Kempen berterusan dan himpunan-himpunan rakyat secara teratur untuk membantah kenaikan harga minyak perlu diadakan. Ia adalah sebagai cerminan sebenar kemarahan rakyat kepada ketidakpedulian BN terhadap beban hidup yang terpaksa ditanggung rakyat akibat kenaikannya. Di atas rasa peduli dan prihatin terhadap permasalahan rakyat ini pemuda pakatan rakyat bersesama dengan pelbagai NGO anak muda iaitu antara lain Ikatan Kebajikan Rakyat [IKRAR], Anwar Ibrahim Club [Anwar Ibrahim Club], Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menggerakkan satu kempen secara bersepadu dan tersusun di bawah nama Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak [GERAMM].
GERAMM yang mempunyai peranan khusus sebagai enjin pemasaran dan penggemblingan massa untuk satu protes besar-besaran di ibunegara akan dilancarkan oleh saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia di pejabat Y.Bhg. Dato’ Seri Anwar Ibrahim di alamat seperti berikut :
Tarikh : 12 Jun 2008
Masa : 11 – 12 tengahari
Alamat: No. 17 Jalan 16/2, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Semua dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web gelombang merah : www.geramm.org






Teruskan niat semua..ikut negara lain seprti sepanyol,thailand lori/bus buat mogok tak berjalan. Kita tengok macamana ekonomi Malaysia akan jadi akibat harga minyak naik olih kerajaan BN.
Syabas mungkin terlibat didalam konspirasi mensabotaj kerajaan selangor yang dirancang MAt Mat Taib… kerajaan selangor perlu mengkaji semula perjanjian dengan syabas… lihat apa terma terma perjanjian tersebut.. kerana syabas kurang ajar…
Syabas adalah snak syarikat Puncak niaga.. dan mempunyai link dengan UMNO – pernah taja siaran langsung perhimpunan agong UMNO…
TS Razali CEO Puncak niaga pernah dikatakan hanya menerima penyokong UMNO/BN bekerja dengan syarikat tersebut…. kerajaan selangor sila siasat dakwaan ini….
Wajar adakan progam bantahan tersusun dan berpanjangan. Nama pun tepat. Memang rakyat gerammmm!
Apabila kekayaan negara semakin melimpahruah, di mana lojiknya kehidupan rakyat semakin tertekan. Keuntungan dari jualan minyak seharusnya digunakan untuk melindungi rakyat dari dimamah inflasi minyak. Apakah memberi subsidi kepada rakyat itu “sinful.”?
Nak cari banyak duit nak buat projek pembangunan? Ini karut kerana ini tidak ikut prioriti. Sudah terlalu banyak projek yang tidak ikut prioriti. Projek yang bukan mendahulukan kepentingan rakyat.
Duit Petronas memang banyak digunakan untuk projek tak berfaedah. Apa faedahnya simfoni orkestra bila di sana masih ramai rakyat miskin? Apa lojiknya guna duit Petronas untuk bail out anak-anak pemimpin negara? Berbilion ringgit telah hangus
bila duit Petronas digunakan untuk bail out Bank Bumiputra. Bank ni dah hilang dari peta.
Petronas mengeluarkan 750,000 tong minyak sehari. Kalau 400,000 tong sehari digunakan untuk memenuhi keperluan penggunaan dalam negara, ia boleh jual 350,000 tong sehari ke pasaran dunia pada harga pasaran.
Ini sudah membolehkan Petronas mendapat pendapatan yang cukup lumayan. Kalau diandaikan untung bersih (setelah ditolak semua jenis kos) ialah USD40 setong, di sana sudah ada untung bersih sebanyak USD5.11 bilion atau RM16.352 bilion setahun.
Tentulah kalau Petronas jual semuanya di pasaran dunia pada harga pasaran, untung berlipat ganda. Tetapi rakyat sengsara. Kalau Petronas tidak peduli kepada rakyat, tutup sahaja Peronas. Kita beli miyak di pasaran dunia pada harga pasaran dan rakyat Malaysia bayar harga pasaran di stesyen petrol. Ini barulah kena gayanysa. Rakyat tidak wajar merungut. Sudah kita tak ada minyak, tak keluarkan minyak, nak buat apa.
Kalau 400,000 tong sehari itu dinilai pada kos tambah sedikit keuntungan, USD50 + USD10 setong, hasil sudah berjumlah USD8.76 bilion atau RM28 bilion setahun.
Betul, Petronas boleh kira “kos melepas” sebab tidak menjual pada harga pasaran tetapi cara ini mampu merendahkan harga petrol dalam negera dan meringankan beban inflasi minyak ke atas rakyat.
Kalau nak elak “kos melepas,” berilah subsidi.
Kita hairan kenapa kerajaan tak naikkan kadar cukai keuntungan ke atas syarikat-syarikat minyak? Cukai yang dikutip boleh digunakan untuk beri subsidi kepada rakyat. Syarikat-syarikat minyak ketawa besar ke bank sebab kerajaan kita tidak cerdik.
Sebagi entiti perniagaan Petronas boleh buat untung tetapi biarlah sederhana. Pulangan ke atas modal sekitar 10-12% setahun sudah cukup lumayan berbanding kadar deposit yang dibayar oleh bank sekarang. Pulangan ke atas pelaburan sekitar 2-3% se tahun suda dikira memadai.
Kenapa Petronas mahu untung berlipat ganda sehingga menyusahkan rakyat? Sumber minyak adalah anugerah Allah kepada rakyat Malaysia bukan untuk disalahgunakan dan dibazirkan oleh pemimpim UMNO-BN.
Sebagai seorang ahli ekonomi, saya cukup yakin kerajaan Abdullah Badawi tidak telus kepada rakayt Malaysia dalam banyak perkara termasuk perkara minyak ini.
Saya cukup yakin di sana ada ruang untuk bawa harga minyak turun. Turunkan Hassan Marican dan gantikan dia dengan seorang CEO yang adil dan berjiwa rakyat. Yang takut akan Allah, bukan takut kepada AAB. Sudah tentu seratus peratus harga minyak boleh diturunkan.
Selagi CEOnya suka ampu kerajaan, tentu harga minyak yang rakyat nak gunakan akan jadi tinggi Perlu ramai ada orang macam Ian Chin.
Tutup Petronas kalau rakayat kena bayar harga parasan di stesyen minyak.
Salam,
Dengan izin saudara blogger, mohon laluan.
Blog sebagai wadah cetusan hati rakyat.
Kerajaan Rakyat menyediakan blog sebagai landasan luahan rasa suka, duka, geram, kecewa, derita ataupun bahagia bagi setiap insan yang ingin menyuratkan apa yang tersirat.
Sebagai memenuhi matlamat penulisan, kesemua komen akan jilidkan dan segala pandangan, cadangan dan luahan rasa oleh para pembaca yang menulis komen, insyaALLAH akan disampaikan dalam bentuk salinan bercetak kepada mana-mana wakil rakyat atau pemimpin yang berkaitan.
Segala usaha menyampaikan secara peribadi komen pembaca di blog Kerajaan Rakyat akan dilakukan mulai pertengahan July 2008.
Adalah diharapkan segala cadangan, teguran, sanjungan atau kekecewaan yang diluahkan oleh pembaca blog Kerajaan Rakyat akan dapat diterima dan dihadam dengan hati yang terbuka oleh mereka yang berkaitan.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com
http://www.petitiononline.com/geramm/petition.html
selamatkan kami dari bencana ini Ya Allah
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA, TAK KIRA BANGSA DAN AGAMA, KITA HARUS MENGEMBELING SUARA DAN TENAGA KITA SECARA SATU KUASA, MENYOKONG PROTES MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK YANG AKAN DI ADAKAN PADA 5 HB JULAI – SABTU AKAN DATANG. PERIUK NASI KITA TERGUGAT, DI SEBABKAN OLEH KESEMUA 140 AHLI PARLIMEN “BN” BARANG NAIK PARTI YANG DIKETUAI OLEH SEORANG PM YANG “SUIH-BAD LUCK” TERMASUK TIMBALAN NYA YANG BARU LEPAS MAKAN MALAM SAJIAN MONGOLIA.
MEREKA SEMUA DAPAT FREE MINYAK, FREE MAKAN, DAN MACAM MACAM LAGI FREE. DEMA TAK PERNAH PI PASAR ATAU BAYAR TAMBANG BAS SEKOLAH DAN MACAM MACAM LAGI PERBELANJAAN RUMAH.
DI SEBABKAN MEREKA LAH KITA RAKYAT YANG TERPAKSA MERANA. TOLONG JANGAN TERPERANGKAP DENGAN DAKYAH KONON ORANG MELAYU AKAN HILANG KUASA DAN SEBAGAI NYA.
KITA HARUS FIKIR SECARA WARAS, NEGARA KITA KAYA DENGAN MINYAK, KALAU TAK DA MINYAK LAIN CERITA NYA PULAK.
JUMPA DI MEDAN KEBENARAN PADA 5 JULAI ……
salam…
saya rasa hanya pakatan rakyat saje yg mampu membuat perubahan. kerajaan bn sekarang seolah2 telah hilang punca dan tak tentu arah. pak lah dah byk menipu dan merapu. arini ckp lain…sok cakap lain… makan duit rakyat berbilion2.tapi xde perubahan atau kemajuan yg dibuat kepada malaysia nih. baik lagi zaman Tun dulu. mungkin ramai ckp dia kejam, tapi byk la pembahruan dibuat. bukan nak “bias”.
sekarang, kita makin terdesak atas kecelakaan bn nih. byk yg jadi miskin mendadak. malaysia bukan tempat untuk rakyat malaysia lagi. hanya tempat untuk pemimpin2 korup yg berselindung dsebalik Islam had hari yg rakus meratah duit rakyat. ape guna kerajaan yg rakyat sokong tapi x mampu nak membela nasib rakyat. negara susah kerajaan susah, rakyat yg terima bala. tapi pak meteri semua hidup mewah dgn gaji puluhan ribu ringgit, kehidupan ditaja dan kemewahan yg tidak setara.
seharusnya kita rakyat malaysia tolak pemimpin2 bangsat ini. ini bukan MELAYU. ini syaitan. perlu kta ingat, jgn sampai kita melarat di tanah air sendiri. bangsat2 ni ckp duit untuk terbang ke luar negeri, tetapi berape kerat rakyat malaysia yg mampu naik kapal terbang even tambang murah skalipun. kene pula skarang ni.
Ingat rakyat Malaysia, TOGETHER…WE DENIED THE BN GOVERNMENT FOR OUR BRIGHT FUTURE. TOGETHER, WE STAND TOUGH AND PROUD.
SALAM UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA YG GEMILANG TANPA BARISAN NASIONAL…
Gelombang tsunami merah mula melanda disegenap pelusuk tanahair. Tindakan bertubi-tubi merasakan sesuatu yang ajaib akan berlaku dalam masa terdekat. Jika Pihak berkenaan masih meremehkan perkara ini, maka jangan dihairankan tampok pimpinan kerajaan sekarang akan tumbang. Kuasa kehakiman rakyat jangan dipersendakan.Kami mahukan pembelaan bukannya kekayaan emas berkoyan.Banyak cara… banyak tindakan sewajarnya patut diambil pihak kerajaan. Bukannya Projek Mega yang menjadi ukuran kebanggaan. Apabila bunyi kocakan minyak di tangki kenderaan kami semakin berkurangan malah wang di kocek juga berkurang helaian , maka berkocaklah aliran politik tanahair.Maka, kami sebagai rakyat takkan sesekali berdiam. Turun….LAH….UMNO, Rakyat Hakim…. Negara, Tegakkan keAdilan …. maka PAS…ti rakyat TERBELA.Kami menyokong tindakan ini. Sebenarnya bukan ku tak sayang kat UMNO. Tapi kalau macam inilah senarionya, susah jadinya. Berfikir Sejenak……Wassalam.