Minum Petang di Kuala Krau

Saya bergambar di hadapan Pusat Khidmat Kuala Krau bersama2 Tn Haji Suhaimi, Ketua Keadilan Bhg Kuala Krau, juga seorang peguam, sdr hafiz Haron, Ketua AMK Kuala Krau, Sdr Zulfikar, Ketua AMK Negeri Pahang dan Tn Haji Ramlan Roes, Exco AMK Malaysia. Saya cadangkan semua Ketua Bahagian dan Ketua AMK Bahagian mencontohi kegigihan mereka di Kuala Krau.

Sepanjang perjalanan saya ke Maran malam ini, 25/4/2008 untuk program ceramah sempena memperingati 10 Tahun reformasi bersama YB Nurul Izzah Anwar, saya sempat singgah untuk sessi minum petang bersama Angkatan Muda Keadilan Kuala Krau. Turut hadir di dalam program tersebut ialah Tn Hj. Suhaimi Said, Ketua Keadilan Bahagian, Sdr Zulfikar, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang dan juga Hj. Ramlan Roes, Exco AMK Malaysia. Sdr Hafiz Haron, Ketua AMK Kuala Krau di dalam ucapan aluan beliau telah memberi taklimat bahawa di dalam struktur AMK Bahagian, beliau telah memberi ruang kepada Sdr On, seorang anak muda asli sebagai Timbalan Ketua AMK. Saya telah menyatakan sokongan padu kepada inisiatif yang telah ditunjukkan oleh Sdr Hafiz Haron dan rakan-rakan pimpinan AMK Bahagian tersebut.
Malah sepanjang ingatan saya, inlah satu-satunya Bahagian yang mempunyai kepimpinan muda di kalangan orang asal negara ini. Selesai ucapan ringkas, beberapa soalan khusus mengenai masyarakat asli telah diutarakan khusus mengenai sokongan pendidikan dan ekonomi. Mereka amat mengharapkan agar isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat asli boleh dibawa ke Parlimen Malaysia. Syabas saya ucapkan kepada Tn Hj. Suhaimi Said dan Sdr Hafiz Haron !!

Explore posts in the same categories: Angkatan Muda, KeADILan, Politik

One Comment on “Minum Petang di Kuala Krau”

  1. ARUL THE SAVIOR Says:

    MACAM INILAH KITA PERLU HIDUP DI MALAYSIA , TAK KIRA WARNA KULIT ,BANGSA DAN AGAMA. SYABAS KAPADA ADIK SAYA, SAUDARA Tn Hj. Suhaimi Said dan Sdr Hafiz Haron !!

Comment: