• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Menghadiri majlis penutup prog Karnival Sukan Rakyat di Dun Permatang, Tjg. Karang anj PeBT. Tahniah Hj Yahya http://tweetphoto.com/6819576 1 day ago
    • 3: Hijrah merupakan titik mula kpd perjuangan membangunkan masyarakat dan kemudiannya membina sebuah negara. http://myloc.me/2cbr3 2 days ago
    • Sh.Yusof: Rasul rancang strategi hijrah dgn rap. Beliau pilih Abu Bakr, Ali, Asma' & penunjuk jln yg pintar serta duduk di tempat selamat. 2 days ago
    • Sh. Yusof: Kemenangan di dlm perjuangan ialah a/bila kita berjaya mempertahankan prinsip, pegangan & aqidah walaupun dizalimi & dianiaya 2 days ago
    • Ribuan hdr kuliah Sh. Yusof AlQardhawi. Kuliah dimulakan dgn menceritakan hubungan rapat dgn @AnwarIbrahim. http://tweetphoto.com/6732768 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

Siasat & Tangkap Dr. Mahathir!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia hari ini telah membuat laporan polis terhadap individu-individu berikut:

1. Dr. Mahathir Mohamad
2. Tengku Adnan Tengku Mansor
3. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim
4. Eusoff Chin
5. Vincent Tan
6. V.K. Lingam

Laporan ini dibuat berdasarkan kepada laporan Suruhanjaya Siasatan Klip Video Lingam yang telah menyatakan bahawa individu-individu di atas terlibat di dalam mengatur perlantikan hakim-hakim kanan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa terdapat cukup sebab untuk mengambil tindakan di bawah beberapa peruntukan undang-undang terhadap sebahagian daripada mereka.

Laporan polis ini bertujuan untuk membolehkan Polis DiRaja Malaysia membuka kertas siasatan dan menyiasat segera individu-individu terlibat, seterusnya mengemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan mesti dimulakan segera tanpa bertangguh bagi memulihkan keyakinan rakyat dan dunia terhadap sistem kehakiman negara yang merosot teruk sejak kebelakangan ini. Sekiranya terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa mereka di mahkamah, ia perlu segera dilakukan. Proses perbicaraan akan membolehkan tahap sebenar barah di dalam sistem kehakiman ini dikenalpasti dan tindakan-tindakan perlu diambil untuk menghentikannya dan memulihkan nama baik sistem kehakiman. Sekiranya individu-individu tersebut tidak bersalah, maka proses siasatan dan perbicaraan yang adil akan dapat membersihkan nama mereka.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa pihak polis dan Peguam Negara bertindak tanpa rasa gentar atau pilih kasih di dalam menangani kes ini. Meskipun individu-individu yang terlibat berkedudukan tinggi, keadilan mesti dilihat oleh rakyat telah dilaksanakan terhadap semua orang secara adil.

Harapan Baru Untuk Malaysia

Shamsul Iskandar Mohamad Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

8 Respons

  1. Sekali lagi, tiada apa yang akan terjadi. Kita sebagai rakyat ni, bagai anjing menyalak gunung. Takkan runtuhnyer..

  2. tangkap ectremis Mahathir dengan segara kerana mengugat kestabilan negara

  3. Ya, mesti saksama. Mereka boleh menangkap peminpim-peminpim hindraf dan pembangkang tanpa perbicaraan kenapa tak siasat 6 orang ni? Adakah orang BN ada kuasa pangampunan? Kalau macam tu, aku pun nak menyertai BN, Janganlah masuk Keadilan!

    Atau Polis Diraja Malaysia tidak berani melaksanakan tugas mereka, cakaplah saja! Kami boleh faham, disebabkan ni bukan kes yang pertama, memanglah tabiat meraka, “taat setia kepada BN”, rakyat jelata tu sampah saja! Cam orang Cina cakap: mati 2 orang kira1 pair, mati 12 orang kira 1 dozen, tapi orang BN maharaja meraka jangan bagi bercalar sedikit pun.

    Tu Komtar Monkey show lah salah satu contoh ni! Jadi, jangan buang masalah! Tu orang cuma tengok ni bagai Monkey show, meraka lebih reti tangkap rakyat jelata dan peminpim pembangkang agak rezeki terjamin. ha…… Malaysia memang Boleh! (Bodoh!)

  4. memang mahthir hendaklah dita ngkap dan diremand seperti oks oks lain . Kalau tidak buat dengan dengan sertamerta mahathir yang kini sudaH MENGAKUI SENTIASA sudah lupa, tak ingat akan jadi lebih teruk dan benar atau tidak belaiu akan pura pura berlakun sakit dan otak tak sentoh seperti SUHARTO untuk mengelakkan perjalanan undang undang untuk menegakkan keadilan. Saya tidak berapa yakin dengan kredibiliti atau kebolehan peguam negara kita dalam mengendalikan kes kes seperti ini (kecuali kes kes di mahkamah megistret di mana AG suka menghadapo)dan dengan demikian kita mesti kalau perlu bawa orang dari Singapura atau england untuk dilantik sebagai Pendakwa (dlm kontrakt kalau perlu). Dengan cara ini sahaja kerajaan boleh mengembalikan maruahnya dan keyakinan kita dan dunia ini terhadap negara kita

  5. Bravo ,
    for the brave Angkatan Muda Keadilan Belia Malaysia in taking the bold step to make police reports against these untouchables. I am one of a true Malaysian citizen who would love to see this country regain its lost dignity. Hidup Malaysia! Hidup Malaysia.

  6. Kena tunggu PR jadi gomen, baru cepat dia orang pigi tangkap. Sekarang pelan-pelan tunggu je la… kononmya inilah, itulah…

  7. Semoga dengan laporan polis di setiap negeri oleh AMK berupaya pihak polis untuk menyiasat dengan lebih telus dan adil. Semoga mereka semua akan dihadap dengan beberapa akta supaya keadilan tercapai. Semoga badan kehakiman bersih dan mendapat kepercayaan kembali rakyat.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  8. Saudara shamsul,
    Tolong tulis pandangan saudara tentang ura-ura saudara ezam dan chegubard yang hendak masuk UMNOOO

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tinggalkan jawapan