• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Menghadiri majlis penutup prog Karnival Sukan Rakyat di Dun Permatang, Tjg. Karang anj PeBT. Tahniah Hj Yahya http://tweetphoto.com/6819576 1 day ago
    • 3: Hijrah merupakan titik mula kpd perjuangan membangunkan masyarakat dan kemudiannya membina sebuah negara. http://myloc.me/2cbr3 2 days ago
    • Sh.Yusof: Rasul rancang strategi hijrah dgn rap. Beliau pilih Abu Bakr, Ali, Asma' & penunjuk jln yg pintar serta duduk di tempat selamat. 2 days ago
    • Sh. Yusof: Kemenangan di dlm perjuangan ialah a/bila kita berjaya mempertahankan prinsip, pegangan & aqidah walaupun dizalimi & dianiaya 2 days ago
    • Ribuan hdr kuliah Sh. Yusof AlQardhawi. Kuliah dimulakan dgn menceritakan hubungan rapat dgn @AnwarIbrahim. http://tweetphoto.com/6732768 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

MENTERI PENERANGAN YANG KURANG TERANG

Petikan dari Bernama (Rabu, 30 April 2008) ulasan dari Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Ahmad Cheek -

Saya akan bincang sama ada kita masih memberi peluang kepada Anggota Parlimen untuk menggunakan sebaik-baiknya Parlimen dan siaran langsung yang diberikan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini Rabu.

“Saya sedar di negara-negara lain yang mengadakan siaran langsung secara penuh terutama sekali dalam negara dunia ketiga, inilah masalahnya. Anggota Parlimen tidak menumpukan perbincangan pada perkara yang penting kepada rakyat dan negara.

“Masing-masing hanya ingin menunjukkan kepentingan diri mereka, tentang peribadi mereka dan untuk tunjuk orang di luar sana tentang diri mereka, bukan negara,” katanya.

“Mungkin ada rakyat suka tengok sarkas tapi Parlimen bukannya sarkas,” katanya.
“Mungkin ada rakyat suka tengok sarkas tapi Parlimen bukannya sarkas,” katanya.

Ahmad Shabery berkata tindakan pembangkang itu akan menyebabkan rakyat rasa tertipu dan secara jelas menyalahgunakan mandat yang diberikan.

Ketika ditanya sama perbuatan pembangkang hari ini menunjukkan sikap sebenar mereka, beliau berkata: “Banyak lagi warna lain yang tersembunyi. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada warna sebenar mereka.”

Saudara-saudara petikan-petikan di atas adalah sebahagian daripada ulasan sang Menteri Penerangan yang masih baru Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai perjalanan sidang Dewan Rakyat (Parlimen) pada hari semalam 30/4/2008 dimana secara ringkasnya Menteri tbaru ersebut mencadangkan supaya kerajaan pimpinan PM Abdullah sekarang untuk mengkaji semula keputusan untuk menayangkan secara langsung (live telecast) perjalanan sidang Parlimen selepas berlaku kekecohan pada pagi semalam di Parlimen.

Agak mengejutkan bagi saya bagaimana Menteri Penerangan yang masih baru ini membuat ulasan yang sebegitu rupa memandangkan beliau telah lama menghuni Dewan Parlimen tersebut. Persoalannya ialah apakah isu mengenai Peraturan Mesyuarat Dewan Parlimen yang dibangkitkan oleh wakil-wakil Pakatan Rakyat tersebut sesuatu isu yang remeh dan membuang masa serta tidak mempunyai nilai kepentingan rakyat dan negara? Umum mengetahui Dewan Parlimen mempunyai peraturan tertentu yang perlu dipatuhi dengan ketat bagi mengelakkan sesuatu keputusan yang di buat di Parlimen tidak dipertikaikan.

Dan saya juga ingin bertanya kepada bapak Menteri trsebut apakah tujuan sebenar beliau mencadangkan supaya siaran langsung tidak diteruskan ? Saya yakin dan pasti sekiranya kekecohan yang timbul di Parlimen tersebut akan memberikan impak negatif kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat sebagaimana ulasan Menteri yang baru seperti di atas, sudah pasti siaran langsung tersebut akan terus di laksanakan oleh pihak RTM. Sebaliknya disebabkan kekecohan tersebut menunjukkan kebodohan dan sikap mengampu yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional, sudah pastilah tayangan secara langsung tersebut akan diberhentikan kerana ianya memalukan kerajaan BN dengan kualiti wakil-wakil rakyat BN yang ada di Parlimen.

Atau apakah beliau sendiri sebenarnya khuatir dengan tayangan secara langsung tersebut kerana selama ini rakyat Malaysia tidak dapat menyaksikan secara live bagaimana perbahasan di Dewan Parlimen dan juga sikap wakil rakyat BN yang banyak membuang masa di dewan Rakyat serta sering tiada di dalam Parlimen semasa sidang dijalankan?

9 Respons

  1. as it states there, it does say it is “berbincang” and it was just an idea. Judging from what happened on the first day, I’m also not sure the rakyat understands the whole meaning of having the telecasts of the parliament in he first place. It is about seeing how the MPs work, no matter what party, but it is their right to see what is going on. Saying that, if it is going to be a circus, why waste the people’s time? Shabery was probably saving these circus people from making a fool of themselves. And we have to look into who exactly are the ones who are making the “circus scenes”. Is it ALWAYS barisan leaders, or is it pakatan rakyat leaders?

    let the people judge. So whatever it is, whatever parti you are from, the people are waching what you see and do.

