AURA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Tidak cukup dengan menantu Abdullah Ahmad Badawi, semalam 13/5/2008 anak kepada Mahathir Mohamad (MP Jerlun) pula menghentam Penasihat Parti Keadilan Rakyat di Parlimen. Hairan sungguh dengan nafsu amarah yang dibawa oleh anak dan menantu kepada PM dan bekas PM ini. Dari 81 orang wakil PR yang ada di dalam Parlimen tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga yang diminati oleh kedua-dua wakil dari Rembau dan Jerlun ini.
Tetapi apalah gunanya kepada kedua-dua wakil BN tersebut untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berada di Dewan Rakyat sedangkan melalui kedua-dua PM inilah yang menggunapakai undang-undang secara tidak adil bagi menafikan hak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi seorang Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kali ini.
Atau apakah kedua-dua wakil Rembau dan Jerlun ini dah mula risau dengan perkembangan muktahir yang semakin rancak sekarang? Kita tunggu dan lihat !!
Mei 14, 2008 at 12:06 pm
Itu belum DSAI masuk Parlimen lagi, kalau sudah masuk lagilah semua MP BN nak hentam DSAI, tapi takpa DSAI ada pengalaman semua ini, kalau dia org anak jantan jgn halang DSAI bertanding dalam pilihanraya kecil nanti …..
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis… ada artikel baru aku tulis ….
Mei 14, 2008 at 2:00 pm
Saudara DSAI dan yg lain.
Saya bersama DSAI masa demo Baling tahun 1974 dan demo AUKU 1975.
Setakat Mukhriz dan KJ tu, DSAI tak payah dok layan. Depa belum rasa kena air pancut FRU dan masuk lokap polis. Nanti turn diorang kena, baru depa tau langit tinggi rendah. Ayat depa dah tak dok power.
Saya bersama-sama 20juta rakyat Malaysia yang tertindas dengan ini berdoa kehadrat Allah Yg Maha Esa supaya dikembalikan kuasa ditangan rakyat dan Allah tunjuk mereka didunia ini sapertimana TDM dihina olih BN sekarang.
Mei 14, 2008 at 2:31 pm
adakah Mukhriz mempunyai material utk memimpin ? cakap banyak aje………
Mei 14, 2008 at 3:53 pm
sepertimana yang telah berlaku sekarang……….dunia dah hampir penghujungnya……..sedar2laa wahai ahli2 dan pemimpin umno….islam dah semakin hampir untuk menakluki setiap inci pelusuk negeri…
Mei 14, 2008 at 4:19 pm
adakah UMNO dan BN lebih penting daripada negara tercinta Malaysia ?
Insaf lah wahai rakyat Malaysia………
Arise , awake and safeguard Malaysia
Mei 14, 2008 at 4:19 pm
Apakah mereka hampir -hampir terlupa bahawasanya Manusia Agong,Pejuang Rakyat yang bernama Anwar Ibrahim itulah yang membuat mereka menggeletar seperti cacing-cacing kepanasan sekarang ini.Jika tidak kerana negeri-negeri di bawah bayu itu,mereka sudah pun menghilang diri entah kemana.Biarkanlah mereka dengan sikap mereka itu,lambat laun mereka akan berlutut menyembah bumi jua akhirnya,dasar tak sedar diri.
Mei 15, 2008 at 7:28 am
Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya yang teraniaya.. sekarang ni nampak banyak yang Allah balas “cash” kat dunia atas dosa2 yang dilakukan.. tu tak tengok lagi kat akhirat esok… dah banyak bukti.. lagi diorang semua ni tak sedar diri.. salah guna kuasa dan amanah yang diberi.. tunggulah balasan Illahi…
Mei 15, 2008 at 4:16 pm
Memang betul orang UMNO dan BN tak boleh nak duduk diam sebab Anuar. Tapi kita semua pun setakat ni masih belum tahu sejauh mana Anwar mampu dan akan buat apa yang beliau perkatakan selama ini. Kita sama2 tunggu dan lihat.
Mei 15, 2008 at 8:35 pm
Syabas saudara sebab membuat laporan polis kes natang di Terengganu … mungkin pihak polis terlupa kes itu dulu…buka siasatan balik …..
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis… ada artikel baru aku tulis ….
Mei 16, 2008 at 12:07 pm
Hairan seribu kali hairan kita mendengar kata-kata sindiran sinis yang dilemparkan terhadap beliau oleh mereka-mereka yang tahap perjuangannya baru berumur setahun jaggung,kononnya Anwar Ibrahim itu teringin benar menjawat PM apakah mereka tidak tahu akan hakikat sejarah hidup beliau,hinggakan sanggup beliau di sindir sedemikian.Jika benar beliau berhasrat begitu,sudah lama DS Anwar ibrahim itu, statusnya Perdana Menteri adanya. Bukankah beliau itu dahulunya,TPM dan pernah seketika,memangku jawatan PM.Apa yang perlu untuk beliau kekal pada status quo itu,cuma “join the crowd”yang biasanya angguk diam bersahaja.Tetapi kerana kesanggupan beliau menegakkan kebenaran dan keadilan,demi kesejahteraan rakyat,beliau kehilangan segala-galanya,cuma yang ketara masih kekal, iaitu-lah nilai-nilai keperibadian beliau yang berkarisma,semangat juang dan kepintaran serta keterampilan diri yang jarang-jarang kita ketemukan dikalangan mereka yang bergelar pemimpin.InsyaAllah beliau akan sentiasa di pelihara dan perjuangan beliau di berkati Allah.Menyeberangilah lautan bersama rakyat yang mahukan keadilan dan kebajikan, umpama kesah Nabi Musa yang berusaha membawa umatnya meredah lautan.
Mei 16, 2008 at 10:37 pm
Mari kita renungkan betapa jijiknya budaya politik manusia daripada suku kaum UMNO yang sudah lewat usia dan sedang menanti saat kematiannya.
Tengku Razaleigh Hamzah.
Bekas Presiden Parti Semangat 46 ini semasa berada di luar UMNO bukan main dia menghentam Mahathir. Dia adalah diantara jutaan rakyat Malaysia yang menuduh Mahathir sebagai dictator.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Mei 17, 2008 at 12:53 pm
PENTAS PERDANA SUARA ANAK MUDA
SEMPENA PERASMIAN KOMUNITI AMK GOMBAK SETIA
PEMIDATO: KHAIRUL ANUAR(KETUA AMK SELANGOR)
YB CHANG LIH KANG(ADUN TEJA PERAK)
YB NIK NAZMI NIK AHMAD(ADUN SERI SETIA/SET POL MB SELANGOR)
YB YUSMADI YUSOF (AHLI PARLIMEN BALIK PULAU)
SHAMSUL ISKANDAR MAT AKIN(KETUA AMK MALAYSIA)
TEMPAT: DEWAN MUHIBBAH TAMAN BOLTON
TARIKH: 20 MAY 2008
MASA : 9 MALAM
ANJURAN : AMK DUN GOMBAK SETIA
HUBUNGI:RAZALI 0166600675
Mei 18, 2008 at 8:44 pm
khairy cuak ler tu…
Mei 20, 2008 at 12:32 pm
ini nombor phone saya 017 203 6049
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis… ada artikel baru aku tulis ….
Mei 22, 2008 at 12:46 pm
Kita Umat Rasullah yang terakhir..
Dunia kita berdiri penuh dengan penipuan,
Bagi mereka yang bernama orang bukan manusia tidak mengenal saudara,
Hidup mereka kepentinan harta dan KUASA,
Tanpa kuasa bagi orang-orang yang lalai ini tidak bermakan bagi meraka,
Siapa yang berani bangkit untuk menyedari mereka-mereka ini untuk sedar,
Bala dan malapetaka menghampiri kehidupan kita,
Bumi malaysia seperti Tanah melayu, sabah akan ditengelam air lautan.
Sedarilah..
Jangan Al-quran sebagai mukadimah.
ASTAGFIRULLAH ALAZIM
Mei 22, 2008 at 12:49 pm
P/S
Ketua Angkatan Muda Nasional
Samsui Iskandar..
Kenapa diketipikan pemuda P1.76 Kimanis..
Sila beri Maklum Balas.
Mei 26, 2008 at 12:33 pm
Tolong buat laporan polis berhubung Dr. M menghasut ahli UMNO keluar UMNO di bawah AKTA HASUTAN dan pastikan beliau dan sekutunya masuk ke ISA pula…
Kita lihat apa yang si Akbar buat pada Dr. M pula… Tolong ye… Balasan bagi perbuatan dan penganiayaan beliau terhadap DSAI…
Tolong…