Malaysia Akan Lebih Bankrap Bawah Pemerintahan BN

Sebermula 1 Januari 2008, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menjangkakan bahawa harga minyak akan dinaikkan pada bila-bila masa, dan secara tidak langsung berakhirlah jaminan kerajaan Umno-BN untuk tidak menaikkan harga petrol.

Serangan Umno-BN melalui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghambur pembangkang kononnya negara ini akan bankrap sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak yang kini melambung naik di pasaran dunia membuktikan bahawa ada perancangan Umno-BN untuk menaikkan harga minyak.

AMK melihat bahawa isu negara akan bankrap ini sama sekali tidak akan timbul sekiranya ada pengurusan kewangan yang cekap dan amanah dapat dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN.

Sebelum ini, harga minyak dinaikkan sehingga 30 sen, tertinggi dalam sejarah kenaikan harga minyak negara yang kononnya boleh membawa kepada penjimatan RM4.4 billion yang boleh disalurkan kepada penambahbaikan sistem pengangkutan awam negara dan pembangunan nasional. Tetapi sehingga kini, tidak ada satu pun projek penambahbaikan yang dipulangkan kepada rakyat secara langsung.

Tanpa sebarang hujah analitikal, Najib seolah-olah buta bahawa pembelian Sukhoi Su-30MK sebanyak RM3.2 billion, pembelian kapal selam Scorpene RM530 juta, pembatalan Jambatan Indah sebanyak RM237 juta, penganjuran Monsoon Cup di Terengganu yang memakan ratusan juta ringgit, dan skandal Prot Klang Free Zone (PKFZ) yang memakan belanja RM4.681 bilion demi menyelamatkan projek yang gagal, akan lebih membangkrapkan negara berbanding menurunkan harga minyak demi kepentingan semua rakyat Malaysia.

Perlaksanaan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) sebanyak RM112 billion, Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) RM120 billion, dan Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) sebanyak RM200 billion dirangka dalam keadaan ia tidak menunjukkan sebarang impak positif buat rakyat, memberikan pertikaian apakah rakyat boleh memperoleh pulangan yang berbaloi di sebalik ribuan juta ringgit wang rakyat dilaburkan tersebut.

Perbelanjaan yang sangat tidak berhemah oleh kerajaan yang menyaksikan Belanjawan Nasional mencatatkan belanjawan defisit selama hampir 10 tahun menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya berpotensi untuk bankrap sekiranya Umno-BN terus diberi mandat untuk memerintah.

Rakyat kian sengsara dengan tekanan kos sara hidup yang semakin menggila, inflasi yang semakin tidak terkawal di sebalik pendapatan yang masih di takuk lama. Di saat Najib menggesa rakyat mengubah gaya hidup satu ketika dahulu, pemimpin kerajaan Umno-BN terus berbelanja boros, dan kerajaan terus membelanjakan wang rakyat sewenangnya tanpa hala tuju yang jelas untuk kepentingan rakyat.

Dan terbukti kini, bahawa Malaysia berada di satu tahap yang begitu kritikal. Dan tahun 2008 perlu bagi rakyat menanam azam untuk mengubah kerajaan sebelum rakyat terus ditindas dan ditekan dengan lebih parah.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Explore posts in the same categories: Angkatan Muda, KeADILan, Politik

3 Comments on “Malaysia Akan Lebih Bankrap Bawah Pemerintahan BN”

  1. smsmen Says:

    aku dgr krjaan xde duit skrg, btl ke? nkth.

  2. pulauerk Says:

    Kalau tunggu 5 tahun lagi UMNO/BN memerintah,
    Habih bankrap negara.
    ———————
    -Sertai kursus perniagaan online secara percuma di yourownbusiness.we.bs
    -Ketahui cara yang betul untuk menguruskan badan di bahayakurus.wordpress.com

  3. eddieputra Says:

    salam perjuangan

    saya bersama rakan di sg.buloh amat berminat menubuhkan cawangan keadilan ditempat kami ini.saya mempunyai rami kenalan dari MIC ,MCA dan UMNO yang ingin menyertai KEADILAN! harap saudara dapat membantu kami.

    harap saudara dapat menghubungi saya secepat mungkin demi mengubah selangor kepada selangor baru

Comment: