• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Menghadiri majlis penutup prog Karnival Sukan Rakyat di Dun Permatang, Tjg. Karang anj PeBT. Tahniah Hj Yahya http://tweetphoto.com/6819576 1 day ago
    • 3: Hijrah merupakan titik mula kpd perjuangan membangunkan masyarakat dan kemudiannya membina sebuah negara. http://myloc.me/2cbr3 2 days ago
    • Sh.Yusof: Rasul rancang strategi hijrah dgn rap. Beliau pilih Abu Bakr, Ali, Asma' & penunjuk jln yg pintar serta duduk di tempat selamat. 2 days ago
    • Sh. Yusof: Kemenangan di dlm perjuangan ialah a/bila kita berjaya mempertahankan prinsip, pegangan & aqidah walaupun dizalimi & dianiaya 2 days ago
    • Ribuan hdr kuliah Sh. Yusof AlQardhawi. Kuliah dimulakan dgn menceritakan hubungan rapat dgn @AnwarIbrahim. http://tweetphoto.com/6732768 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

KHAIRY OF KHAIRY

“I tak boleh pakai ‘badge’ ni sebab ‘I luv ISA’?. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA?, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.

Saya terbaca kenyataan tersebut melalui harakahdaily.net dan tersentuh hati ini bila saya bayangkan itulah kata-kata yang boleh dikeluarkan oleh budak produk Oxford ini kepada salah seoarang ahli keluarga tahanan ISA. Apakah budak Oxford ini sedar dengan apa ang dikatakannya? Dimanakah sifat seorang melayu yang berbudi bahasa di dalam segala hal? Tidakkah boleh si budak Oxford ini hanya mendiamkan diri dan tidak mempedulikan ahli keluarga tahanan ISA tersebut tanpa mengeluarkan kata-kata seperti di atas?
Kenyataannya itu begitu angkuh dan sombong dan perit untuk diterima oleh mana-mana ahli keluarga tahanan ISA yang telah cukup menderita dengan kesusahan akibat dari penahanan ahli keluarga mereka dibawah Akta ISA tersebut.
Benarlah pepatah melayu iaitu selagi sesuatu itu tidak terkena kepada diri sendiri maka seseorang itu tidak akan sedar tentang kesusahan yang ditanggung oleh orang lain. Kepada Naib Ketua Pemuda UMNO tersebut saya ucapkan SYABAS dengan sifat sombong yang ditunjukkan oleh saudara kepada insan yang ditimpa kesusahan dek kekejaman kerajaan BN yang menggunakan Akta ISA.

16 Respons

  1. jika lencana anti I.S.A.( Internal Security Act ) dia tak ndak,
    berikan dia lencana pro A.S.I. ( Aku Seorang Iblis) dia tntu accept

  2. Assalamualaikum saudara abang Shamsul….
    Inilah merupakan seorang manusia yang tidak pernah tahu apa yang dia …. hanya dia tahu pangkat dan kuasa …. itulah Khairy Al Pak Lelah ….. kenyataan orang ini merupakan kenyataan orang yang tahu bercakap tapi tidak tahu apa padahnya…. kita perlu menyuruh orang ini balik ke agama Islam kita terhadap hukuman jenayah …. dalam Islam seseorang yang melakukan jenayah atau apa-apa kesalahan perlu dibicarakan dan jikalau mempunyai bukti yang cukup baru dijatuhkan hukuman…. orang ini perlu dibawa ke Tok Guru Nik Aziz untuk belajar menjadi seorang Islam yang sebenar-benarnya Islam ….. ISA tidak boleh diguna pakai lagi …. ini hukuman kuno …. kita perlu kembali kepada ISLAM.

    Kepada Abg Shamsul dan rakan2
    Silalah kunjungi blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    dan beri komen sekali.

    Jumpa di padang futsal pada 17/5 bersama-sama ahli Kelab Anwar Ibrahim.

  3. Assalamualaikum,

    Saya minta perbuatan benci sesama melayu hentikan.org melayu mesti bersatu tanpa mengira idealogi politik demi survival kaum kita sendiri.lihat singapore.adakah cina disana berpecah belah ? ada saudara lihat cina beri peluang sama rata untuk bangsa melayu di sana? sebelum terlambat marilah kita semua bersatu dan merapatkan barisan supaya negara yang tercinta ini masih diperintah bangsa kita sendiri.
    Jangan tertipu dengan sandiwara halus cina dan india yang memperalatkan bangsa kita supaya menyokong mereka.

  4. Sokong pendapat Saudara Khairil Azuar, Sebenar-benar orang Melayu kaya dengan adat sopan da budi bahasa,mempunyai ketinggian pekerti dan menghormati sesama saudara seagama dan sebangsa malah Sebenar-benar orang Islam adalah yang tahu ‘berhemah’ dan bukannya berbahasa ‘main redah je’…apa tah lagi bila kita dah ada kuasa,tanya pada diri;siapa yang beri kuasa ? Jawapannya: pengundi kalangan rakyat dan paling utama Allah SWT. Jadi tak perlu lah sombong atau takbur…

  5. Tak berhati perut!
    Ehh..silap.
    Perut selalui diisi. Hati yang tak ada.

  6. saya seakan ingin berdoa supaya keluarganya dikenakan ISA agar beliau merasa penderitaan yg dialami oleh insan2 yg lain….

  7. Berok is talking.

  8. Begitu lah angkuhnya seorang manusia yang bercita-cita tinggi dan tidak malu untuk menggunakan statusnya sebagai menantu kepada PM untuk menongkat langit . Adakah menantu lelaki Pak Lah lupa kepada kisah Fira’un yang juga cuba menongkat langit tetapi dihinakan ALLAH SWT sejurus sebelum ditelan Laut Merah ? Begitu juga Qarun yang bangga dengan kedudukkan dan hartanya yang ditelan oleh bumi . Nampaknya harapan MP Rembau untuk ditelan oleh rakyat termasuk org-org UMNO sendiri adalah cerah jika dia masih bersikap angkuh dan tidak berpijak di bumi yang nyata .

  9. Sebagai insan yang juga tidak terlibat secara terus menerus dengan belungu ISA, namun setiap hari saya duk memikirkan penderitaan tahanan ISA serta tangisan keluarga mereka,tidak kira apa jua bangsa ataupun agama yang dianuti. Selepas Gerakan Memansuhkan ISA ,saudara Said mengadakan seminar di Sungai Petani, saya memakai lencana Mansuhkan ISA…..ini sumbangan saya sebagai seorang Insan ! The Least I can Do for my fellow Humankind.
    Tak payahlah kita bazirkan masa kita dengan memperkatakan tentang ‘budak produk Oxford’ tu ! Yang tu memang tak boleh repair dah ! Marilah kita bersama sama bergerak ke arah Memansuhkan ISA !

  10. Saudara Syamsul,
    I baru baca rencana tersebut dan apa yang diucapkan oleh sidia tu memang biadab
    tapi I can faham…., even if you cannot.
    You see, he is as stupid as he looks…, so macam mana kita nak expect dia to say something intelligent?
    Salam.

  11. I never like Khairy since I first saw him. He looked schemy and not trustworthy. Looked at what is happening…maybe he could answer some question…
    Is it true he sat in EXCO meetings in Trengganu?
    Where and how he gathered the vast money?
    He’s involvement in the tender discussion at the Finanace Ministry?

    The person responsible for Paklah’s downfall is KHAIRY

  12. Khairy…

    A real true “living” heart donor…. Or maybe he was born without one… Then… He’s not human..

  13. [...] KHAIRY OF KHAIRY “I tak boleh pakai ‘badge’ ni sebab ‘I luv ISA’?. Lagi pun family I belum ada yang kena [...] [...]

  14. Memalukan REMBAU…….Sumpah jadi Kobau baru tahu…

  15. Memang dia ni jenis manusia berjiwa bukan manusia. Memang dia akan teruk bila saat perhitungan tiba.

  16. Hmm… from harakah daily you said the report is? Are you sure those are the exact words he uttered? Unless it’s not recorded, I’m not blieveing anything I read. But if it IS true what he said. SHAME ON HIM.

    Oh, to the people who included “pak lah” in this discussion (which he totatlly is not involved at all with khairy has to say in this case), i see no relevance. If you want to screw khairy, fine. But why drag abdullah along with it?

Tinggalkan jawapan