Dialog Bersama Pimpinan AMK Perlis 26 april 2008

Saya dan rombongan (zulfikar, ramlan dan razali) tiba di perlis tepat jam 5.15 petang. Saya telah meminta Sdr Zamri Sapar, Ketua AMK Perlis untuk menyusun program khusus bersama dengan pimpinan AMK Perlis sempena program ceramah perdana saya di Guar Syed Alwi, Kangar. Saya terkejut apabila melihat jumlah pimpinan muda negeri yang pastinya telah bertambah dengan jumlah yang amat membanggakan. Saya telah memberikan arahan khusus kepada zamri dan zulhelmy, timbalan ketua AMK Perlis, juga seorang peguam, supaya di dalam masa sebulan, struktur AMK bahagian arau dan padang besar dapat disusun dan diaktifkan semula. Saya yakin mereka boleh melakukannya, insya Allah.

Explore posts in the same categories: Angkatan Muda, KeADILan, Politik

Comment: