NO MINIMUM WAGE YET, SAYS PM
Petikan kenyataan Abdullah Ahmad Badawi di dalam The Star 4/5/2008 :
“What is the meaning of giving additional pay if tomorrow we have to use our extra money to pay for higher priced goods?
“We need money for other things too.”
Agak lucu untuk diterima alasan bahawa antara sebab gaji minimum tidak boleh dilaksanakan adalah kerana sekiranya gaji minimum dibenarkan maka harga barang akan naik. Ini serupalah dengan propaganda beberapa pimpinan UMNO supaya mengurangkan makan nasi (memandangkan krisis makanan sekarang yang gagal ditangani oleh kerajaan BN) untuk mengelakkan daripada terkena kencing manis !
Kalau benar kerajaan BN cekap malah mempunyai Menteri Kewangan seramai 2 orang dan dikatakan seorang yang “hebat” di dalam perancangan ekonomi, apakah tidak ada perancangan strategik bagi mengatasi permasalahan kenaikan harga barang sekiranya gaji minimum dipersetujui? Bukankah cukai negara di kawal sepenuhnya oleh kerajaan BN tanpa gangguan mana-mana pihak yang lain? Dan bukankah pendapatan negara sekiranya diurus dengan betul mempunyai lebihan?
Untuk makluman Abdullah Ahmad Badawi, permohonan MTUC mempunyai merit dan berlandaskan alasan yang kukuh. Faktanya ada di antara rakyat yang memperolehi pendapatan kurang dari RM 10 sehari dan mempunyai keluarga yang besar! Cuba bayangkan apa yang boleh dibeli dengan wang sebanyak kurang RM 10 sehari dengan tanggungan 5 orang ahli keluarga?
Inilah masalahnya dengan pimpinan kerajaan sekarang yang sentiasa memberitahu rakyat bahawa mereka memahami kesusahan hidup rakyat walhal realitinya tidak menggambarkan mereka faham? Teringat saya semasa kempen pilihanraya ke 12 baru ini, boleh dikatakan selang sehari, Najib Razak mengumumkan pelbagai insentif dan elaun kepada penduduk Felda di Malaysia kononnya beliau amat memahami kehidupan susah orang-orang Felda. Nah, selepas pilihanraya belum ada lagi pengumuman baru yang dibuat oleh Najib Razak kepada penduduk Felda nampaknya, atau tunggu 5 tahun lagi baru Najib Razak faham semula kesusahan hidup orang-orang di Felda? !!
Mei 6, 2008 at 12:03 pm
Saudara Shamsul …
saya pun nak berkongsi kelucuan dengan saudara akan kenyataan Pak Lelah. Pak Lelah memang mcm tue suka buat lawak, mungkin akan masuk ke Raja Lawak tahun depan. Kalau tidak naik gaji pun, barang tetap naik, yang penting sekarang ini ialah cara kerajaan mengawal harga dari pemborong, lebih tegas dengan pemborong, jangan tunduk akan kemahuan pemborong, hukum yang keras kepada pemborong yang sorok barang dan naikkan harga sesuka hati jadi pemborong tidak akan memijak kementerian yang terjadi kepada Malaysia hari ini. Paling pelik setiap barang yang naik Malaysia sebagai pembekal terbesar seperti petroleum dan beras.
Gaji minimun yang tinggi begitu penting buat masa sekarang dengan kos hidup yang terus meningkat. sekurang-kurang RM1000 keatas. Ada syarikat yang masih mengaji pekerja dengan gaji pokok RM600, nak meningkatkan ekonomi keluarga kena kerja sambilan pada waktu malam. Macam mana hubungan mereka dengan keluarga dan kualiti kerja mereka apabila kita tidak larat bekerja.
Rakan2 lawatilah Blog saya di
http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen disetiap artikel ….TQ