Kenaikan Harga Minyak: AMK Akan Gerakkan Protes Seluruh Negara
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) membidas tindakan kerajaan Barisan Nasional kerana meneruskan ‘tradisi membebankan rakyat’ berikutan kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing pada kadar RM2.70 dan RM2.58 seliter berkuatkuasa semalam.
Ini juga disusuli dengan kenaikan tarif elektrik yang bakal menyusul pada tarikh 1 Julai 2008.
Pengumuman Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi seperti biasa akan disusuli oleh kenyataan ‘Malaysia masih lagi menjadi antara negara yang menawarkan harga bahan api terendah di rantau ini’, dengan membandingkan Malaysia dengan Singapura dan Thailand yang bukan merupakan negara pengeluar minyak.
AMK yakin tindakan kerajaan yang meletakkan beban di bahu rakyat untuk menanggung kenaikan minyak mendadak pasti akan disusuli dengan kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan di seluruh negara.
Semasa membentangkan Bajet 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM12 bilion hasil daripada penjimatan subsidi petrol serta diesel untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) namun hasil yang diharap-harapkan belum tercapai.
Malah, baru-baru ini diumumkan kadar tambang bas pula akan dinaikkan. Justeru wujud kesangsian sama ada usaha-usaha kerajaan ini yang kononnya mahu membelanjakan penjimatan subsidi petrol dan diesel ini ke arah kesejahteraan rakyat adalah benar atau sebaliknya memandangkan Perdana Menteri begitu ghairah dengan projek-projek mega dan koridor ekonomi yang menelan belanja puluhan billion ringgit?
Tindakan terbaru kerajaan ini jelas menggambarkan tiada kepedulian sosial yang diambil oleh kerajaan di dalam mengurus ekonomi negara. Pastinya generasi muda ialah kumpulan sasar yang paling terkesan hasil daripada kenaikan mendadak ini dalam keadaan inflasi terus parah tanpa kawalan bijak oleh kerajaan.
Ini juga menggambarkan bahawa pengurusan ekonomi negara berada di tahap yang lemah, dalam keadaan pelaburan asing jatuh merudum pada aras 4% dan indeks Gross Domestic Product (GDP) hanya di aras 9% berbanding negara-negara Asia yang lain sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Singapura 20 Mei lepas.
AMK menggesa agar perincian menyeluruh Laporan Kewangan Tahunan Petronas, termasuk sumber keuntungan dan perbelanjaan didedahkan kepada umum melalui Parlimen agar rakyat boleh menilai keupayaan kerajaan mentadbir urus keuntungan Petronas dengan saksama.
AMK juga ingin menegaskan komitmen AMK untuk menggerakkan protes rakyat di seluruh negara hasil daripada kenaikan mendadak ini agar kerajaan dapat melihat ketidakcekapan mereka mengurus ekonomi negara sama sekali tidak boleh diterima majoriti rakyat Malaysia.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Jun 5, 2008 at 2:15 pm
Dalam isu ini AMK bakal mendapat sokongan padu dari rakyat jelata. Kenaikan harga minyak mengakibatkan rakyat bakal menjalani kehidupan masa hadapan yang serba tak menentu akibat bebanan tanggungan kos sara hidup yang tinggi. Lihatlah sahaja bagaimana kerajaan gagal mengawal kenaikan harga beras, yang melonjak naik tanpa kawalan. Malah harga bahan kawalan ini berbeza2 di lain tempat. Ada masa naik ada masa turun. Dalam masa yang sama, pendapatan rakyat tidak bertambah. Jika siatuasi ini berlarutan 5 tahun lagi, nescaya Malaysia bakal menjadi negara feudal, yang kaya makin kaya, yang miskin makin papa. Yang ada Boeing bertukar kejet peribadi , yang bermotor bertukar ke basikal. Maka ‘PROTES SELURUH NEGARA’ wajib dijalankan untuk memberi tekanan kepada kerajaan. AMK membawa suara dan jiwa rakyat.
Jun 5, 2008 at 4:11 pm
Syabas BN! Syabas pengundi BN!
Tertunailah sudah janji seperti dalam manifesto BN “selamat ,aman ,makmur”. Mulai jam 1201 tgh mlm tadi harga petrol naik 78 sen kepada RM2.70 . Harga ini akan di kaji setiap bulan dan akan dinaikkan lagi sehingga mencapai paras harga global RM4.00 ke RM 5.00 seliter.
InsyaAllah mulai 1 julai satu lagi janji akan ditunaikan..kenaikan tarif elektrik…syabas bn!syabas pengundi bn! janji ku sudah ditepati.
Sungguh “selamat aman makmur” rakyat malaysia yang berkereta mulai jam 600 ptg semalam.Mereka berpesta menuju ke arah petrol station untuk mengisi minyak.Mereka sanggup menanti berjam-jam hanya untuk mengisi penuh tangki kereta pada harga RM1.92.Kesihan kepada penyokong Pakatan Rakyat tapi syabas kepada pengundi bn.
DSAI berkali-kali menyatakan harga minyak akan diturunkan sekiranya PR dapat menguasai kerajaan persekutuan dan akan naik sekiranya bn menang.Nampaknya jaminan ini tidak cukup kuat untuk memesong keyakinan penyokong bn terutamanya orang melayu untuk memilih Pakatan Rakyat. Malahan ada yang mempertikai dan memperlekeh kemampuan DSAI.Nah sekarang kamu terimalah padahnya kerana menyokong bn secara membuta tuli.Lepas ni tarif elektrik pula akan dinaikkan.
Atas dasar apa harga minyak dinaikkan , sedangkan kita mempunyai telaga minyak sendiri.Katanya sebab harga crude oil meningkat.Kalau harga crude oil meningkat , mengapa pula harga minyak(yang telah diproses) dinaikkan sekiranya kos pengeluaran tidak meningkat.Pelik sungguh kerajaan bn ni.
Saya pasti DSAI dan Pakatan rakyat sedang berusaha keras untuk membantu rakyat dari bebanan kenaikan harga minyak ni.
AMK pula teruskan usaha sebagai pendesak.
drhamzah:”fight2thefinish”
Jun 5, 2008 at 4:14 pm
Perbandingan harga minyak yang disembunyikan…mungkin berguna semasa berkempen
UAE– RM1.19/liter
Eygpt– RM1.03/liter
Bahrain– RM0.87/liter
Qatar– RM0.68/liter
Kuwait– RM0.67/liter
Saudi Arabia– RM0.38/liter
Iran– RM0.35/liter
Nigeria– RM0.32/liter
Turkmenistan– RM0.25/liter
Venezuela– RM0.16/liter
drhamzah:”fight2thefinish”
Jun 5, 2008 at 5:15 pm
BN sepatutnya menukar gaya belanja duit rakyat. Berikut adalah yg perlu dibuat:
1) Hentikan program sambutan/ceremonies kementerian/jabatan.
2) Hentikan program dihotel-hotel anjuran kementerian/jabatan
3) Semua menteri dan ketua jabatan mesti guna Proton Perdana.
4) Semua menteri gunakan penerbangan kelas ekonomi.
5) Hnetikan projek mega-Iskandar Region, NCER,ECER, SCER dll.
6) Kerajaan tumpukan projek rakyat spt: Jalan Raya, bekalan air & letrik, menggiatkan
usaha pertanian (padi/sayuran/perikanan)
7) Kerajaan turunkan kadar Yuran Sekolah (Hapuskan yuran PIBG) dan Universiti
Rakyat bolih ubah cara-hidup akan tetapi negara akan huru-hara spt:
Hanya 5% rakyat yang kaya-berbelanja diluar negara.
40% golongan pendapatan pertengahan (<RM10,000/bln)
30% golongan pendapatan rendah (<RM1500/bln)
25% golongan miskin tegar.
Pusingan ekonomi hanya berlaku bilamana golongan pendapatan pertengahan 40% berbelanja. Jika ini berhenti-ekonomi Malaysia lumpuh!!!.
Mahu ke tak mahu ekonomi Malaysia lumpuh???
Tiada lagi percutian dalam negara-hotel tutup
Tiada perjalanan guna lebuhraya-syarikat konsesi lingkup
Kurangkan penggunaan petrol-Stesen minyak tutup
Kurangkan makan nasi-petani sawah padi tak laku
Kurangkan segala perbelanjaan-semua aktiviti ekonomi hiliran akan lumpuh!!!
Sekarang mana lebih perlu-naik harga petrol dan menghadapi keruntuhan ekonomi atau turun kan harga petrol-ekonomi bolih berpusing.
Jun 5, 2008 at 5:25 pm
PM, Abdullah Badawai, menyusahkan rakyak ajer.
Jun 5, 2008 at 5:52 pm
saya dan rakan2 saya membantah sekeras2 nya kenaikan harga minyak. dan bersedia untuk membuat protes besar2 ran
Jun 5, 2008 at 6:30 pm
[...] the PKR’s point of views, Wan Azizah says rakyat tertipu, and the AMK youth leader calls for protests nationwide. Maybe the opposition realized that they are near to be federal government as a result of GE12. [...]
Jun 5, 2008 at 9:06 pm
BN penipu terbesar. Mungkin Pak Lah sedang happy hour sekarang.. sudah dapat kembali RM53 billion kan?
Jun 5, 2008 at 9:06 pm
Elok bantahan ini dikepalai oleh mereka yg bukan MP atau DUN,kerana khuatir mereka akan di tangkap, didakwa dan kemudiannya di lucutkan taraf mereka.
Rakyat Malaysia sejak dulu cukup diseksa oleh regim BN:
1. Negara merupakan pengeksport minyak,yg melebihi jumlah penggunaan dalam negara,tapi harga minyak di kenakan mengikut harga pasaran dgn hanya subsidi yg minima.
2.Negara jadi pegeluar kereta buatan sendiri,tapi harga kereta jauh lebih tinggi dari negara yg tidak membuat kereta pun.
3.Pemilik kenderaan di kenakan cukai jalan yg tingi,tak cukup dgn itu mereka juga terpaksa membayar tol bila menggunakan l.raya.
Jun 5, 2008 at 9:13 pm
i think padan muka those who vote for BN.. very good. dai lei sei.
so now how? tighten your belts lor while BN people and kronies go holiday with OUR hard earn money.
ITS YOU PEOPLE WHO VOTED FOR BN THAT MAKES THIS HAPPEN!
Jun 5, 2008 at 9:25 pm
We rakyat will united to fight for a real freedom and independence “Merdeka” from UMNO colonisation this year… True me with god willing, it will start with this mass rally.
Jun 5, 2008 at 10:33 pm
Tahniah buat semua pengundi2 bijak yang telah mengundi kerajaan BN(Barang Naik), bila minyak dah naik,siap sedialah kita..semua barang akan naik..
Jun 6, 2008 at 12:14 am
Saya bersetuju dengan pendapat dan kritikan rakan-rakan. Saya berharap agar Malaysia Baru akan lebih cepat dijadikan realiti dengan DSAI sebagai PM.
Jun 6, 2008 at 7:41 am
Reaksi dikalangan masyarakat di kulim amat menyedihkan berikutan kenaikan harga minyak yang amat membebankan. Golongan buruh, petani, pekerja swasta tidak ketinggalan kakitangan kerajaan mula menampakkan rasa kegelisahan dan tidak senang hati dengan kenaikan yang cukup tinggi sepanjang pemerintahan kerajaan BN. Orang-orang UMNO dan BN turut menunjukkan riak yang sama seolah-olah tidak puas hati dengan pemerintahan Pak Lah. Ekoran dengan kenaikan harga minyak akan membawa kesan kepada kenaikan harga barangan keperluan rakyat, beban kedua yang wajib ditanggung oleh rakyat. Tahniah kerajaan BN pimpinan Pak Lah.
Jun 6, 2008 at 9:49 am
tu la..lain kali vote la BN lagi..
habis malaysia..
Jun 6, 2008 at 10:14 am
BODOWI KATA ‘KERAJAAN JIMAT RM53 BILLION SETAHUN DARI SUBSIDI PETROL’ CELAKA BETUL…. APA YG BERLAKU SEBENARNYA IALAH, KITA, RAKYAT, KENA BAYAR JUMLAH TU KEPADA KERAJAAN….BUKAN JIMAT KERAJAAN. INGAT KITA BODOH KE?
Jun 6, 2008 at 10:19 am
Pemimpin-pemimpin adil, mengutamakan hak dan kepentingan serta perihatin masalah-masalah Rakyat jelata adalah para Pemimpin yang berprinsipkan ajaran Islam dan akan mendapat ganjarannya manakala ‘orang-orang’ yang gilakan jawtan dan tak tahu memimpin terimalah doa-doa nasib Rakyat yang dizaliminya serta soalan2 & azab sensara di Hari Kiamat kelak!
Jun 6, 2008 at 10:55 am
BN = Barang Naik
BN = Bila Naik?
BN = Baru Naik
BN = Berapa Naik?
BN = Banyak Naik
Pu@# m@4 lu naik? Bat*#5 menteri BN pun naik. Dengan duit yang dirampas dari rakyat, menteri - menteri boleh kahwin lagi, boleh ada extra gundik gundik. Boleh masuk hotel 10 bintang dengan gundik import yang cantik atau pelacur kelas tinggi. Kepada yang undi BN rasakan. Dulu panggil undi PAS, PKR dan DAP tak nak. Sekarang, tengok apa sudah jadi? Nak complaint.?You ingat u pandai sangat undi BN. Tapi sebenarnya yang undi BN lagi teruk dari seekor khinzir. Sekurangnya - kurangnya, khinzir tahu juga fikir, ada emosi ada perasaan (Eer, say Cina tau; vegetarian punya Cina)
For those who wish to go for protest, please, please take good care of yourself, Please be aware and be prepared for anything. Do not resolve for violence as what religion taught us hatred will not be ceased by hatred. Please have a peaceful protest.
Bring a huge banner saying that the fellow ministers should cut their salaries, allowances and other privilages and special benefits. Leading by example ma. And then, how to expect us to change lifestyle when at the same time they are enjoying lavish lifestyle by using our hard earned money. You expect us to change our lifestyle until we telanjang bogel? no transport to use?, eat one day once?, live in a hut?. So might as well we travel back to the Dino age. Call yousrself as a politician; Eer correction - moron and brainless politician. Looking at this, Malaysia governement is no difference when compared to junta in Myanmar. Just the difference our Malaysia governement officer do not wear military uniform. If you guys still can’t get the picture go to Youtube and seacrh for General Thaen Shwee and you will see how his daughter enjoys the luxurious wedding reception. The generals of Myanmar residence is just like a palace and their people suffer everywhere. Do you want to become like them (the Myanmar people) in 10 years down the line.
The ministers should be the role model and be proactive!!
Jun 6, 2008 at 2:10 pm
Inilah sebenarnya yang si ABDULLAH MAHA BODOWI yang dia tahu buat sejak dia jadi PM….Cuba renungkan selama dia jadi PM apa yang dia buat untuk rakyat..NAIK BARANG…NAIK MINYAK…NAIK TOL…..dsbnya…tak da satu pun yang dia boleh buktikan apa yang dia da buat untuk rakyat..Cuba renungkan satu perkara yang akan saya bangkitkan.PM yang MAHA BODOH ni minta rakyat ubah cara hidup…Kalau kita lihat di jalan-jalan raya pasti kita akan bertemu dengan pasukan mengiringi pembesar2 negara.(pasukan polis traffik la).Cuba bilang berapa biji kereta dan berapa buah motosikal yang mengiringi MEREKA ini…MINYAK kereta dan motosikal itu SIAPA yang bayar….BUKANKAH IA DUIT RAKYAT…itu belum termasuk gaji dan elaun2 mereka(pengiring)..tidakkah itu satu PEMBAZIRAN..TIDAK BAGI MAHA BODOWI…
Jun 7, 2008 at 5:14 am
Lebih penting juga sekiranya AMK/PKR dapat menjelaskan kpd rakyat alternatif dan langkah2 yg bakal diketengahkan PKR sekiranya memerintah selain daripada janji untuk menurunkan harga minyak semata2… Saya rasa ini lebih objektif dan sekurang2nya rakyat akan lebih yakin dgn kemampuan PKR untuk memerintah. Harga minyak kini di pasaran antarabangsa $130/b dan bakal mencapai >$150/b. Apa syor PKR utk memastikan rakyat tidak akan merana dgn kenaikan $130/b ke $150/b kerana saya yakin harga minyak tidak akan turun < $100/b dalam masa terdekat?
Tidak wajar kita bandingkan harga yg disyorkan dr hamzah kerana ini harga negara OPEC dan malaysia tidak termasuk dalam kategori ini dari segi pengeluaran minyak.