PEROBOHAN KUIL DI SELANGOR

Agak menarik bila diperhatikan perang mulut di antara 2 orang mantan Barisan Nasional ini, seorang mantan menteri besar dan seorang lagi mantan menteri persekutuan. Kedua-duanya saling tuduh menuduh diantara satu sama lain mengenai siapa yang sebenarnya bertanggungjawab meruntuhkan sebuah kuil di Selangor sebelum PRU ke 12 dahulu. Saya tidak berminat untuk menuduh siapa diantara kedua-dua mantan tersebut yang bertanggungjawab dengan perbuatan merobohkan kuil tersebut. Cuma saya merasa agak lucu melihat telatah kedua-dua mantan ini selepas kehilangan pangkat dan kuasa.
Yang jelasnya pertelingkahan diantara kedua-dua mantan tersebut menunjukkan sifat sebenar peminpin-pemimpin Barisan Nasional yang tidak mahu bertanggungjawab di atas sesuatu kesalahan yang telah dilakukan dan ianya diibaratkan seperti lagu kanak-kanak tadika berjodol ’Bangau Oh Bangau’.
Kalau beginilah sikap sebenar pimpinan-pimpinan yang ada di dalam kerajaan Barisan Nasional, saya percaya perumpamaan peribahasa ’baling batu sembunyi tangan’ merupakan satu pegangan yang sesuai kepada kerajaan BN yang seringkali menyalahkan rakyat apabila sesuatu tidak dapat dilaksanakan. Akhir kata biarlah kedua-dua mantan tersebut ’terjun dengan labu-labunya’ :) dan dasyat sungguh impaknya apabila seseorang tersebut hilang kuasa dan pangkat ye seperti yang berlaku kepada kedua-dua mantan BN tersebut haha!

Explore posts in the same categories: Angkatan Muda, KeADILan, Politik

2 Comments on “PEROBOHAN KUIL DI SELANGOR”

  1. mzmn Says:

    Semoga apa yang berlaku boleh menjadi iktibar dan teladan kepada semua pemimpin lain yang masih berkuasa dan punya masa.Fikir-fikirkan lah!

  2. usman bin anuar Says:

    maka disini semua rakyat malaysia seharusnya membuka mata seluas-luasnya,
    jagan disebabkan janji2 yang kosong kita nak terpedaya. cuba bayangkan jika anda berada di tempat mereka yang saling menunjing jari antara satu sama lain. dan anda kehilangan kuasa? maluuuuuuuuuuuuuuuuuu oooooooo

Comment: