• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Menghadiri majlis penutup prog Karnival Sukan Rakyat di Dun Permatang, Tjg. Karang anj PeBT. Tahniah Hj Yahya http://tweetphoto.com/6819576 1 day ago
    • 3: Hijrah merupakan titik mula kpd perjuangan membangunkan masyarakat dan kemudiannya membina sebuah negara. http://myloc.me/2cbr3 2 days ago
    • Sh.Yusof: Rasul rancang strategi hijrah dgn rap. Beliau pilih Abu Bakr, Ali, Asma' & penunjuk jln yg pintar serta duduk di tempat selamat. 2 days ago
    • Sh. Yusof: Kemenangan di dlm perjuangan ialah a/bila kita berjaya mempertahankan prinsip, pegangan & aqidah walaupun dizalimi & dianiaya 2 days ago
    • Ribuan hdr kuliah Sh. Yusof AlQardhawi. Kuliah dimulakan dgn menceritakan hubungan rapat dgn @AnwarIbrahim. http://tweetphoto.com/6732768 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

Obituari Ludwig Wittgenstein (1889 – 29 April 1951)

Karya awal beliau, Tractatus-Logico-Philosophicus memiliki pengaruh yang sangat besar di dalam gerakan yang dikenali sebagai Lingkaran Wina terutama Ruldof Carnap dan Moritz Schick. Karya ini merupakan sumber inspirasi mazhab positivism-logik di dalam hal analisis di antara pernyataan yang bermakna dengan pernyataan yang tidak bermakna. Dia menjelaskan teori ini melalui teori pemaknaan yang dikenali sebagai teori [...]

BALKIS @ BALQIS

Sungguh indah singkatan nama BALKIS (Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor) tersebut tetapi malangnya tidak seindah niat dan tindakan pemegang-pemegang jawatannya. Nama Balqis juga adalah nama puteri sulung saya hasil daripada perbincangan dengan Almarhum Dato’ Sheikh Azmi Ahmad. Namun, Cara yang digunakan oleh isteri kepada mantan menteri besar Selangor begitu memualkan dan alasan-alasan mengenai pemindahan [...]

KERIS UMNO DAN BUKU MICHAEL WALZER

Agak menarik apabila tiba-tiba si penghunus keris di dalam persidangan Umno 3 tahun yang lepas telah memohon maaf di atas perbuatannya. Nampaknya selepas penangan rakyat melalui PRU ke 12, semakin ramai pemimpin Umno sedar mengenai realiti politik. Sungguh pun maaf telah dilafazkan oleh si penghunus keris tersebut, ingin saya ingatkan kepada beliau dan rakannya bahawa [...]

SELAMAT BERJUANG UNTUK RAKYAT

Semalam dan hari ini 28/4/2008 berlangsungnya sesi pembukaan Parlimen Malaysia selepas PRU 12 yang telah menyaksikan kebangkitan Rakyat Malaysia sekaligus mengenepikan kuasa 2/3 Barisan Nasional dengan kemenangan sebanyak 82 kerusi oleh Pakatan Rakyat. Harapan saya malah keseluruhan Rakyat Malaysia agar perjuangan, harapan dan suara mereka akan diketengahkan sebaik-baiknya oleh wakil-wakil PR. Jadikan sidang Parlimen ini [...]

Mesyuarat Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak 26 April 2008

Saya meluangkan masa selama dua jam untuk bermesyuarat dan berbincang bersama pimpinan Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak di bawah kepimpinan saudara Anuar Zakaria. Beberapa isu penting telah dibangkitkan antaranya strategi dan pelaksanaan gerakan menambah keahlian angkatan muda, kerjasama di antara pemuda Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan juga program-program sempena sambutan 10 tahun reformasi yang [...]

Dialog Bersama Pimpinan AMK Perlis 26 april 2008

Saya dan rombongan (zulfikar, ramlan dan razali) tiba di perlis tepat jam 5.15 petang. Saya telah meminta Sdr Zamri Sapar, Ketua AMK Perlis untuk menyusun program khusus bersama dengan pimpinan AMK Perlis sempena program ceramah perdana saya di Guar Syed Alwi, Kangar. Saya terkejut apabila melihat jumlah pimpinan muda negeri yang pastinya telah bertambah dengan [...]

Ceramah Perdana Kg Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis

Saya berceramah di guar syed alwi, kangar bersama dgn sdr wan kharizal, ajk pas negeri perlis. Di dalam program tersebut saya telah menerima kemasukan ahli angkatan muda seramai 200 orang di dalam bahagian kangar. Mereka telah menyatakan komitmen untuk membantu mengaktifkan jentera angkatan muda bukan sahaja di peringkat bahagian akan tetapi di peringkat jawatankuasa daerah [...]

Minum Petang di Kuala Krau

Saya bergambar di hadapan Pusat Khidmat Kuala Krau bersama2 Tn Haji Suhaimi, Ketua Keadilan Bhg Kuala Krau, juga seorang peguam, sdr hafiz Haron, Ketua AMK Kuala Krau, Sdr Zulfikar, Ketua AMK Negeri Pahang dan Tn Haji Ramlan Roes, Exco AMK Malaysia. Saya cadangkan semua Ketua Bahagian dan Ketua AMK Bahagian mencontohi kegigihan mereka di Kuala [...]