Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang positif langkah yang ingin diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menggantikan daftar pemilih yang akan melibatkan pendaftaran semula pengundi.
Pun begitu, AMK berpandangan bahawa adalah lebih wajar bagi kerajaan untuk menggantikan kepimpinan SPR sedia ada agar sebarang langkah ke arah reformasi sistem pilihanraya yang hendak diambil tidak sekadar melepaskan batuk di tangga.
Imej SPR telahpun tercalit dengan pelbagai masalah, termasuklah isu pengundi hantu, kesahihan daftar pemilih dan yang terbaru ialah pembatalan penggunaan dakwat kekal yang jelas menggambarkan kecederungan SPR menjadi salah satu komponen Barisan Nasional (BN) untuk memenangkan BN dalam pilihanraya umum.
Tidak ada sebarang masalah untuk menyokong apa jua langkah-langkah positif, malah AMK bersedia untuk menjadi pendukung kepada reformasi sistem yang hendak diambil. Tetapi reformasi sistem ini perlulah bermula dengan ‘pembersihan’ SPR daripada sebarang bentuk kepimpinan lemah dan dangkal yang tidak mampu menjamin sebarang impak positif daripada pendekatan-pendekatan yang diambil.
AMK tidak mahu pendekatan ini sekadar menjadi satu lagi ‘projek terbaru tajaan SPR dan BN’, yang akhirnya tinggal retorik murahan semata-mata.
Justeru, AMK berpendapat, untuk menggambarkan keikhlasan SPR untuk mendepani usaha membersihkan sistem pilihanraya Malaysia, ia wajar bermula dengan perletakan jawatan kepimpinan SPR, khususnya Tan Sri Rashid Abdul Rahman.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Difailkan dalam: Angkatan Muda, Media, Politik





Iskandar.
Saya amatlah setuju cadangan saudara ni.
1) Bila nak buat daftar pemilik baru, semua sistem sediada kena diganti-tentu projek baru-RM???
2) Siapa akan dapat projek ni????
3) Bolih percayakah SPR akan buat dengan telus-tiada tipu.
4) Mesti batalkan/tamatkan undi pos.
5) SPR dibawah Parlimen.
Tan Sri rashid..hah..hah..dia mesti kena tandang punya!Kenapa?.Dia baru-baru dah pecah tebelang pasai Dakwat kekal dah!.Tak payahlah suruh dia berhenti dosa dia menggangu tidur walau pun pasang air-cond sampa 16 darjah!Itu baru panas kat dunia…..belum lagi dekat sana!bertaubatlah awahai pegawai-pegawai kerajaan!.
Bukan setakat rashid letak jawatan,tetapi seluruh jawatnkuasa sekali. lantik suruhanjaya yang baru dan letakkan dibawah parlimen atau raja. Barulah boleh percaya…
Bukan sahaja Tan Sri Shitt ini, timbalan dia pun kena berhenti, kenampakkan semacam timbalanya menyerupai perangai bosnya, takan nak lanjut umur bersara En Shitt ini. Bukan sahaja letak jawatan, rombak kembali SPR. Biar SPR menjadi suatu badan yang betul2 bebas dari cengkaman pemerintah. Semua putar alam SPR di PRU yang lepas dan terbongkar sekarang, jangan nanti pengundi boikot tak nak mengundi baru tahu. Semacam ada PRU balik saja ini.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
sendiri buat, jilat dub*r peminpin korup, tanggung lah sendiri.