AMK Kecam Penahanan Nathaniel Tan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia [AMK] mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak polis menahan Nathaniel Tan, Editor SuaraKeadilan.com dan Setiausaha Eksekutif kepada Pengerusi Yayasan Masa Hadapan (Foundations of the Future), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Keluarga Nathaniel bersama pemimpin dan penyokong Parti Keadilan Rakyat hanya dapat mengetahui dengan pasti bahawa beliau berada di dalam tahanan polis hanya pada jam 10.30 malam, 6 jam selepas beliau dibawa pergi dari pejabatnya oleh tiga orang yang mendakwa diri mereka pegawai polis pada jam 4.30 petang.
Pada peringkat awal, pihak polis telah enggan memberikan pengesahan samada benar beliau ditahan sehingga menyebabkan satu laporan polis mengenai kehilangan beliau terpaksa dibuat pada jam 8.00 malam. Polis hanya mengesahkan bahawa beliau berada di dalam tahanan polis setelah didesak oleh saya dan beberapa pimpinan keADILan dan pada masa yang sama semakin ramai rakyat berkumpul di pintu masuk Bukit Aman menuntut berita mengenai kehilangan Nathaniel.
AMK merasa kesal dengan cara tangkapan yang dilakukan oleh pasukan polis dan kelewatan mereka memaklumkan tangkapan ini menunjukkan bahawa tahap profesionalisme Polis masih rendah. AMK mendesak agar Nathaniel dibawa ke hadapan Majistret dengan seberapa segera sebelum cukup tempoh penahanan 24 jam sebagaimana yang pernah dilakukan di dalam kes-kes lain sebelum ini.
Walaupun pihak polis memaklumkan bahawa Nathaniel ditahan oleh Cawangan Jenayah Perdagangan untuk disiasat mengenai jenayah siber yakni berkenaan perkara yang dipaparkan di laman blog dan laman web kendalian beliau, AMK meragui motif sebenar tangkapan tersebut.
Menurut sumber polis, laman web dan blog kendalian beliau telah memaparkan beberapa pendedahan mengenai kepincangan pentadbiran negara dan dakwaan perlakuan rasuah dan salahguna kuasa beberapa pemimpin kerajaan. Sehubungan itu AMK amat bimbang sekiranya penahanan ini mempunyai motif untuk melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu.
AMK menggesa agar pihak polis bersikap profesional di dalam mengendalikan kes ini dan semua kes yang lain. Adalah amat dikesali jika sekiranya pihak polis melakukan penahanan hanya semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya generasi muda daripada membuat pendedahan mengenai kepincangan pemimpin negara dan membuat tuntutan ke arah Reformasi di negara ini.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Julai 15, 2007 at 4:01 pm
Kenyataan Media
15 Julai 2007
Angkatan Muda KeADILan Rakyat Negeri Perlis (AMK) memandang serius tentang kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin yang disiarkan dalam Utusan Malaysia Sabtu, 14 Julai 2007 sebagai suatu kenyataan dangkal yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
AMK Negeri Perlis ingin menyatakan bahawa persoalan sesiapa sahaja ahli Parti keADILan Rakyat (PKR) yang masuk atau keluar parti itu adalah suatu perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana parti politik. Walaubagaimanapun, kita semua sedia maklum bahawa media arus perdana memang diarahkan oleh pihak tertentu untuk menyiarkan berita ‘sebahagian kecil’ ahli PKR keluar parti, sedangkan ramai lagi ahli baru yang menyertai PKR langsung tidak akan disiarkan sama sekali. Dalam Umno sekalipun, ramai ahli parti berkenaan yang mengisytiharkan diri keluar dari Umno, namun ianya tidak didedahkan oleh media berkenaan.
Kami berpandangan bahawa Khairy tidak perlu bersusah payah untuk menguburkan PKR dalam pilihanraya umum yang akan datang, sebaliknya beliau harus memastikan supaya karier politik beliau sendiri tidak terkubur di dalam Umno terutama sekali dalam pemilihan Umno yang khabarnya akan diadakan pada tahun hadapan.
Awal-awal lagi kita semua sedia maklum terdapat beberapa cawangan Pemuda Umno di bahagian Rembau yang beliau sendiri menjadi ketuanya telah membuat usul undi tidak percaya kepada kepimpinan beliau tempohari sehinggakan mereka juga turut mencabar beliau untuk terus kekal bertanding sebagai ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau pada tahun hadapan.
AMK Negeri Perlis ingin menegaskan bahawa Khairy sepatutnya menghitung karier politik beliau sendiri di dalam Umno daripada bertungkus lumus untuk menguburkan PKR, samada kariernya akan kekal ataupun terkubur sama sekali setelah berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan negara pada suatu masa nanti.
Sejarah telah membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memegang jawatan selama 22 tahun yang diketahui mempunyai jasa yang besar dalam Umno pun boleh tewas dalam pemilihan G7 (perwakilan bahagian ke Perhimpunan Agung) Umno Bahagian Kubang Pasu pada tahun lepas setelah beliau tidak lagi mempunyai ‘kuasa’.
Apa sangatlah jika nak dibandingkan dengan Khairy yang baru setahun jagung berkecimpung sebagai menantu perdana menteri seterusnya dianugerahkan jawatan dalam Pemuda Umno setelah ‘kuasa’ itu tiada suatu hari nanti.
Zamri Bin Sapar
Ketua AMK Negeri Perlis
Julai 17, 2007 at 11:03 pm
assalammualaikom….saya ingin mengulas beberape isu semasa yang sedang berlaku sekarang..pertama sekali ialah isu keluar masuk parti….nampaknya ezam noor menjadigunting dalam lipatan.ketidaksetiaan ezam kepada parti sudah terserlah apabila beliau sendiri mengaku suatu masa dahalu beliau akan masuk ke dalam umno apabila diberi kan jawatan sekurang2nya jawatan timbalan menteri.ketika itu umno tidak melayan permintaan ezam sebeb itulah beliau masih bersama keadilan…tetapi beberape pembelot sudah tewas ketika itu seperti roslan kassim dan barua2 geng12.saya juga berpendapat ezam adalah seorang yang gila kuasa sedangkan beliau tidak mendapat kepercayaan diperingkat akar umbi..sebab utama beliau menyertai gerak agar dapat memegang jawatan no 1 dalam pertubuhan yang beliau tubuh kan sendiri.ezam juga adalah pencacai najis dalam perjuangan.beliau juga menjadi batu api kemana sahaja untuk merayu kepada ahli keadilan supaya menyertai GERAK dan dalam pada masa yang sama memperolehi kemungkinan ganjaran daripada pemimpin umno.ezam juga cuba memecah belahkan keadilan ketika persigangan keadilan di seremban baru baru ini.kita tidak perlu menghargai mereka yang keluar parti ini…lebih banyak ahli keadilan yang banyak berkorban kepada parti dan mereka ikhlas serta tidak meminta sebarang penghargaan.
Julai 19, 2007 at 10:12 am
terkena batang hidung KJ. LOL.
Julai 24, 2007 at 9:33 am
http://srigading.wordpress.com/