• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Menghadiri majlis penutup prog Karnival Sukan Rakyat di Dun Permatang, Tjg. Karang anj PeBT. Tahniah Hj Yahya http://tweetphoto.com/6819576 1 day ago
    • 3: Hijrah merupakan titik mula kpd perjuangan membangunkan masyarakat dan kemudiannya membina sebuah negara. http://myloc.me/2cbr3 2 days ago
    • Sh.Yusof: Rasul rancang strategi hijrah dgn rap. Beliau pilih Abu Bakr, Ali, Asma' & penunjuk jln yg pintar serta duduk di tempat selamat. 2 days ago
    • Sh. Yusof: Kemenangan di dlm perjuangan ialah a/bila kita berjaya mempertahankan prinsip, pegangan & aqidah walaupun dizalimi & dianiaya 2 days ago
    • Ribuan hdr kuliah Sh. Yusof AlQardhawi. Kuliah dimulakan dgn menceritakan hubungan rapat dgn @AnwarIbrahim. http://tweetphoto.com/6732768 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

KERIS UMNO DAN BUKU MICHAEL WALZER

Agak menarik apabila tiba-tiba si penghunus keris di dalam persidangan Umno 3 tahun yang lepas telah memohon maaf di atas perbuatannya. Nampaknya selepas penangan rakyat melalui PRU ke 12, semakin ramai pemimpin Umno sedar mengenai realiti politik. Sungguh pun maaf telah dilafazkan oleh si penghunus keris tersebut, ingin saya ingatkan kepada beliau dan rakannya bahawa kesilapan dan dosa-dosa mereka bukan setakat isu keris sahaja, malah ianya lebih dari itu. Sebagaimana kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah tepat bahawa keangkuhan pemimpin-pemimpin Umno menyebabkan majoriti rakyat Malaysia menolak parti Umno. Saya nasihatkan si penghunus keris tersebut dan rakan-rakannya supaya tidak hanya meminta maaf selepas di ajar melalui PRU sahaja dan sedarlah bahawa keangkuhan mereka selama ini dengan budaya menakut-nakutkan bangsa yang lain tidak sesuai lagi dengan reality politik semasa. Ada baiknya untuk mereka menelaah On Toleration oleh Michael Walzer. Tolerating and being tolerated is little like Aristotle’s ruling and being ruled: It is the work of democratic citizens.

3 Respons

  1. Pantang orang tua-tua , keris jangan dibuat main -main . Sekali di keluarkan dari sarungnya ,maka burok padahnya . Keris yang merupakan senjata orang-orang melayu sejak zaman berzaman bukannya untuk bersuka-suka . Ia lambang keadilan dan tanggung jawab untuk memelihara keselamatan rakyat marhaen . Sepatutnya Hisham mencari apa yang tersirat berkaitan kewujudan dan maksud sebenar mengapa keris adalah lambang kekuatan oarang melayu . Bukannya menjadi pelakon tambahan filem melayu lama dalam persidangan UMNO.

  2. Keris hanyalah satu simbol keberanian orang Melayu di zaman dulu semasa menentang penjajah Portugis, Inggeris atau Belanda di mana belum ada orang Cina atau India berbuat begitu.Kenapa bukan Melayu takut sangat kepada keris.Keris tidak merbahaya kepada mereka.Yang amat merbahaya ialah tunjuk perasaan jalanan mencabar undang-undang, mempertikaikan perlembagaan seperti perkara 121(1A) dan dikaitkan dengan perkara 11.Mempersoalkan DEB.Mengundi PR adalah hak mereka.Mereka sebenarnya telah tergoda dengan janji-janji PR tetapi mereka, terutama orang Melayu ,tidak tahu apakah Impak Maksima atas perbuatan mereka.Samalah seperti godaan dadah, godaan Black Money, godaan Goris dan Menang, godaan merempit dll.yang akhirnya diri sendiri yang merana.Hanya BN yang boleh memerintah secara saksama untuk semua kaum di Malaysia.

  3. The Malays in UMNO should realise the following:
    1. Hishamuddin is genetically is TURK and no Malays can ever trace their ancestral origin to a country in Europe.
    2. Malays never fought any war in recorded history with the exception of the mythical arm-wrestling match between Hang Jebat and Hang Tuah.
    3. Malay men are not the most bravest men on earth.

Tinggalkan jawapan