Insiden Protes Harga Minyak Naik di KLCC pada 28 Mei 2006 berulang kembali di Batu Buruk, Terengganu semalam dengan serangan 350 anggota polis daripada pelbagai cawangan termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU) serta dua trak penyembur air dikejarkan ketempat kejadian bagi mengawal keadaan.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyifatkan tindakan Polis dan FRU menyuraikan ceramah anjuran BERSIH di Terengganu semalam adalah bersikap seperti manusia yang tidak bertamaddun dan hilang nilai-nilai kemanusiaan.
Insiden semalam yang mengakibatkan 2 nyawa di dalam bahaya apabila ditembak oleh anggota polis dengan peluru hidup dan puluhan yang ditahan polis adalah antara yang paling buruk selepas insiden kezaliman polis meleraikan Perhimpunan Arsenik di Masjid Negara pada tahun 1999.
Insiden PROTES Harga Minyak Naik di KLCC pada 28 Mei 2006 berulang kembali di Batu Buruk, dengan serangan 1350 anggota polis daripada pelbagai cawangan termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU) serta dua trak penyembur air dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.
Dalam prosedur undang-undang, meskipun berhadapan dengan provokasi, pihak polis tidak boleh melepaskan tembakan sewenang-wenangnya kepada orang umum. Insiden menembak orang awam ini jelas bertentangan dengan mana-mana undang-undang dan konvensyen di dunia.
AMK melihat isu ini adalah jelas merupakan satu bentuk provokasi terbaru Umno-BN yang menggunakan polis untuk memainkan sentimen rakyat kononnya penyokong pembangkang bertindak ganas. Sedangkan permit yang ditarik balik menyebabkan kerencatan perjalanan program, ditambah dengan pihak polis yang merobohkan pentas, jelas menunjukkan bagaimana polis menyalahgunakan kuasa mereka seperti yang di dalam Akta Polis.
AMK akan bersama-sama dengan BERSIH untuk mengambil semua tindakan yang perlu termasuk memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga kerajaan Malaysia. AMK mengulangi komitmen kami untuk membantu BERSIH menggerakkan mobilisasi rakyat untuk membantah salahlaku terbaru pihak polis dan juga penyelewengan pilihanraya yang terus-terusan dilakukan oleh kerajaan BN dengan dibantu oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Rentetan daripada peristiwa ini, AMK mendesak kerajaan untuk segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) apatah lagi tindakan terbaru polis di Terengganu ini, menunjukkan betapa perlunya IPCMC ditubuhkan pada kadar segera untuk memastikan pihak polis berterusan sedar bahawa mereka menjawat amanah rakyat untuk menjaga keamanan, bukan mengancam keamananan.
Difailkan dalam: Angkatan Muda, KeADILan, Media, Pakatan Pembangkang, Politik




