KUALA LUMPUR 13 Mei – Kerajaan tidak berhasrat meletakkan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia di bawah tanggungjawab Parlimen secara khusus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Sebaliknya, beliau berkata, dalam struktur baru di bawah suruhanjaya itu, akan diwujudkan Lembaga Penasihat Bebas Pencegahan Rasuah dan Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah.
Jadi apakah bezanya untuk diwujudkan Suruhanjaya Rasuah kalau inilah strukturnya. Yang rakyat impi dan mahukan ialah sebuah badan yang benar-benar bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen. Kalau apa yang dimaksudkan oleh Nazri Aziz seperti di atas, saya berpandangan bahawa kebebasan yang dijanjikan oleh kerajaan BN hanya menjadi satu penghinaan kepada rakyat.
Sebabnya mudah apabila Suruhanjaya ini tidak diletakkan terus di bawah Parlimen tetapi sebaliknya di bawah Lembaga Penasihat dan Jawatankuasa Parlimen sudah tentulah komposisi ahli-ahli kepada Lembaga Penasihat dan Jawatankuasa Parlimen itu majoritinya adalah orang-orang kerajaan BN.
Seperkara lagi haruslah diingat bahawa Suruhanjaya Rasuah ini tidak dibekalkan dengan kuasa untuk mendakwa di atas alasan undang-undang Perlembagaan Persekutuan hanya meletakkan kuasa ini di atas Peguam Negara sahaja. Jadi Suruhanjaya ini diibaratkan seperti seekor harimau yang tidak mempunyai taring.
Kepada Abdullah Ahmad Badawi, tidak mengapalah teruskanlah usaha dan janji kamu kepada rakyat ini sementara kamu masih berkuasa
!!
Difailkan dalam: Angkatan Muda, KeADILan, Politik






Suruhanjaya yang diura-urakan ini hanyalah mainan politik pemerintah, mereka hanya untuk mengaburi mata rakyat bahawa mereka ini akan membersihkan gejala rasuah di negara kita ini. Pakatan Rakyat sebelum PRU sudah lama berjuang untuk menangani rasuah dan kini sudah menang dalam PRU maka pemerintah mengambil isu ini untuk mengambil hati rakyat yang berpaling kepada PR ….. kita tengoklah nanti adakah ada suruhanjaya rasuah dan kehakiman akan wujud?
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis… ada artikel baru aku tulis ….
Sama sajalah.
Nazri belit-belit mahu jawab soalan MP Serdang.
Itu saja.