Aksi Terlampau Pengganas BN Di Ijok
Saya kira pendedahan ini adalah merupakan pendedahan yang paling moden sekali, memandangkan sarat dengan bukti audio visual untuk menafikan semua tuduhan liar yang mengatakan KeADILan adalah pemula provokasi tatkala kita berkempen sewaktu PRK DUN Ijok lewat bulan lepas.
Pendedahan berikut, yang diinisiatifkan di Laman Web Angkatan Muda KeADILan boleh dilihat di sini.
Saya boleh merumuskan begini, KeADILan adalah ancaman kepada Umno/BN,ancaman yang sebenar-benar ancaman yang mampu memusnahkan hegemoni politik mereka. Jika tidak masakan mereka terus-terusan mengasak KeADILan sebegini rupa?
Mei 16, 2007 at 1:03 pm
ada satu lagi pendedahan, sewaktu makan char kue tiou semalam , ada kawan yang bekerja sebagai pemandu ambulance, dia pun tidak sedar diperkudakan di IJOK , pengakuannya membawa pengundi yang dia tidak tahu bahawa itu pengundi hantu, orang tua di rumah orang-orang tua digunakan dengan menghantar ke kampung untuk dijadikan keluarga angkat, pada hari mengundi pemandu ambulance digunakan untuk mengambil mereka, pengakuannya dari pagi hingga petang lebih kurang 15 orang sudah dihantar untuk mengundi. di dalam ambulance ada pilot BN yang mengarahkannya untuk mengambil dan menghantar pengundi. dengar khabarnya memang diarahkan setiap hospital kerajaan di selangor menghantar sekurang-kurangnya satu ambulance . Sewaktu saya diijok memang banyak ambulance pelik juga banyak kecemasan, rupa-rupanya hantu tua yang sakit pergi mengundi. bagaimana dengan sismap boleh di tangkap hantu-hantu ini ??????? Sismap gagal !!!!!!!!!!!! >>>>> *mungkin hantu yang dimasukkan*
>>>>>*mungkin pengundi kita yang dibuang*
——–sismap gagal =Azmin ali gagal——–