Mesyuarat Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak 26 April 2008

Saya meluangkan masa selama dua jam untuk bermesyuarat dan berbincang bersama pimpinan Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak di bawah kepimpinan saudara Anuar Zakaria. Beberapa isu penting telah dibangkitkan antaranya strategi dan pelaksanaan gerakan menambah keahlian angkatan muda, kerjasama di antara pemuda Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan juga program-program sempena sambutan 10 tahun reformasi yang sedang diusahakan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Saya juga mengingatkan mereka agar tidak terlalu ghairah untuk meletakkan pimpinan angkatan muda di pelbagai agensi kerajaan mahu pun kerajaan tempatan Perkara yang perlu diutamakan ialah untuk memastikan kerajaan Pakatan Rakyat dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di mana saya mencadangkan untuk AMK Perak melakukan inisiatif dengan membuka Pusat Khidmat dan Aduan Rakyat (PAKAR) agar segala kemusykilan dan masalah rakyat sekiranya tidak mendapat reaksi yang positif daripada pimpinan kerajaan negeri dan kakitangan kerajaan negeri dapat diperjuangkan melalui PAKAR.

Explore posts in the same categories: Angkatan Muda, KeADILan, Politik

2 Comments on “Mesyuarat Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak 26 April 2008”

  1. kerajaan rakyat Says:

    Semoga Angkatan Muda Keadilan akan menjadi pelapis kepimpinan KeADILan yang jujur dan berhemah.

    Bangsa Melayu tidak memerlukan pemimpin yang cerdik, jika cerdik dan pandainya digunakan untuk membodohkan bangsanya sendiri.
    Maka celakalah pemimpin Melayu yang mengkhianati amanah bangsanya sendiri.

    Baca seterusnya diblog:

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

  2. Henry Says:

    If Dato Seri Anwar Ibrahim became the 6th Malaysian PM, who should be his deputy ?

    Visit sonofpenang.blogspot.com for the survey.

Comment: