Polis @ Samseng
Selesai program perlancaran buku rakan saya, saudara Nat di Central Market jam 6 petang saya terus bergegas ke Melaka untuk satu program forum yang dianjurkan oleh DAP Negeri Melaka bertajuk Polis @ Samseng. Mungkin ramai yang tahu berita tiga orang wakil rakyat daripada DAP yang telah ditahan oleh pihak Polis di atas tuduhan cuba merobohkan pemancar telekomunikasi. Akan tetapi, mungkin ramai yang tidak mempunyai maklumat bagaimana salah seorang daripada wakil rakyat ini telah ditendang oleh Ketua Polis Daerah Melaka, Johari Yahya semasa di dalam lokap.
Saya memulakan ceramah saya dengan mengingatkan pasukan polis di Melaka bahawa mereka adalah Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) bukannya Polis Raja Di Malaysia. Justeru, mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan termasuk memukul tahanan di dalam lokap polis. Malah saya membawa contoh bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor yang telah dimasukkan di dalam penjara dan mendapat gelaran banduan, akibat daripada tindakan beliau yang menumbuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Apatah lagi seorang Ketua Polis Daerah ??
Saya tegaskan di dalam nada jenaka, sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan dalam waktu terdekat ini dan saya dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, saya akan arahkan dikeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada beliau disambut oleh tepukan bergemuruh oleh hadirin yang hadir.




Mei 5, 2008 at 9:00 pm
I HAVE ALOTS OF EXPERIENCE WITH THIS SAMSENG POLICE.
1.WHENEVER I DRIVE MY LEGAL FOREIGN WORKERS THEY WILL STOP ME AND HARRASED ME,BY TELLING THEIR WORK PERMITS IS FALSE=MONEY ( SORRY DUDE I AM NOT STUPID )
2.WHEN MY MAID STOLE MONEY AND RAN AWAY,I MAKE A POLICE REPORT.tHEY CAUGHT HER AND ROB FROM HER AND LETS HER GOES FREE.(I STILL HAVE PROOF AGAINST POLICE THEY ACTUALLY CAUGHT HER AND ROB MY MONEY FROM HER)
3.I WENT ALL OUT AGAINTS THE POLICE WITH MALAY MAIL FOLLOW UP FRONT PAGE COMMENTS FOR ALMOST ONE WEEK BUT INDIRECTLY THE POLICE SHOW SIGN OF WANT TO SABOTAGE ME (PLS GUESS).
4.WHEN I INVOLVED IN ACCIDENT,THE POLICE WANT TO HELP ME TO REPAIR MY CAR THROU THEIR CONTACT.(TRY TO MAKE MONEY)
POLICE DIRAJA MALAYSIA- ACTUALLY ITS AN INSULT FOR OUR SULTANS WHEN THEY BEHAVE LIKE SAMSENG.
PLEASE CHANGE THEIR NAME TO POLICE SAMSENG malaysia NOT POLICE DIRAJA MALAYSIA.
HOWEVER THERE SOME GOOD AND KIND POLICEMAN AROUND BUT THEY ALSO SUFFER DUE TO MANY SAMSENG FORM THE MAJORITY.
IF ITS TRUE-THE MP IS KICK-WHY IS NO ACTION UNTILL TODAY.IF AN MP GETS SUCH TREATMENT FROM POLIS DIRAJA MALAYSIA,WHAAATS THEY ABLE TO DO TO NORMAL CITIZEN?
keep guessing my dear friends.judge sold to highest bindder,do we normal citizen can get proper justice in court of law.????????????????????????
Mei 5, 2008 at 9:52 pm
Sungguh malang rakyat negara ini yang telah didalangi polis yang amat kejam, tidak berperikemanusian dan bersifat penjenayah. LIhatlah sikap Special Branch officers yang bengis muka dan bertindak biadap terhadap rakyat yang memprotes; dan membunuh (serta mungkin memperkosa) Altantuya dengan amat ganas di dalm perbicaraan yang di panjang-panjangkan! Bahkan, saya telah diberitahu sendiri oleh seorang pegawai junior Suhakam secara diam-diam bahawa seorang rakyat yang telah dipukul polis di Melaka mengadu bahawa polis-polis tersebut dengan angkuh memberitahu bahawa samseng dan penjenayah makin berminat memasuki pasukan polis supaya pasukan polis boleh dikuasai dan dilindungi jenayah mereka. Pihak polis yang juga didominassi satu bangsa iaitu Melayu juga bersifat perkauman terhadap bangsa lain, contohnya MP DAP yang dilayan dengan kejam itu. MP pun tak hormat, apalagi rakyat!
Inikah contoh Islam Hadari yang dilaung-laungkan itu? Yang sepatutnya mengenai perikemanusiaan dan keadilan pada rakyat dan sesama manusia! Singguh mengaibkan ; tapi hairan Kongres Melayu yang baru berlansung tak pula mempersoalkan isu kejam ini, yang dilakukan oleh pegawai-pegawai polis Melayu yang ganas! Jangan menyalahkna bangsa, agama dan tamadun lain di atas kejatuhan akhlak dan maruah orang Melayu dan Islam! Cermin diri sendiri dan lihat sendiri setengah muka-muka hodoh dan bengis yang bergelar “Melayu”/”Islam” seperti contoh-contoh yang disebutkan!
Aku anak Melayu jati,
NOOR AZA OTHMAN,
ANAK BEKAS PEJUANG (TULEN) MENENTANG KOMUNIS!
Mei 6, 2008 at 7:01 am
[...] Polis @ Samseng Selesai program perlancaran buku rakan saya, saudara Nat di Central Market jam 6 petang saya terus bergegas ke Melaka [...] [...]