] - Siri Kesembilan

April 27, 2007

Pendedahan Kesembilan:
Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus.
Sumber pendapatannya dipertikaikan kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

[1 Hari 1 Pendedahan] - Siri Kelapan

April 26, 2007

Pendedahan Kelapan:
Dr. Khir didakwa telah meluluskan kawasan balak di Kompartmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram [...]

Sah, BN Amal Politik Samseng!

April 25, 2007

Laporan terkini Malaysiakini jelas menunjukkan yang BN sudah terdesak.Tidak cukup polis digunakan untuk membatalkan sesi ceramah KeADILan dan parti-parti alternatif yang lain malam semalam, hari ini pimpinan KeADILan pula diserang dan dicederakan.  Saya mengiyakan kata-kata Sdr Azmin Ali, Naib Presiden KeADILan, kita sebenarnya telah menang..dan orang kalah selalu hilang punca & akal!
Lagi serangan terhadap Khalid [...]

[1 Hari 1 Pendedahan] - Siri Ketujuh

April 25, 2007

Pendedahan Ketujuh:
Kita teruskan dengan keperluan Dr Khir Toyo untuk menjawab apakah benar beliau telah meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga ‘quotation’ yang diberikan oleh [...]

SPR, Tolong Jawab!!

April 24, 2007

Saya melihat links yang diberikan oleh Sdr Arif Abdull, dan juga capaian ke analisis Raja Petra Kamaruddin di Malaysia-Today. Fakta ini bukan cobaan, tetapi betul-betul!
Ahad lepas, 22 April 2007, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam temubual dengan Mingguan Malaysia menafikan tanggapan umum bahawa SPR tidak adil, tidak bebas dan tidak telus [...]

Khir Terus Membisu,BN Terus Mengganas!

April 24, 2007

                                      
Melalui siri pendedahan yang dibuat melalui blog ini,ternyata ia tidak meninggalkan sedikit kudis pun buat Dr Khir Toyo.mungkin beliau tegar dengan tuduhan rasuah,maklumlah, dah biasa sangat dituduh.Jadi kesannya pun ’sedang-sedang’ saja.
Pun begitu ini bukan isunya,isunya ialah penyelewengan wang rakyat.Wang pembayar cukai yang dikutip dari segenap lapisan masyarakat yang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia! [...]