• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Menghadiri majlis penutup prog Karnival Sukan Rakyat di Dun Permatang, Tjg. Karang anj PeBT. Tahniah Hj Yahya http://tweetphoto.com/6819576 1 day ago
    • 3: Hijrah merupakan titik mula kpd perjuangan membangunkan masyarakat dan kemudiannya membina sebuah negara. http://myloc.me/2cbr3 2 days ago
    • Sh.Yusof: Rasul rancang strategi hijrah dgn rap. Beliau pilih Abu Bakr, Ali, Asma' & penunjuk jln yg pintar serta duduk di tempat selamat. 2 days ago
    • Sh. Yusof: Kemenangan di dlm perjuangan ialah a/bila kita berjaya mempertahankan prinsip, pegangan & aqidah walaupun dizalimi & dianiaya 2 days ago
    • Ribuan hdr kuliah Sh. Yusof AlQardhawi. Kuliah dimulakan dgn menceritakan hubungan rapat dgn @AnwarIbrahim. http://tweetphoto.com/6732768 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

Dedahkan identiti lelaki bakar Jalur Gemilang

Malaysiakini
Andrew Ong
Sep 12, 07 4:45pm

Parti pembangkang, PAS dan PKR hari ini menggesa pihak polis supaya mendedahkan identiti lelaki yang membakar Jalur Gemilang sewaktu berlaku rusuhan di Kuala Lumpur malam Sabtu lalu.

tganu1Gambar tersebut, yang menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi keledar, disiarkan dalam hampir semua akhbar harian utama.

Dalam satu sidang akhbar bersama di Kuala Lumpur hari ini, PAS dan PKR menegaskan bahawa polis mampu mengenalpasti lelaki tersebut.

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Akin berkata ada sebab untuk mengesyaki bahawa mereka yang terbabit dalam insiden tersebut adalah ejen provokasi yang mahu mencemarkan nama kedua-dua parti pembangkang tersebut.

“Kita lihat gambar-gambar dalam akhbar dan kita tahu, ia diambil oleh polis,” dakwanya, sambil berkata, media bahasa Cina melaporkan bahawa polis merampas kamera dari jurugambar akhbar sewaktu insiden tersebut.

Permit polis

Insiden di Pantai Batu Buruk itu berpunca daripada keengganan pihak polis mengeluarkan permit untuk satu ceramah awam anjuran badan pemantau pilihanraya, Bersih.

tganu2Sebelum ini, Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob berkata, permit tersebut tidak dikeluarkan kerana kawasan ceramah, yang merupakan tempat tumpuan pelancong, tidak sesuai.

Dalam insiden tersebut, tujuh orang cedera, termasuk empat anggota polis. Dua orang lagi cedera terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang anggota polis ketika dia diserang oleh sekumpulan lelaki.

Ekoran insiden tersebut, pihak akhbar, antara lain, menyiarkan gambar Jalur Gemilang dibakar, yang bersumberkan agensi berita nasional, Bernama.

Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Hatta Ramli berkata gambar tersebut mencurigakan dan menggesa polis supaya menyiasatnnya.

Katanya, jika pihak polis – melalui kaedah forensik – tidak dapat menentukan identiti lelaki tersebut, “maka kita boleh mengandaikan bahawa pihak polis tidak mampu mengendalikan walaupun perkara yang kecil”.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin pula berkata, Pemuda PAS dan PKR akan membuat laporan polis berhubung perkara itu di Terengganu hari ini.

Pemuda Umno Terengganu telah membuat laporan polis mengenai perkara yang sama kelmarin, sambil menggesa kerajaan supaya melucutkan kerakyataan mereka yang terbabit.

Mahukan penjelasan

Dalam satu perkembangan berkaitan, Bersih hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menggesa supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat insiden tersebut.

Memorandum itu juga menuntut pihak polis supaya memberi penjelasan penuh berhubung penggunaan peluru hidup dalam insiden tersebut.

tganu3Dalam memorandum itu juga, Bersih berkata, sebelum insiden itu berlaku, ia telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa aktiviti tersebut tidak akan diteruskan, tetapi pihak polis didakwa memulakan tindakan terhadap orang ramai.

Sebelum ini, ketua polis Terengganu berkata, mereka hanya bertindak selepas orang ramai merusuh.

Memorandum Bersih itu diterima oleh pegawai perhubungan awam Bukit Aman, ASP N Venugopal

Menurut Naib Presiden PAS, Mohd Sabu, Bersih akan membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) esok.

Beliau berkata, Bersih akan meneruskan penjelajahan ke seluruh negara untuk mendidik orang ramai mengenai hak mereka sebagai pengundi.

Bersih adalah gabungan 60 badan bukan kerajaan dan lima parti politik pembangkang.

Tinggalkan jawapan