No case of indelible ink smugglers

This shocking revelation was made in a written parliamentary reply by Home Minister Syed Hamid Albar to Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) today.

Berikut adalah fakta yang diperolehi dari sidang Parlimen pada hari ini 6/5/2008 sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Saya agak terkejut dengan jawapan yang dikemukakan oleh Syed Hamid Albar tersebut memandangkan asas utama kenapa cadangan pemakaian indelible ink tersebut dibatalkan pada PRU ke 12 yang lepas adalah disebabkan dengan berita yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar dan media massa kawalan kerajaan BN bahawa terdapat beberapa orang yang telah disyaki dan kemudiannya telah ditahan akibat cubaan untuk membawa masuk dakwat tersebut ke dalam Malaysia.
Keputusan untuk membatalkan penggunaan indelible ink telah diumumkan oleh Pengerusi SPR yang digajikan oleh kerajaan BN iaitu oleh Abdul Rashid Abdul Rahman bersama-sama dengan Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Abdul Gani Patail melalui media massa. Pengerusi SPR pada waktu pengumuman tersebut dengan penuh semangat memaklumkan bahawa polis telah menerima maklumat bahawa terdapat sekumpulan orang yang cuba membawa masuk dakwat itu dari negara jiran bagi tujuan mensabotaj perjalanan PRU yang ke 12.
Tetapi pada hari ini adalah diakui oleh Syed Hamid Albar bahawa maklumat yang diperolehi oleh pihak polis dan diumumkan oleh Pengerusi SPR tersebut merupakan satu maklumat hearsay atau dengar cakap sahaja. Malah orang-orang yang dikatakan saksi dan orang yang disyaki juga gagal memberikan bukti yang kukuh kepada pihak polis selepas siasatan dijalankan.
Kalau beginilah caranya keselamatan negara ini dikendalikan iaitu hanya bergantung kepada maklumat hearsay atau dengar cakap sahaja, maka keselematan Negara sesungguhnya berada di dalam keadaan bahaya. Tindakan Pengerusi SPR, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang mengambil tindakan untuk membatalkan penggunaan indelible ink sewajarnya memberikan penjelasan yang lebih lanjut kepada rakyat mengenai tindakan sebenar mereka untuk membatalkan penggunaan indelible ink ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Dan saya juga gusar dengan kualiti intelligence pihak polis yang diketuai oleh Musa Hassan dewasa ini kerana kalau tindakan yang di ambil oleh pihak polis dengan hanya berdasarkan kepada maklumat dengar cakap atau hearsay semata-mata, maka akan berlaku kekecohan dan juga hilang kepercayaan rakyat kepada apa jua pun tindakan polis di dalam tindakan seharian mereka sebagaimana yang berlaku pada hari ini.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

9 Comments on “No case of indelible ink smugglers”

  1. anak perelih Says:

    SPR telah menubuhkan sebuah anak syarikat untuk melibatkan diri didalam perniagaan refill pencetak komputer. Keputusan ini dibuat untuk mendapatkan kembali wang RM2.4 juta yang dilaburkan daripada hangus begitu sahaja. Dakwat ini adalah berkualiti tinggi, sesuai digunakan untuk mencetak surat perjanjian terutamanya melibatkan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat kerana cetakannya akan hilang dalam masa 48 jam.

    Pengedar dan penjual adalah dikehendaki. Jika anda berminat, sila hubungi Pak Rashit, Musa Hassan, Ghani4tahil dan Dollah sipakmertua.

    Adalah diharap dengan tertubuhnya syarikat ini, perniagaan refill dakwat di Plaza Low Yat dan Imbi akan jatuh bankrup.

  2. Muda Says:

    Begitulah jadinya jika orang yang diberi kuasa dan amanah untuk menjaga keselamatan dan menegakkan kepentingan keadilan tetapi bertindak untuk menjaga kepentingan pemerintah demi menjaga pangkat dan kedudukkan masing-masingnya . Maruah ,kejujuran dan keadilan pada mereka cuma wujud didalam buku-buku cerita sahaja . Keinsafan dan taubat seolah-olah tiada didalam kamus kehidupan golongan ini .

    Tidak hairan lah jika apa yang dilakukan terhadap DSAI di anggap sebagai sandiwara bukan sahaja oleh rakyat negara ini tetapi oleh dunia luar .

    IGP , AG , SPR dan lain-lain badan-badan kerajaan yang membiarkan diri dipergunakan sesuka hati seperti pak turut adalah lebih hina daripada orang yang dikatakan duduk di hotel-hotel murahan dan menerima pelanggan setiap malam .

  3. Samuel Goh Kim Eng Says:

    Don’t waste time now over the black ink
    Afterall it was only a tricky red herring
    When all the time there was no real bearing
    Between what’s black or white in voters’ thinking

    (C) Samuel Goh Kim Eng - 070508
    http://MotivationInMotion.blogspot.com
    Wed. 7th May 2008.

  4. AnakMudaParlimenBatu Says:

    Assalamualaikum Saudara Shamsul?

    Pertamanya kita boleh menang dlm PRU yang lepas jikalau dakwat hitam digunakan. Kalaulah ada cubaan utk mensabotaj, buktikan, buat pendakwaan keatas orang yang buat kesalahan tersebut. Ini cuma buat cerita dongeng sahaja jikalau tiada penangkapan.

    Rakan2 silalah kunjungi blog saya di
    http://khairilazuar.wordpress.com

  5. True-Leaders.com Says:

    Shame on the police, SPR and the govt lying to the voters.

  6. sandyow Says:

    “Don’t waste time now over the black ink
    Afterall it was only a tricky red herring
    When all the time there was no real bearing
    Between what’s black or white in voters’ thinking”

    Bagus betul samuel! I like :D

    Judging from the outcome of our last pilihanraya lah, the public thought with the indelible ink being scraped BN would win kau-kau (since that’s their whole point of scraping, to make the BN win?). But hey hey! the opposition did way better than everyone expected anyway in the GE.

  7. hairulallias Says:

    dasar kerajaan be end penipu.

  8. haslanhassin Says:

    sabar lah tuan…….
    bukan bermaksud pertikai siapa tuan,

  9. haslanhassin Says:

    tak pandai saya perkatakan kehebatan seseorang,
    tak pandai saya meneka karisma tuan.
    yang saya kenal diri tuan..
    semasa hampir ditumbuk pemuda bn di ijok pilihanraya kecil dahulu.
    kalahnya tan sri khalid dimasa itu, tiada siapa pertikai kelemahannya.
    kini tuan kalah pd pilihanraya…
    mereka kata tuan lemah..
    hampir ditumbuk juga semalam di kota anggerik shah alam.
    sabarnya tuan tidak perkata sesuatu yang membuatkan kami respect siapa
    diri tuan.
    saya hormati siapa halimey,
    saya hormati siapa jonah,
    saya hormati siapa diri tuan.
    saya hormati semuanya…
    barangkali tiada siapa pun yang sanggup jadi ketua jika tsunami ini tak berlaku.

    dari
    haslan hassin
    amk ampang

Comment: