• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Menghadiri majlis penutup prog Karnival Sukan Rakyat di Dun Permatang, Tjg. Karang anj PeBT. Tahniah Hj Yahya http://tweetphoto.com/6819576 1 day ago
    • 3: Hijrah merupakan titik mula kpd perjuangan membangunkan masyarakat dan kemudiannya membina sebuah negara. http://myloc.me/2cbr3 2 days ago
    • Sh.Yusof: Rasul rancang strategi hijrah dgn rap. Beliau pilih Abu Bakr, Ali, Asma' & penunjuk jln yg pintar serta duduk di tempat selamat. 2 days ago
    • Sh. Yusof: Kemenangan di dlm perjuangan ialah a/bila kita berjaya mempertahankan prinsip, pegangan & aqidah walaupun dizalimi & dianiaya 2 days ago
    • Ribuan hdr kuliah Sh. Yusof AlQardhawi. Kuliah dimulakan dgn menceritakan hubungan rapat dgn @AnwarIbrahim. http://tweetphoto.com/6732768 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

AMK MENUNTUT SUPAYA TINDAKAN DIAMBIL

29 Mei 2008.
Kenyataan Media

Bertindak segera terhadap Dr. Mahathir Mohamad dan lima individu untuk memulihkan keyakinan terhadap institusi kehakiman

Pada 24 dan 25 Mei laporan-laporan polis telah dibuat terhadap Dr. Mahathir Mohamad dan lima individu yang didapati terlibat dalam urusan perlantikan hakim-hakim oleh Suruhanjaya Siasatan klip video V. K. Lingam.

Sebelum ini alasan tidak ada laporan polis dibuat untuk membolehkan tindakan diambil diberikan. Maka dengan ini Angkatan Muda Keadilan Malaysia menuntut agar Polis DiRaja Malaysia dan Peguam Negara mengumumkan langkah-langkah segera untuk menyiasat dan seterusnya mendakwa kesemua mereka yang terlibat.

Kes ini adalah amat penting kepada negara, justeru pihak polis tidak seharusnya melengah-lengahkan siasatan. Semua yang terlibat perlu dipanggil dengan segera untuk memberi keterangan. Bukti-bukti dan penemuan-penemuan Suruhanjaya perlu diteliti dengan segera.

Tindakan Peguam Negara membuat kenyataan mengenepikan klip video Lingam sejak daripada awal menimbulkan keraguan terhadap integriti beliau untuk melaksanakan amanah jawatan dengan adil. Peguam Negara perlu memperlihatkan kepada rakyat bahawa keadilan dilaksanakan tanpa gentar atau pilih kasih dengan membawa kes kesemua mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Perbicaraan di mahkamah akan memulakan proses untuk memulihkan keyakinan terhadap instituti kehakiman negara. Ini adalah amat kritikal kerana kehakiman yang diragui memberi kesan negatif kepada negara, termasuk di dalam bidang ekonomi. Para pelabur tidak akan membuat pelaburan sekiranya mahkamah tidak diyakini bebas dan adil.

Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, ia perlu dilihat dilaksanakan. Demi masa depan negara, bertindak segera!

Harapan Baru Untuk Malaysia

Shamsul Iskandar Mohamad Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

* Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia juga telah menulis mengenai hasil siasatan Royal Commission di sini www.chedet.com pada hari ini !

6 Respons

  1. askum saudara ku.maafkan saya jika saya ingin memberikan sedikit pandangan kepada perkara tersebut.cadangan saya apa kata jika ditakdirkan dan diizinkan oleh NYA.kan bagus jika kita anak2 melayu malaysia cuba menyatukan antara TUN dan DATO SRi tentu pasti akan cemerlang gemilang terbilang lalu BOLEH dan HARAPAN BARU kita mungkin akan membantu kita mengusirkan mereka serta keluarga mereka dari bertahta diatas sana.:kerana menantu hantu bapak jadi batu:fikirkanlah saudaraku adakah idea aku itu ok ke tak yea.kerana apa saya melihat bahawa memang ada kebagusanya apa bila kita dapat menyatukan DATO SRi A. dgn TUN M.

    Disitu saya nampak ada peluang kedamaian yg utuh kukuh dan ingin memperbetulkan apa yg telah terlupa dahulu nya dia.berilah peluang dan marilah kita ramai2 memohon doa agar mereka bersatu utk menentang pemimpin skrang yg diterajui oleh dinasti apa yea? saudara pun faham kan./ ini lah peluang utk kita mendapatkan HAK DATO SRi A. yg dahulunya ditindas dituduh dihukum tanpa diberi ruang.jadi peluang tetap ada utk DSRi A kita.mari kita ramai2 tak kira dimana jua berada mendirikan solat hajat memohon pada NYA agar HARAPAN BARU mendapat kerahmatan dan keberkatan dari NYA. alah mcm kita nak masuk meminang mesti jumpa dgn keluarga pihak pompuan kan kan kan.jadi kita sebagai anak muda melayu malaysia AMMM pun tentu tahu cara kan kita nie melayu ada adat nya.maafkan diri saya jika ada tersalah tulis mahu pun tertulis ini wahai saudara ku.AKU mendoakan agar HARAPAN BARU mengecapi kemenangan diatas keikhlasan kejujuran kesabaran kesetiaan ketaatan maka dgn izinNYA.maka marilah wahai saudaraku bangsaku kita menuju kemenangan muthlak yg memang HAK DSRi A.dgn cara bijaksana dan berakal.saya sudahi dgn ucapan :”KERANA MU MALAYSiA.”wassalam.saya mohd kamil.

  2. Tiada apa-apa berita pun tentang laporan terhadap mahadet, kalau laporan karpal sigh cepat benar polis buat kerja, kertas siasatan dah sampai ke Peguam Negara. AMK kena buat pantauan yang lebih kerap untuk memastikan polis dan peguam negara buat kerja dalam kes mahadet and the geng ini.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  3. selama ni rakyat di butakan oleh kerajaan BN. sekarang masa untuk mrk keluar. tak payah dua PM bersatu, buang masa sj. bg peluang kepada pakatan rakyat, biar mrk buktikan. kita mau maju bukan bergaduh dan berkawan. duit kita ditaruhkan, rakyat yg rugi dgn kerajaan mcm ni. belanja membuta tuli, beli ink tak guna, hantar org ke angkasa dia pula mkn nasi lemak kat sana. beli kapal selam bukan mau perang, kapal jet perang buat show. tak tau apa lagi dia org plan nak beli. masa akan dtg rakyat kena byr cukai 2 kali ganda.

  4. PM Ahmad Badawi perlu letak jawatan segera-kerana walapun dia telah dicabar oleh mantan pm Mahathir A/L Mohamad Sikandar kutty(MAMAK DARI KERALA),PM A BADAWI MASIH TIDAK MAHU AMBIL TINDAKANNYA.

  5. [...] AMK MENUNTUT SUPAYA TINDAKAN DIAMBIL 29 Mei 2008. Kenyataan Media Bertindak segera terhadap Dr. Mahathir Mohamad dan lima individu untuk memulihkan [...] [...]

  6. Syabas kepada Sam dan AMK.
    Memang inilah tugas anak muda ( kalau boleh pelajar U juga) jadi golongan pendesak.Teruskan usaha mengasak dan mendesak.Push them to the corner.Saya anak muda dah dewasa ni tetap menyokong anak muda yang dinamik seperti Sam n gang.

    Memang nampaknya kes 6 jahanam ni macam nak dipendam begitu saja.Semua diam.NGO pun senyap.Umno/BN pun senyap.Suhakam pun tak bersuara.Pejuang melayu apa tah lagi.MIC,MCA,Gerakan pun sunyi sepi.Polis langsung tak boleh diharap.

    Semalam chedet kata dalam blognya Royal Comission tak boleh menghukum.Memanag Royal comission tak menghukum tapi memberi cadangan tindakan yang boleh diambil.Pada mulanya bukan main semngat si Zaid tu beri arahan .Tapi bila AG tak bertindak apa fasal dia senyap pulak?

    mahathir dah banyak mencabar dolah tapi dolah tak berani ambil tindakan.Mesti ada sesuatu yang tak kena ni.Cuba tubuhkan task force cari sebab musababnya.

    Lawatilah blog saya di http://drhamzah.blogspot.com

Tinggalkan jawapan