Merdeka 50 Tahun: Ke Mana Halatuju Malaysia?

sam1Saya berceramah bersama YB Presiden, Dr Wan Azizah Wan Ismail di DUN Penanti Permatang Pauh, hujung minggu lepas. Antara lain saya membangkitkan mengenai perbelanjaan kerajaan sempena sambutan kemerdekaan yang mencecah RM100 juta di saat rakyat disuruh berjimat cermat dan ‘mengubah gaya hidup’.

Saya juga sempat mengulas pandangan Pemenang Anugerah Nobel, Amartya Sen mengenai kayu ukur kemerdekaan apabila India mencapai 50 tahun kemerdekaan, seperti yang beliau ulas di dalam bukunya ‘The Argumentative Indian’. 3 perkara asas yang Amartya Sen tekankan ialah:
(i) amalan demokrasi
(ii) penghapusan ketidakseimbangan sosial dan kemiskinan; dan
(iii) pencapaian ekonomi dan pegangan ekuiti.

sam2Ketiga-tiga perkara di atas langsung tidak dibincangkan dengan serius oleh kerajaan BN sempena usia 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Persoalannya, ke manakah hala tuju negara ingin dibawa oleh BN untuk tempoh 50 tahun akan datang?

Amalan demokrasi kian tercalar dengan apa yang berlaku di Batu Buruk. Polis diperalatkan untuk memuaskan hawa nafsu Umno/BN mengekalkan tampuk kekuasaan dengan cara yang kotor dan biadap. Kemiskinan rakyat masih membungkam, permasalahan sosial hebat di sana sini. Keseimbangan ekonomi antara kaum masih bermasalah, dan mereka masih tegar membincangkan dasar afirmatif yang hanya menguntungkan mereka dan juak-juak BN!

Apakah rakyat ‘buta’ tidak menilai semua ini? Rakyat tidak boleh kekal diperbodohkan kerajaan BN. Ayuh bangkit menjana perubahan!

Explore posts in the same categories: Aktiviti, Angkatan Muda, KeADILan, Politik

5 Comments on “Merdeka 50 Tahun: Ke Mana Halatuju Malaysia?”

  1. samdol Says:

    Semua tu kerajaan dah lama buat la, tok sah nak putar belit fakta. Kamu buat sumbangan apa pada negara? Cakap aje pandai….

  2. Shahrizan Says:

    Tuan Samdol,

    Malas nak layan tuan.Tapi rasa kesian pulak..Apa yang tuan rapukan ni..semua tu kerajaan dah buat? Maksud tuan perkara i) amalan demokrasi
    (ii) penghapusan ketidakseimbangan sosial dan kemiskinan; dan (iii) pencapaian ekonomi dan pegangan ekuiti …?
    Saya rasa banyak tuan kena pergi berkelana dan buat lawatan sambil belajar di negara kita ni.Terutamanya tentang keseimbangan sosial dan kemiskinan…cuba buka mata luas-luas..dan buka mata hati sekali.. baru boleh nampak jelas…kalau zaman saidina Umar dulu,iya ada keseimbangan ekonomi..sampai tidak ada orang yang mahu terima zakat..tapi sekarang yang ada ialah perampokan ekonomi dan keseimbangan tilam untuk beradu…

    Bekas Lisa1.

  3. Shahrizan Says:

    Tuan Samdol,

    Sumbangan saudara Samsul pada negara jangan ditanya…saya kenal beliau dari zaman sekolah dan tahu siapa dia.. jangan tanya sumbangan orang lain pada negara..tanya diri sendiri…besok di akhirat,bukannya Samsul yang nak jawab pada malaikat bagi pihak tuan Samdol…bukan…jadi hisab diri masing-masing… sekurang2nya, dia sudah sampaikan penerangan pada rakyat..

    Bekas Lisa1.

  4. amat-amati Says:

    Bro. Sam tengah ceramah ke menyanyi? Rostrum tue mcm tgh conduct koir je he he.

    sudila singgah di jamizalzainol.wordpress.com

  5. ezul89 Says:

    mana perginye duit zakat yang sepatutnya dibayar oleh petronas kepada malaysia………..

Comment: