Jasin 14 Jun – Protes yang bermula pada pukul 3.30ptg telah berlangsung seperti yang dirancangkan. Sekitar 200-300 orang telah berhimpun bersebelahan Shell Bandar Jasin. Wakil-wakil daripada pimpinan Pakatan Rakyat (KeADilan-PAS-DAP) telah komited dalam memberikan kata-kata semangat antaranya Timbalan AMK Melaka (Sdr. Hairiz Nordin), Ketua Pemuda PAS Melaka (Ustaz Kamaruddin Sidek) dan wakil dari DAP (Sdr. Steven Ho). Kata-kata seperti “Undur Pak Lah Undur” telah bergema dan dilaungkan dengan bersemangat sekali. Dalam masa yang sama pihak polis juga telah memberikan kerjasama dan protes telah mendapat perhatian daripada masyarakat setempat. Kenderaan yang lalu lalang telah mebunyikan hon sebagai tanda sokongan protes yang dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat dan menyokong Protes Kenaikan Harga Minyak di Jasin!
Difailkan dalam: Aktiviti, Angkatan Muda, KeADILan









Panglima Shamsul kenapa tidak bersama?
org JASIN memang best…
polis JASIN lagi best… kehadiran mrk memeriahkan lagi keadaan
Semangat mcm inilah kita mahu, kita tidak mahu rakyat yang tahu atau pun berani marah2 di dalam rumah ataupun di kedai kopi, disini kita sediakan platform, tunjukkan kemarahan anda dan protes anda, mana tahu ditakdirkan harga minyak turun dan kita yang beruntung. Hak kita Tanggungjawab kita.
Abg Sam, jumpa nanti di Ceramah Perdana anjuran AMK Batu. Butiran tentang ceramah itu boleh didapati di blog saya, abang boleh promotekan ke blog abg.
Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
PKR ni jadi penghasut & pengfitnah boleh la, nak tadbir negara? mati kita kena jual..shamsul iskandar, jangan pentingkan diri! kalau nak jawatan tinggi, ambillah tapi tolong jangan gadai maruah ISLAM, MELAYU & MALAYSIA