Ketuanan Melayu dan Baju Roket

Semalam (4/5/2008) saya berceramah di dalam satu majlis forum anjuran DAP Negeri Melaka yang bertajuk Polis @ Samseng. Ahli-ahli forum yang mewakili DAP kesemuanya wakil rakyat belaka dan merupakan kenalan rapat di dalam politik termasuk YB Antony dan YB John Fernandez daripada Seremban. Untuk rekod, saya bersama-sama sdr John pernah terlibat membela satu keluarga Cina di Negeri Sembilan di mana anaknya, Seow Nan Keong telah ditembak oleh seorang individu Cina yang berpengaruh di Negeri Sembilan.

Intipati ceramah saya dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain telah saya ulas di dalam tajuk Polis @ Samseng. Di dalam ceramah saya, saya telah memberikan ulasan mengenai ketuanan Melayu @ Agenda Melayu dengan mengambil contoh sikap positif yang ditunjukkan oleh sahabat saya YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam menangani beberapa keperluan mendesak masyarakat Melayu Muslim di Pulau Pinang termasuk menaikkan gaji guru-guru KAFA (yang mengajar fardhu ‘ain) dan juga menghadiri perarakan Sambutan Maulidurrasul peringkat negeri Pulau Pinang.

Saya kemudiannya menyatakan dengan tegas sementara kita menghormati keperluan kepelbagaian kaum di Malaysia, kita juga tidak akan bertolak ansur untuk mempertahankan kehendak perlembagaan khususnya Artikel 153, iaitu peruntukan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Saya juga mengungkapkan dan menerangkan makna Ketuanan Rakyat seperti yang dipopularkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pada saya, rakyat, khususnya orang-orang Melayu sudah bijak membuat pilihan. Mereka tidak mudah untuk dimomokkan dengan ketuanan Melayu selagimana pemimpin yang dipilih boleh membela dan memberi khidmat terbaik kepada mereka.

Kebetulan, kata saya di dalam majlis ceramah tersebut, “contoh ada di hadapan tuan-tuan. Dahulu kita tidak pernah lihat orang Melayu berani memakai baju roket (DAP). Hari ini, abang saya yang berserban di hadapan saya, seorang Muslim yang taat dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w pun berani dan megah memakai baju lambang roket”. Abang tersebut terus bangun dan menghadap crowd sambil melambaikan tangan. Justeru, pada hemat saya, sementara kita tidak memandang mudah kepedulian agenda Melayu di kalangan elit dan pertengahan Melayu, grassroot nampaknya tidak mempunyai masalah untuk bertoleransi dengan kaum-kaum yang lain. Moga kita dapat belajar dan faham signal dari bawah ini.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

6 Comments on “Ketuanan Melayu dan Baju Roket”

  1. Sebol Says:

    Saya nak datang semalam. Tapi ada hal

  2. Muda Says:

    Keadilan sejagat tidak mengenal warna kulit , fahaman agama, bangsa dan idealogi . Kebenaran tetap kebenaran dan ianya hendaklah selari dengan keadilan . Pemegang amanah akan ditanya kelak oleh ALLAH SWT , apakah mereka melaksanakan amanah yang di beri kepada mereka ? Itu pun kalau mereka masih mempercayai bahawa adanya pembalasan dan hari akhirat !

  3. KakiAyam Says:

    Adalah amat diharapkan DAP boleh memainkan peranannya dengan efektif. Kalaulah orang Melayu boleh melangkah dengan berani melepasi rintangan pemikiran Ketuanan Melayu, adalah didoakan masyarakat Cina juga dapat berbuat demikian dengan memingirkan pemikiran chauvinisma bangsa.

    Mintak maaflah kerana penulisan bahasa yang tidak sempurna.

    Selamat malam…

  4. raj raman Says:

    Ketuanan melayu,

    Apa yang nak di agong agongkan untuk orang melayu.Sebenarnya ketuanan UMNO.

    zaman muda2 dulu,melayu,cina dan india bolih bersantai dan minum kopi di kedai cina,warung melayu atau india.

    Sekarang sebab KETUANAN UMNO ketuanan melayu dah tak ada kawan brother.siapa yang buat ankara ini- UMNO LAH BRO.

    raj raman.BUMIPUTRA KETUANAN BANGSA MALAYSIA.(masih dalam impian saya)

  5. khalib Says:

    Pada diri setiap diri individu manusia itu terdapat ciri-ciri kepelbagaian bangsa dan keturunan.Dasar kejadian manusia dan keujudan keturunan manusia di bumi ini sejak dari awal hingga sekarang tidak terlepas dari ketentuan dan kehendak Maha Pencipta manusia itu sendiri.Keyakinan kita akan kebenaran keasalusulan manusia daripada kedua Ibu Bapa manusia Adam dan Hawa andainya kita mahu mengerti tetap akan membawa rahmat kepada erti kemanusian itu sendiri.Jika diamati,difikir-fikir dengan aqalbudi yang penuh ketaqwaan,setiap individu yang bergelar manusia mukmin akan dapat merasai keserasian,kesamaan sejagat berupa cinta kasihsayang yang kekal hidup segar pada diri manusia manusia dikiri-kanannya yang berbondong-bondong memuji Allah Tuhan yang MahaEsa,Pencipta Semua segala manusia.

    Sebegitu adanya,Kenapakah kini kita harus berbangga, membeza-bezakan antara manusia semata -mata kerana bangsa dan keturunan.Bukankah kita diberitahu ,Kedatangan Muhammad S.A.W sebagai rahmat bagi sekalian alam dan tidakkah kita ini sebahgian dari alam…baginda diutuskan dengan Islam untuk seluruh umat manusia yang seharusnya berkasihsayang ,hormat menghormati dengan toleransi yang berpaksikan Iman akan Allah sebagai tuhan maha pencipta,Islam itu agama dan Muhammad itu RasulAllah,pembawa rahmat.Kalimah Syahadah menjadi wadah penyatuan umat manusia.Kenapa kita masih tercari-cari kebenaran hingga tidak berhaluan,kemana hala tujuan.

  6. Noor Aza Othman Says:

    Inilah pemimpin-pemimpin dan golongan elit/kapitalis Umno yang tak habis-habis memperbodoh-bodohkan rakat dari bangsa Melayu seperti lembu yang ditarik ke sini dan sana dengan tali melalui hidungnya!Semasa saya ank muda menath, saya dibasuh fikiran yang DEB adalah untuk memperjuangkan hak bumiputera tanpa mengira agama dan bangsa; rupa-rupanya hanya memperjuangkan spesifik “Ketuanan (elit/kapitalis) Melayu”!

    Sifat para pemimpin DAP dan PKR yang berani mempertaruhkan nyawa dan kedudukan mereka untuk menjatuhkan ideologi yang berteraskan perkauman, kejam dan amat primitif ini ini sebenarnya harus dipuji! Namun malangnya para-para “cendiakawan” Melayu yang masih mahukan rakat biasa ornag melayu mundur dan masih ditambat di hidungnya seperti lembu!Menyembah sampai mati golongan elit/kapitalis Melayu yang hanya mementingkan diri sendiri, serta tamak untuk diri sendiri dan kejam!

    NOOR AZA OTHMAN.

Comment: