Peguam Negara Yang Lembap dan Pendedahan Berani Hakim Ian Chin

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan pendedahan terbaru yang dilakukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian HC Chin mengenai campurtangan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang menekan pihak hakim.

Chin mendedahkan di dalam Persidangan Hakim pada 24 April 1997, Mahathir ketika itu secara jelas mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan, berikutan keputusan berhubung petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan yang memihak kepada calon Bebas, Donald Lawan pada 21 April 1997.

Ini membuktikan betapa amalan mencengkam kehakiman menjadi tabiat semulajadi Mahathir yang mana mengakibatkan pelbagai bentuk ketidakadilan telah berlaku.

AMK mempertikaikan kelembapan kerajaan khususnya Peguam Negara untuk bertindak susulan daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Klip Video VK Lingam. Melihat kepada kes terbaru yang didedahkan oleh Datuk Ian Chin ini, tidak ada sebab untuk Peguam Negara terus duduk diam tanpa mengambil sebarang tindakan untuk mendakwa pihak-pihak berkenaan khususnya Mahathir.

Dalam kes seumpama ini, Peguam Negara boleh bertindak untuk menjalankan pendakwaan tanpa sebarang laporan polis perlu dibuat, sebagaimana yang terpakai dalam kes Dato’ Seri Anwar dahulu. tetapi Peguam Negara terus lesu tanpa sebarang tindakan.

Dalam keadaan AMK telah menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh Malaysia untuk membuat hampir 15 laporan polis berkenaan kes ini, satu pun gagal mendapat perhatian pihak Peguam negara untuk bertindak.
AMK mempersoalkan kredibiliti Peguam negara apakah Peguam Negara kini sedang bertindak untuk melindungi kalangan perasuah yang menyumbang ke arah kerosakan sistem kehakiman negara yang kian parah ini.

AMK dengan ini mendesak supaya Peguam Negara bertindak segera, ataupun sekiranya beliau gagal, AMK akan terus menekan Peguam Negara untuk meletakkan jawatan atas kegagalan beliau berfungsi dengan efektif demi menjunjung prinsip keadilan negara.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

6 Respons

  1. You scratch my back , I scratch your back !

  2. Bagaimana AG boleh ambil tindakan. Selepas dia anak dia pula bekerja di AG chambers. Lebih-lebih lagi dapat ikut bapa pergi ke Netherlands. Tak Tahu apa pengalaman dan pengetahuan yang ada pada beliau yang melayakkan anak dia pergi ke ICJ di Netherlands. Nak harap Peguam Negara macam ini nak bertindak adil? Dia sendiri pun dinaikkan pangkat oleh Dr Mahathir melihat penglibatan beliau dalam kes Saudara Anwar. Malaysia Oh Malaysia.

  3. Gani4tail adalah kerbau yang dicucuk hidung.Ikut saja kearah mana dia ditarik.Kalau melawan sakit hidung dia nanti.Silap-silap terbelah pulak hidung dia.Jadi apa nak buat?Gerakan mesti diteruskan.Report perlu diteruskan.Bantahan perlu diteruskan .Walaupun kita tahu memang takkan ada tindakan apa-apa.InsayAllah bila kita ambil alih pemerintahan kita bongkar semua sekali… mahathir,dollah,najib,gani4tail,musa(ng) hasan ,linggan,vincent tan,usop chin an sapa-sapa saja .
    drhamzah:”fight2thefinish”

  4. peguam negara tak akan letek jawatan semata mata tekanan AMK. sedangkan pulau batu putih dilepaskannya. kita tak mengambil apa apa langkah untuk perbetulkan sistem guaman negara yg lemah. suatu hari nanti kita tidak mahu kehilangan sabah dan sarawak. tolong buat sesuatu, kalau tak boleh beri peluang kepada org yg boleh. anak anak saya mahu hidup in FIRST WORLD COUNTRY.

  5. It’s never easy even for judges to play
    The Halloween game of ‘Treat or Threat?’
    When they are quite at loss on how to pray
    That they’ll survive the game of cat and rat

    Either you attend the ‘corrective’ boot camp
    Or you may get the wrong end of the sharp boot
    Where on earth is there still light in the lamp
    When the pursuit of justice ends with ‘my foot’!

    (C)Samuel Goh Kim Eng – 120608
    http://MotivationInMotion.blogspot.com
    Thur. 12th June 2008.

Tinggalkan jawapan