Komen Joceline Tan Di Akhbar The Star Mengenai Kemasukkan Ezam Mohd Nor Ke Dalam Umno

Saudara/saudari berikut saya letakkan kandungan komen Joceline Tan wakil akhbar The Star yang telah dialih bahasa oleh sahabat saya yang disiarkan pada hari ini di dalam akhbar The Star m/surat 20 -

Kepulangan Anak Yang Terbuang

“Kemasukan Ezam Mohd Nor kepangkuan UMNO menjadi topik yang hangat di dada akhbar tempatan. Namun begitu, ia mendapat sambutan yang dingin dikalangan ahli-ahli UMNO malah mereka begitu mencurigai akan kepulangannya”

Beberapa hari yang lalu, Ezam Mohd Nor pasti merasakan dirinya sebagai seorang bintang rock.Media memberikan liputan yang meluas terhadapnya. Gambarnya terpampang hamper diseluruh akhbar utama, malah Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara peribadi menerima borang kemasukkan Ezam ke dalam UMNO.

Kemasukan Ezam kembali kedalam UMNO bolehlah diumpamakan sebagai pulangnya anak yang terbuang, dan sebagaimana kisah anak yang terbuang, bukan semua orang bergembira dengan liputan yang diberikan kepada Ezam.

Malah, seorang ahli politik UMNO dari kedah secara berterus terang mengatakan :”Tak Ada seorang pun yang saya temui gembira dengan perkara ini”

Walaupun kemasukan kembali Ezam ke dalam UMNO masih belum mendapat kelulusan Majlis Tertinggi UMNO, ia telah menjadi satu tajuk yang paling panas di dalam UMNO sendiri. Pelbagai reaksi ditunjukkan daripada perasaan tidak percaya kepada Ezam hinggalah kepada menentang secara terang-terangan

“Secara jujurnya, saya masih sukar menerima perkara ini. Walaupun kita menerima keputusan pucuk pimpinan akan tetapi kami akan menhadapi kesukaran untuk memberi penerangan kepada ahli akar umbi,” kata Datuk Rahman Dahlan, Setiausaha Pemuda UMNO.

Rata-rata ahli UMNO tidak dapat melupakan perbuatan Ezam yang lantang menentang UMNO – semasa dia menjadi orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ezam telah mengikut jejak langkah Anwar keluar daripada UMNO pada tahun 1998 dan telah memainkan peranan utama di dalam gerakan reformasi. Beliau juga telah mendedahkan berita sensasi tentang ujudnya berkotak-kotak bukti tentang penyelewengan bekas menteri kanan Datuk Sei Rafidah Aziz.

Sejurus sebelum berlepas untuk mengerjakan umrah minggu lepas,Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah memberitahu teman rapatnya bahawa beliau “ Masih rasa terbuku dihatinya tentang tuduhan-tuduhan yang telah Ezam buat terhadap Pemuda UMNO”

Usaha untuk membawa Ezam balik kepangkuan UMNO telah dibuat sejurus selepas PRU12 yang lalu.Statistik kajian menunjukkan UMNO telah bukan sahaja gagal untuk memenangi undi dari pengundi muda melayu bahkan mereka bersedia untuk memberi undi kepada DAP.

Sesuatu yang drastic perlu dilakukan oleh UMNO dan sekutu rapat Perdana Menteri menyatakan bahawa UMNO memerlukan personality lelaki yang agak kontroversi dan berperawakan muda sama seperti Datuk Azalina Othman Said yang telah berjaya menarik wanita muda kepada UMNO melalui Puteri UMNO.

Ezam, yang menjulang namanya melalui gerakan anti rasuah dilihat sebagai seorang tokoh yang boleh mengisi tempat tersebut. Pada usia 41 tahun, beliau adalah seorang yang mempunyai karisma, berupaya untuk berpidato dan memahami politik UMNO dan parti lawan.

“Kita boleh melihat beliau sebagai seorang yang boleh menyaingi PKR dan pemimpinya kerana beliau tahu selok-belok mengenai kekuatan dan kelemahan parti tersebut” ujar Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.

Sebenarnya, Anwar telah menghantar beberapa perutusan untuk mempengaruhi Ezam supaya menimbang semula keputusan beliau menyertai UMNO. Walaupun langkah yang diambil oleh Ezam tidak akan memberikan impak yang besar kepada PKR, tetapi disebabkan beliau mengetahui urusan dalaman PKR, ia berpotensi untuk memberi kesan buruk kepada parti tersebut.

Ezam juga telah membawa bersama-sama beliau beberapa bekas pemimpin parti PKR. Walaupun mereka bukanlah tokoh besar semasa di dalam PKR, tetapi sudah terdapat beberapa telahan dikalangan ahli UMNO bahawa ini merupakan isyarat kemasukan semual pemimpin-pemimpin utama PKR termasuk Anwar ke dalam UMNO.

Ketidakpercayaan kepada Ezam tidak boleh dipandang rendah kerana di dalam lubuk hati beliau mungkin masih bersama Anwar, sepertimana yang dikatakan oleh seorang ahli politik UMNO “ Termpat Jatuh lagi dikenang, apa pula tempat bermain”

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat merasakan sentiment ahli-ahli UMNO apabila beliau mempersoalkan samada Ezam mungkin bertindak sebagai “Trojan Horse” daripada PKR.

Apa yang paling sukar untuk ditelan oleh UMNO adalah bagaimana seorang yang telah menderhaka kepada parti tersebut diberi layanan sebagai seorang hero pada saat kembalinya kepangkuan UMNO?. Ini akan memberi mesej yang tidak baik kepada ahli parti yang mana mereka boleh meninggalkan parti tetapi boleh kembali dengan sambutan yang hangat.

“Kita tidak boleh terlalu emosi mengenai siapa yang datang dan siapa yang pergi di dalam part. Sepertimana yang dimaklumi, tiada yang kawan atau musuh yang kekal di dalam politik. Hanya yang kekal adalah iltizam kita. Jikalau dia bagus, dia akan mendapat tempat” Komen Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa lebih banyak reaksi negatif dari kalangan ahli UMNO berbanding yang positif .

Anak yang terbuang ini akan menempuhi jalan yang sukar dan berliku sekembalinya kepangkuan UMNO

Terjemahan dari kolum COMMENT tulisan Jocelyn Tan The Star, halaman N20 Rabu 4-Jun-2008

* Saya ingin mendengar pandangan saudara/saudari pula….

Explore posts in the same categories: Angkatan Muda, Politik

7 Comments on “Komen Joceline Tan Di Akhbar The Star Mengenai Kemasukkan Ezam Mohd Nor Ke Dalam Umno”

  1. thaqif Says:

    Sdr Shamsul,

    Ezam hanya dapat mempengaruhi mereka yg kurang mengerti perjuangan Keadilan,terutamanya mengenai kepentingan Melayu,oleh itu AEM perlu diwarwar dan dijelaskan sebaik mungkin.Selain itu Ezam juga mampu menarik mereka yg ’semput’,maklumlah menurut Ezam sendiri,beliau sudah di beri ‘blank chaque’ oleh PM Abdullah.jadi kuasa dan wang ringgit tentu sudah tidak menjadi masalah bagi beliau.Sekarang harga petrol sudah pun di naikan .78 sen,pengaruh wang dan kuasa ini tentu menjadi lebih besar utk beliau mengula-gulakan kpd penyokong PKR dan PR yg tentunya semakin semput.

  2. Mustaffa bin Othman Says:

    Saya amat tertarik dengan komen dan ulasan dar penulis. Berikut beberapa komen dari saya:

    1. Kita mesti terima hakikat yang manusia akan berubah sejajar dengan peredaran masa. Ruang yang kita berikan untuk saudara Ezam kembali kepada UMNO mestilah dilihat dan dinilai kepada aspek positif. Ezam mempunyai kekuatannya tersendiri dan kelemahan yang tertentu. Adalah wajar kita sebagai orang berpegang kepada ajaran Islam supaya tidak rasa prejudis dan niat untuk mengaibkan seseorang kerana ianya ditegah oleh agama. Peluang serta panduan perlu diberikan kepada saudara Ezam mempamirkan yang ianya benar-benar ingin kembali kepada UMNO dan membawa kembali keyakinan rakyat khususnya golongan muda kepada era kegemilanganny sebelum ini.
    2. Semasa saudara Ezam keluar dari UMNO bersama-sama idolanya Dato’ Seri Anwar Ibhrahim berkemungkinan beliau terpengaruh ketokohan DSA dan nilaikan ketika itu berapa umurnya! darah orang muda yang gemar kepada tindakan agresif supaya mereka merasakan kehadiran saudara Ezam memberi impak kepada masyarakat keliling.
    3. Jika kita seorang yang analatikal kita boleh menilaikan kepada trend semasa ramai ahli politik terdahulu sering bertukar atau keluar parti dengan alasan yang mereka sendiri ketahui. Adakah mereka ini dilihat sebagai perosak atau pengkhianat kepada parti atau masyarakat! Prinsip dan wadah yang ingin mereka pamirkan adalah bertujuan mencapai objektif secara menyeluruh.
    4. Kehadiran saudara Ezam akan memberikan tekanan kepada parti lawan dan ianya adalah fakta yang kita tidak boleh nafikan. Kesan atau impak akan diketahui samada ianya positif atau negatif bergantung ianya dimanipulasi atai dieksploitasikan dengan cara efisien serta efektif.

    Itu sahaja komen secara umum dari saya dan terima kasih.

  3. mexan abdullah Says:

    Senang aja, dalam politik ” greed for money and power ” so Ezam made the right move temporarily. As for Badawi it can seriously backlash as it has cause great unhappiness
    amongst Team B and the various factions in it. Now their struggles has become simmilar and they will work together to bring Badawi down very soon. Simple isn’t it. Pakatan Rakyat has nothing to loose as the rakyat/people will always be with them. Infact, the opposition did win the recent election, if there was no presence of Undi Hantu. Um-No is very irrelevant today.

  4. khalib Says:

    Pemergian Ezam kepangkuan UMNO sedikit sebanyak menyentuh perasaan kita.Namun peristiwa tersebut tidak pantas sekali dianggap sebagai sesuatu kejadian atau perlakuan yang mampu menggugat kedudukan, kestabilan politik PKR.Ketiadaan beliau bersama PKR, tidak memungkinkan terujudnya ketidakseimbangan halatuju perjuangan pada diri pendokong-pendokong dan peneraju-peneraju PKR/PAKATAN RAKYAT yang kemas dan teguh bersemangat memperjuangkan agenda politik mereka demi kesejahteraan rakyat.

    Barang diingat,kemenangan besar PKR/PR pada PRU12 yang lalu,merupakan suatu manifestasi keyakinan dan penerimaan rakyat terhadap intipati perjuangan PKR,yang
    dicapai tampa kehadhiran Ezam.Sebab dan musababnya sudah tentu tidak lain dan tidak bukan kehendak dan rahmat Allah yang dicucurkan keatas DS Anwar Ibrahim dan peneraju-peneraju serta pendokong/ahli PKR yang gigh berusaha dan berjuang.Rakyat menjadi saksi kepada keikhlasan dan konsistensi mereka.Kemenangan ini bukan kemenangan sementara.Gelombang baru ini adalah gelombang kebangkitan dan kesedaran rakyat yang bukan semudah-mudahnya bisa di ubah atau digangu gugat oleh sesiapa.

    Bagi Ezam yang kini sedang menunggu peluang untuk membantu memerangi rasuah dan melakukan reformasi bersama UMNOBN terutamanya Pak Lah(seperti yang di cita-citakan oleh beliau),maka terserahlah kepada iltizam serta keikhlasan beliau dan kesanggupan mereka-mereka didalam UMNO untuk menerima Ezam sebagai reformer.Andai pun beliau terlebih dahulu diterima dengan rasmi sebagai ahli parti tersebut, keikhlasan beliau akan tetap menjadi tanda tanya oleh mereka-mereka yang curiga disamping dendam kesumat yang tidak ketara.

    Kepada mereka-mereka yang mengenali Ezam secara peribadi,soalnya apakah kita sanggup meyakinkan diri kita sendiri bahawa kepemergian Ezam kesebelah pihak sana, bertujuan menggadaikan peribadinya untuk di manipulasi,di eksploitasikan bagi kepentingan pihak sana,yang mana ia nya jelas mengkontradiksi dasar dan asas perjuangan beliau terdahulu.Rasa-rasa, andainya beliau benar-benar tahu akan erti perjuangan dan pengorbanan,beliau tidak mungkin sanggup.Kerana sudah menjadi adat bagi seseorang manusia yang berperibadi mulia,halatuju perjuangannya hanyalah satu,yang tertanam dipelusuk jiwanya.Kian hari, nilai juang ini kian jauh tersirat di hati nuraninya.Tidak mungkin beliau menjadi pengkhianat kepada perjuangan Anwar Ibrahim dan bertindak sebagai pelupus harapan dan cita-cita rakyat.

  5. drhamzah Says:

    Saya berpendapat bahawa Ezam bukanlah seorang pejuang tulen.Nawaitu nya sentiasa berubah.Ezam juga bukan terpengaruh atau dipengaruh oleh sesiapa tapi tindakannya dibuat dgn kehendaknya sendiri kerana kecewa bukan prinsip.Kalau berprinsip pun ia adalah prinsip balas dendam.
    Saya tak percaya Ezam mampu mengukuhkan umno dan mengkucarkacirkan PKR.Ezam banyak Saya ikuti perkembangan Ezam sejak penubuhan KeADILan lagi.Saya hadir dipertemuan pertama bersama ezam di Melaka dirumah Hamzah@Ali.Saya hadir semua ceramah beliau di Melaka.Dia banyak berbohong.Banyak janjinya an kata-katanya semasa berceramah tak jadi kenyataan.Begitu juga dengan sumpah keramat.Saya ada bersama saudara Shamsul diatas pentas ketika itu.Tapi sekarang apa jadi. Semua pendokong sumpah keramat telah keluar parti dan masuk umno..Zahid Mat Arif,Hamdan Taha,Hanafiah Man,Lokman Nor Adam,Ghani dan ramai lagi yang saya tak kenali..Termasuk”ustaz” Ruslan Kasim.
    Satu yang saya pelajari dari peristiwa ini ialah..Kalau seseorang tu cakap berlebih-lebihan seperti mereka yang saya sebut di atas jangan percaya…mesti tak betul punya.
    Kita contohi ustaz badrul,Anwar Tahir,Dr Mohd Nur Mannuty dan ramai lagi sahabat dari ABIM istiqamah dalam perjuangan.Mereka tidak akan menjilat balik ludah mereka.
    seperkara lagi Ezam akan lalui jalan yang amat sukar .Beliau terpaksa meyakin umno akan kejujurannya dan pada waktu sama menjelaskan kepada ahli PKR terutama pemuda dimana salah dan silapnya PKR dan pemimpinnya.Mampukah dia melakukannya ketika PKR sedang menuju kearah kemenangan yang lebih baik.Saya rasa ezam akn terkubur bersama umno begitu saja.

  6. SUBOH AHMAD Says:

    Saya tertarik dengan pandangan yang diberikan oleh kawan-kawan kita dlm komen ini,
    Bagi saya mudah saja untuk membuat andaian terhadap kemasukan ezam dalam UMNO. Iaitu Ezam ini sebenarnya insan yang kecewa dan mengharapkan sesuatu bila berada dalam satu pertubuhan, dimana bila dia tidak dapat apa yang diharapkan maka akan terjadilah pekara yang berlaku pada hari ini. Ya, kami menghargai segala jasa insan seperti ezam yang sanggup menerima segala rintangan yang mungkin tak akan kita (AMK )sekarang lalui. Tapi ezam jangan pula ambil kesempatan diatas jasa dan pengorbanan yang diberikan dulu untuk membalas dendam terhadap pimpinan PKR yang ada hari ini. Sedangkan ezam adalah golongan profesional dan berpelajaran, tak kan kerana duniawi ezam sanggup menjual maruah? Tidakah ezam mengambil iktibar dan pengajaran apa yang berlaku kepada Tun M, yg boleh dikatakan lebih banyak jasanya kepada negara serta seluruh dunia? Kalau ingin dibandingkan ezam dengan Tun M, terlalu jauh bezanya, apatah lagi untuk dibandingkan DSAI. Apakah ezam tidak sedar tindakan yang dibuat kembali dalam UMNO akan menjadi satu liabiliti kepada UMNO? Saya katakan begini kerana setiap hari ada saja pandangan dan desakan yang dibuat oleh orang UMNO terhadapa ezam? Atau ezam mahu digelar ” MUKA TAK MALU, PIPI TERSORONG2″ Ezam juga perlu mengambil contoh dari kawan-kawan dia yang sama2 berjuang kemudian kembali kepangkuan UMNO akhirnya menjadi sampah bagi UMNO. Saya yakin dan percaya ezam juga akan menjadi begitu satu hari nanti. Nasihat saya buat ezam, KITA BERPOLITIK BUKAN CARI MAKAN, BERPOLITIK UNTUK MENGABDIKAN DIRI UNTUK RAKYAT, Kalau berp[olitik untuk cari makan memang kita akan kecewa tak kiralah dalam parti politik mana sekali pun. SEjarah telah membuktikan semua itu.
    Dengan itu saya berharap ezam atau ahli-ahli PKR yang lain, fikirlah dulu sebelum kita membuat keputusan seperti ezam. Perjuangan harus diterap dengan keimanan dan ketaqwaan. Kalau ada itu demua insyallah perjuangan kita akan kekal…

  7. dino Says:

    Kemasukan Ezam ke UMNO tidak memberi apa2 kesan kepada perjuangan PKR (Parti Keadilan Rakyat) mahupun kepada rakyat jelata yang sudah muak dengan UMNO, malah rakyat yang semakin bijak mampu menilai keputusan Ezam itu yg sememangnya berbaur kepentingan peribadi (survivor). Juga sambutan di kalangan ahli UMNO ibarat malam Hari Raya 30hb Syawal (raya yg tak raya).. Apa yang jelas, ‘agenda perubahan Paklah’ yang dimomokkan Ezam tidaklah sehebat mana, hanya omongan kosong dan lakonan sandiwara semasa, buktinya :kenaikan harga bahan bakar semalam. Inikah yang dikatakan perubahan??? Apakah dengan melepaskan BPR sebagai badan bebas sudah memberi perubahan yang besar kepada negara??? Kenyataan Ezam “Anti korupsi sememangnya dekat di hati saya” menuntut janji dan dakwaannya bahawa dia mempunyai bukti gejala korupsi Paklah. Sekiranya benar agenda perubahan yang digagaskan oleh Paklah mampu menarik kerjasama banyak pihak demi kepentingan negara, masakan Tun Mahathir isytihar keluar UMNO???
    Jika Ezam berani bersemuka dengan wartawan Barisan Alternatif, sudah tentu dia akan ditanyakan dengan soalan2 mengenai ‘agenda perubahan Paklah’ yang dimaksudkannya. Sehingga dia sanggup mengkhianati Tuan Gurunya demi memberi kerjasama kepada agenda perubahan tersebut.
    Pada penilaian saya, Ezam tidak layak memperjuangkan nasib rakyat sedangkan beliau sendiri tidak terbela nasibya hingga sanggup menggadai maruah demi kepentingan duniawi.
    Juga saya berkeyakinan tinggi, bahawa rakyat semakin bijak dan sedar selepas PRU12 akan kelemahan pemerintahan kerajaaan juga ketidaklayakan pemimpin untuk memimpin negara yg tidak mementingkan kebajikan rakyat. Jika perjuangan adil dan telus ke arah negara berkebajikan diteruskan, nescaya barisan alternatif bakal merampas tampuk pemerintahan negara pada PRU13. Takbirr!!!

Comment: