Archive for Januari, 2008

Perginya Adlan Benan Ke Rahmatullah

Januari 24, 2008

Di saat gerakan reformasi menjangkau usia 10 tahun, penggerak reformasi dan KeADILan dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Adlan Benan Omar, bekas Setiausaha Pemuda KeADILan dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan satu ketika dahulu.
Beliau pergi meninggalkan kita pada jam 3.45 petang tadi. Jenazahnya kini berada di No 31 Jalan Putra Bestari 2/4D Putra Heights, Subang Jaya.
Allahyarham adalah [...]

Pasca Subashini: Apakah Ada Jalan Keluar?

Januari 22, 2008

Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin*
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan ajaran agama masing-masing secara aman dan harmoni. Jaminan perlembagaan terhadap hak kebebasan beragama merupakan asas utama keharmonian hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Keharmonian dicapai apabila setiap individu bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa gangguan atau paksaan. [...]

Sudah Sudahlah Samy!

Januari 4, 2008

Samy Vellu kini dalam keadaan gundah gulana.
Setelah melihat sokongan yang begitu hebat diberikan masyarakat India kepada KeADILan khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam setiap siri ceramah Anwar, Samy Vellu diparahkan lagi dengan sambutan yang ‘hangat’ seperti di atas.
Kini, apa langkah yang Samy ambil? Setelah melihat MIC terancam, Samy kini dalam rangka mahu menjelajah negara untuk [...]

Malaysia Akan Lebih Bankrap Bawah Pemerintahan BN

Januari 1, 2008

Sebermula 1 Januari 2008, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menjangkakan bahawa harga minyak akan dinaikkan pada bila-bila masa, dan secara tidak langsung berakhirlah jaminan kerajaan Umno-BN untuk tidak menaikkan harga petrol.
Serangan Umno-BN melalui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghambur pembangkang kononnya negara ini akan bankrap sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak yang [...]