Archive for Disember, 2007

Gugurkan Tuduhan Ke Atas Suwandi & Azman!

Disember 17, 2007

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) merakamkan ucapan ‘tahniah’ kepada Peguam Negara kerana sekali lagi bersikap selektif di dalam tindakan terbaru beliau menggugurkan tuduhan cubaan membunuh ke atas 31 individu yang terlibat dalam perhimpunan anjuran Hindraf 25 November lalu.
Menyifatkan pengguguran ini memperlihatkan campurtangan politik yang melampau, AMK mempertikaikan mengapakah pengguguran dilakukan hanya selepas Perdana Menteri Abdullah [...]

AMK Bantah Penahanan Bawah ISA

Disember 14, 2007

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengutuk sekeras-kerasnya keras penahanan 5 pimpinan Hindraf di bawah akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada awal tengahari tadi. Mereka yang ditahan ialah P Uthayakumar, M Manoharan, R Kenghadharan, V Ganabatirau dan T Vasanthakumar.
Penahanan ini yang bersifat politik memberikan gambaran bahawa kerajaan seolah-olah sudah tidak mempunyai jalan lain untuk [...]

Kerajaan Umno-BN Bersikap Pengecut!

Disember 10, 2007

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar tindakan biadap kerajaan menahan 8 individu sewaktu perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini.
Tindakan ini disusuli dengan penahanan pimpinan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan 12 individu lain yang dikaitkan dengan perhimpunan aman anjuran Bersih pada 10 November [...]

Penolakan Suruhanjaya Pilihan Kehakiman Bukti Kerajaan BN Korup!

Disember 7, 2007

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin merakamkan tahniah ke atas perlantikan Presiden Mahkamah Rayuan , Datuk Abdul Hamid Mohamad sebagai penjawat sah Ketua Hakim Negara yang berkuatkuasa 1 November lepas, tarikh beliau memangku jawatan Ketua Hakim Negara selepas tamatnya khidmat Tun Ahmad Fairuz.
Pun begitu AMK melihat perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Presiden Mahkamah [...]

Hishamuddin Hussien Disaran Buka Lembaran Sejarah Dato Onn

Disember 5, 2007

Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang mengaitkan demonstrasi dengan penglibatan parti-parti pembangkang adalah satu kenyataan yang jelas menggambarkan kecetekan ilmu beliau sebagai seorang pemimpin sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat, di dalam amalan demokrasi, tidak wujud sebarang istilah ‘demonstrasi jalanan’, kerana demonstrasi dan perhimpunan aman [...]