Malaysia Kan Bolehland?

Kalau kekalahan KeADILan di Ijok memang datang daripada suara rakyat di Ijok,kami redha. Tempang sudah sistem demokrasi di Malaysia hasil acuan pemerintahan Kerajaan BN dengan kerjasama tegar SPR dengan apa yang kami alami di Ijok semalam.

Rumusan saya mudah,KeADILan bukan kalah di tangan rakyat Ijok, KeADILan kalah di tangan hantu-hantu,di tangan SPR yang zalim. Lihat saja komen Kamaruzaman Mohd Nor sewaktu ditemuramah di TV3 apabila beliau diminta mengulas mengenai pengundi hantu.

“kalau lelaki kita angkat seluar dia,kalau perempuan kita angkat skirt dia.kalau kaki tak jejak tanah,betullah itu pengundi hantu.”

Ya Allah, cerdiknya Setiausaha SPR ini!Memang inilah salah satu kriteria untuk menjadi penjunjung titah kerajaan BN.

Saya bersama-sama beberapa teman diketuai Sdr Ezam Mohd Nor telah bertindak menahan beberapa buah bas persiaran yang datangnya daripada utara tanah air.sahih disyaki mereka adalah pengundi hantu,tetapi didakwa adalah peraih undi daripada utara. Peraih undi datang pukul 4 petang di saat masa pengundian hanya tinggal sejam? mana logik akal yang boleh terima dakwaan sebegini rupa. Akibatnya,kami ditahan polis sehingga lewat malam dan hanya dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada pagi pengundian beberapa petugas PAS telah dipukul oleh Petugas Pemuda BN sehingga ada yang parah dan nazak hingga terpaksa mendapatkan rawatan di ICU Hospital Sungai Buloh. Ini tidak mendapat mana-mana liputan daripada media arus perdana di Malaysia. Tapi biasalah tu, Malaysia kan Bolehland?

Saya akan menulis dengan lebih terperinci mengenai pengalaman saya sepanjang bersama pasukan KeADILan dan Rakan-rakan Parti PAS dan DAP. Saya akui, tanpa kerjasama rakan-rakan daripada PAS & DAP, kami mungkin tidak dapat bergerak dengan lebih baik.

Komitmen sukarelawan juga amat dihargai.mereka begitu bertungkus lumus untuk sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan kemenangan Tan Sri Khalid.Biarpun kita tewas,tetapi semangat itu biarlah melangkaui zaman.

Teringat akan kata-kata Almarhum Ustaz Fadzil Noor, bekas Presiden PAS..

“Kebenaran tidak akan diperoleh melalui hamparan permaidani merah.Kebenaran hanya akan lahir dari perjuangan yang menuntut pengorbanan…”

Explore posts in the same categories: KeADILan, Pakatan Pembangkang, Politik

4 Comments on “Malaysia Kan Bolehland?”

  1. ladymariah Says:

    Perjuangan masih belum selesai…

  2. keADILan_SriGading Says:

    Tahniah atas usaha keras saudara di Ijok.Lawan tetap lawan !

  3. dramkah Says:

    jalan jem di bt 8 saya melalui jalan dalam iaitu masuk ke dalam yang saya kira di bukit badung dan saya ternampak dua bas yang disedang mengambil penumpang di rumah perlis jam menunjukkan lebih kurang 3.00petang , saya dan teman Azman terkata mungkin penghundi hantu, kami terus ke sg darah untuk melihat keadaan disana dan dalam perjalanan pulang ke bilik gerakan simpang ijok, kami terserempak lagi dengan bas tadi dan tidak berapa lama kami nampak ezam dan nazmi berlari mengejar bas. *pasti pengundi Hantu*kami turut memberi bantuan kepada ezam dan menahan bas, terus ke balai dan sms kpd kawan2 untuk memberi sokongan

  4. Arifabdull Says:

    Surat terbuka untuk Encik Anwar Ibrahim

    …… Bersandarkan dasar membuka penyertaan kepada lebih ramai menyertai perjuangan anda telah berjaya menarik Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung ke dalam KeADILan. Selain daripada itu, hasrat menjadikan KeADILan sebagai parti yang melampaui batas perkauman dan pegangan agama juga merupakan salah satu ciri penting bagi sebuah perjuangan progressif. Inilah antara ciri yang telah membakar sokongan massa yang menghasilkan momentum 1998, dan telah mendatangkan rasa gentar pemerintah waktu itu.……

Comment: