Laporan terkini Malaysiakini jelas menunjukkan yang BN sudah terdesak.Tidak cukup polis digunakan untuk membatalkan sesi ceramah KeADILan dan parti-parti alternatif yang lain malam semalam, hari ini pimpinan KeADILan pula diserang dan dicederakan. Saya mengiyakan kata-kata Sdr Azmin Ali, Naib Presiden KeADILan, kita sebenarnya telah menang..dan orang kalah selalu hilang punca & akal!
Lagi serangan terhadap Khalid dan penyokong PKR di Ijok
Soon Li Tsin
Apr 25, 07 7:50pmSekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh calonnya Tan Sri Khalid Ibrahim diserang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali ketika mereka mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Ladang Coalfield, dekat Ijok petang tadi.
Bagaimanapun, Khalid (foto) tidak cedera kerana sempat dibawa pergi dari tempat kejadian.
Ketua PKR bahagian Klang, P Krishnasamy, 46, bagaimanapun cedera dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.
Menurut Krishnasamy, Khalid dan kumpulan penyokong PKR itu mengadakan kempen dari rumah ke rumah apabila kira-kira 10 lelaki muncul dan mengarah mereka meninggalkan kawasan perumahan di ladang tesebut.
Kumpulan lelaki itu kemudiannya dikatakan bertindak membelasah para enyokong PKR itu. Krishnasamy mengenal pasti salah seorang penyerangnya sebagai Balakrishnan.
“Mereka memukul saya, mengoyak baju saya dan memecahkan kaca mata saya,” katanya.
“Saya terus memberitahu penyokong PKR itu supaya membawa Tan Sri (Khalid) pergi dari situ,” tambahnya.
Krishnasamy, yang mengetuai pusat operasi PKR di Tuan Mee, dan tiga orang lagi tidak dapat pergi dari situ apabila pintu masuk ke ladang tersebut telah dikunci.
“Kami masih berada di sini dan kami masih menunggu untuk dibawa keluar dari sini supaya kami dapat membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi malaysiakini kira-kira sejam lalu.
Bagaimanapun, difahamkan kira-kira jam 7.40 malam, mereka berada di balai polis Ijok untuk membuat aduan.
Ketika dihubungi, Khalid berkata, kejadian tersebut berlaku selepas beliau berkempen ke 20 rumah di situ.
Bukan pertama kali
“Kumpulan itu kelihatan marah dan berkata mereka akan menutup pintu masuk ke estet tersebut dan mengarahkan keluar dari situ.
“Pada pandangan Krishnasamy, kami patut selesaikan terlebih dahulu kempen dari rumah ke rumah di situ dan kemudiannya baru beredar, tetapi mereka mula mengganggu kami,” katanya.
Ini bukanlah kali pertama taktik gangguan seumpama itu digunakan ketika Khalid berkempen.
Minggu lalu, kira-kira 20 orang, termasuk mereka yang memakai uniform Pemuda Barisan Nasional (BN), didakwa cuba menggangu Khalid dan dua jurugambar sambilan, termasuk blogger Jeff Ooi.
Khalid akan berdepan dengan calon BN, K Parthiban dalam pilihanraya kecil Ijok Sabtu ini.





Bagaimanapun, Khalid (foto) tidak cedera kerana sempat dibawa pergi dari tempat kejadian.
Korang kalau nak bohong pun,tulis tu biar betul.Kata “penyerang yg tak dikenali..” tapi boleh cam pulak salah seorangnya adalah Balakrisnan.