• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Menghadiri majlis penutup prog Karnival Sukan Rakyat di Dun Permatang, Tjg. Karang anj PeBT. Tahniah Hj Yahya http://tweetphoto.com/6819576 1 day ago
    • 3: Hijrah merupakan titik mula kpd perjuangan membangunkan masyarakat dan kemudiannya membina sebuah negara. http://myloc.me/2cbr3 2 days ago
    • Sh.Yusof: Rasul rancang strategi hijrah dgn rap. Beliau pilih Abu Bakr, Ali, Asma' & penunjuk jln yg pintar serta duduk di tempat selamat. 2 days ago
    • Sh. Yusof: Kemenangan di dlm perjuangan ialah a/bila kita berjaya mempertahankan prinsip, pegangan & aqidah walaupun dizalimi & dianiaya 2 days ago
    • Ribuan hdr kuliah Sh. Yusof AlQardhawi. Kuliah dimulakan dgn menceritakan hubungan rapat dgn @AnwarIbrahim. http://tweetphoto.com/6732768 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

Datin Seri Wan Azizah Kecewa Usul Tergempar Ke Atas Burma Ditolak

Pagi semalam 12/5/2008 di Dewan Rakyat, Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Datin Seri Wan Azizah telah membuat satu usul cadangan untuk menggesa kerajaan Malaysia mengambil dayausaha mendesak kerajaan junta supaya menangguhkan rancangan mengadakan Pungutan Suara Perlembagaan memandangkan kesengsaraan rakyat Burma yang memerlukan bantuan kemanusiaan akibat dari bencana Taufan Nargis adalah lebih penting daripada Pungutan Suara Perlembagaan yang dicadangkan oleh pihak junta.

Cadangan usul YB Datin Seri Wan Azizah tersebut walau bagaimana pun telah ditolak oleh Dewan Rakyat di atas alasan bahawa Malaysia mengamalkan Prinsip Berkecuali.

Alasan yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat tersebut amatlah mendukacitakan memandangkan Malaysia tidak harus mempunyai sifat berkecuali apabila ianya melibatkan hak-hak kemanusiaan apatah lagi Burma merupakan sebuah negara jiran dan anggota ASEAN.

Parti Keadilan Rakyat berpendirian teguh bahawa bantuan kemanusiaan seharusnya tidak mengira sempadan negara dan batasan politik serta wajar disegerakan dan sekali lagi adalah ditegaskan penolakan usul ini amtlah menyedihkan memandangkan rakyat di Burma amatlah memerlukan bantuan kemanusiaan yang sewajarnya.

Satu Respons

  1. Biasalah kerajaan Junta jadi pemerintah ambil ringan perkara ini, ini rakyat mereka …. kalau orang Israel boleh masuk ke Malaysia pula …

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tinggalkan jawapan