  2. Apapun, there is nothing to hide behind the screen. Pakatan Rakyat is doing their job. Mereka hanya melakukan apa yang patut di lakukan. Everything is for JUSTICE. Emas tulen tidak takut pada api. Inilah semangat Pakatan. Selamat Berjuang PKR, DAP & PAS!
    Hanya hantu sahaja yang takut di sinari cahaya matahari dan cahaya matahari itulah dari mata rakyat.

  3. nak terang jalan hutan, tebaslah
    nak terang tengok malam, suluhlah
    nak terangkan jawaban, cakaplah
    nak terangkan mata, berkacakanlah…

  4. Sesuatu agenda atau rancangan biarlah mengambil masa atau tempoh tertentu untuk menilai sebarang keberkesanan dari segi buruk atau baiknya, dalam satu hari persidangan dan setengah jam siaran Menteri tak berapa terang sudahpun mengeluarkan kenyataan sombong. Beliau yang kemaruk nak tunjuk lagak dan kuasa ini masih tidak sedarkan diri bahawa kerajaan yang ada hari ini sudah tiada 2/3.

    Menteri mangkuk hayun ini lupa, selepas 30 sept, dia hanya bekas menteri.

  5. It was reported that in India, a 6 year old girl was thrown into a burning fire, all because she was a Dalit (low caste). I’m sure any God fearing civilized person would share my anger and condemnation of this dastardly and uncivilized act. No human being needs to be treated in such a way as the poor child was treated.

    Talking about the issue of low caste people, I’m sure in the 21st century there is no place for such bullshit. However, we have seen people doing injustices against fellow human beings but yet find solace in religion.

    I know some people are gonna be pissed off to read what I have to say but I’m gonna say it anyway because this is what I belief. Take the two oxymoron MP’s, Bung Mokhtar Raden and Ibrahim Ali as prime examples. As Muslims, I believe they pray 5 times a day, pay their Zakat (Tithe’s) and probably gone to perform the Umrah or even the Hajj. However, they may look like Muslims, sound like Muslims and act like Muslims,but are they really Muslims? Islam is a religion of Peace and compassion but when you demand a paraplegic like YB Karpal Singh to stand up as demanded by the charlatan’s Dung Mokhtar and Ibrahim Katak in Parliament, I can only say that these two lost souls must be Murtad (Apostates) because a true believer would not utter such a statement. The sad thing is, this two clowns a dead sure they are going to Paradise just because they think they are Muslims even though their deeds, thoughts and words prove otherwise.

    I’ve also seen Christian preacher’s who can, by raising their hand, cause a thousand believers to ‘Rest in the Spirit’. Make the lame walk. Cure the sick. Just when I begin to believe there is hope in the world after all, the Evangelist ‘potong steam’ me by uttering vile condemnations against Catholics, Jews, Muslims, Hindu’s, Buddhists and any other Christian who is not ‘Born Again’ by his definition. These charlatan’s will continue to spread their gospel of hate to their followers who in turn will go on condemning everyone who is not ‘Born Again’ to Hell.

    In the USA especially, many politicians find solace in such Evangelists so that they can absolve themselves from any sin or guilt for their deeds, thoughts and words as they believe the by professing their faith in Jesus Christ in an ‘Alter Call’ would make them a ‘Born Again Christian’ and be guaranteed a place in Heaven. The Iraq war is one prime example of what Evangelist Inspired politicians can do.

    Let us not hide behind religion to justify our diabolical acts. Be a good human being and stop condemning others to Hell because it is easy to see the speck of dust in your brother’s eye yet you can’t see the log lodged in yours.

  6. sebenarnya segala pertikaman lidah Wakil-wakil rakyat itu adalah sebahagian dari warna -warna dan asam-garam setiap gelanggang perbahasan. Harus diingat wakil rakyat dari mana -mana pun kelompok parti yang menyuarakan kehendak rakyat di Parlimen bukan lah pendebat -pendebat sekolah yang biasanya bertanding untuk mendapatkan anugerah kejuaraan.Tetapi mereka yang bergelar MP itu adalah pejuang-pejuang politik yang menentukan dasar kenegaraan yang diberi mandat untuk berhujah demi kepentingan negara dan rakyat.Justeru, mereka tidak seharusnya dihalang untuk menyuarakan kebenaran dan menyanggah kebatilan , ketidakadilan yang dapat dikesan dalam setiap perbahasan.

    Adalah menjadi sesuatu yang lumrah dalam mana-mana perbahasan, pihak yang berhujah , setelah “diprovoke”tanpa sengaja megeluarkan kata-kata atau panggilan nama-nama yang tidak menyenangkan.Ini bukan bermakna penghujah berkenaan tidak berkaliber ataupun bermentaliti kelas ketiga atau sebagainya.Ianya harus diberi ruang……..

  7. saya bersetuju dengan sandyow. yang ditulis itu ‘berbincang’ dan semua dalam perbincangan stage belum finalized lagi. kindly apply wisdom and discretion in these issues. your assumption leading to posts like this will cloud others’ minds.

  8. unless, of course, if that’s your political agenda. makes me wonder why ‘jujur’ is not part of ‘bijak, muda, cakna’.

  9. pakatan rakyat members should also try their hardest to respect how parliament is run. I know half of them are new faces and they cant wait to make a point, but name calling, disrespecting, immaturity is not the way to go.

    How are we ever going to work for a better malaysia if we act like this? And the same goes for BN MPs who do the same.

Tinggalkan jawapan