Petikan dari www.harakahdaily.net bertarikh 2 Julai 2008 -
Nyza Ayob
Wed | Jul 02, 08 | 3:12:47 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh)- Angkatan Muda KeADILan (AMK) mencabar Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful Bukhari Azlan dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat Saiful pada 28 Jun 2008.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataannya kepada Harakahdaily melihat penafian yang dibuat oleh Najib adalah merupakan satu pembohongan.
Tegasnya di sebalik penafian yang sangat dangkal itu langsung tidak mencerminkan wujud kesahihan di sebalik kenyataan beliau.
Sementara itu Shamsul Iskandar turut membuat tawaran kepada mana-mana pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara yang berjiwa besar untuk tampil ke hadapan memberikan informasi-informasi berkaitan dengan dakwaan komplot konspirasi terancang yang didakwa melibatkan Najib, Musa Hassan dan Abdul Gani Patail.
Dalam pada itu beliau menyifatkan kenyataan Najib bahawa beliau tidak terlibat di dalam laporan songsang yang dibuat oleh Saiful Bukhari tergambar jelas melalui fakta-fakta di sebalik kenyataan bercelaru yang dibuat Najib semalam.
Tambahnya, kenyataan Najib bahawa kehadiran Saiful bertemu Pegawai Khasnya pada 12 Februari lepas untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran juga menimbulkan pertikaian besar.
“Bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal boleh memohon biasiswa?
“Dalam keadaan pertemuan tersebut dibuat sehari sebelum pembubaran Parlimen dan Saiful juga mula bertugas sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 bermula, apakah ’sekadar satu kebetulan’ pertemuan tersebut berlaku di Pejabat Timbalan Perdana Menteri?”soalnya.
Shamsul Iskandar turut mempersoalkan samada wujud elemen rasuah di sebalik ‘ganjaran biasiswa’ yang ditawarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri ke atas Saiful sehingga sanggup ‘melacurkan ‘maruah diri untuk membuat laporan songsang sebagaimana yang didakwa.
Sehubungan itu beliau percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dalam konspirasi ini yang bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamaruddin melalui Perakuan Sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu./wann. _
Difailkan dalam: Uncategorized






When answering to reporters on this matter, Najib’s body language showed that he was lying. He is a person who normally answers in a calm manner, not on this occasion.
saya tidak hairan dengan perbuatan ahli politik mahu pun pegawai tinggi polis, hakim2, AG, mahu pun pegawai tinggi pentadbiran dalam apa konspirasi, komplot menjatuhkan seteru walau pun hingga pembnuhan….
kaita hanya perlu kembali kepada sejarah Islam .. cubaan membunuh Syedinna Umar, Pembunuhan Syedinna Uthman dan akhir nay Syedinna Ali di teruk di pancung pancung , begitu juga dengan cucu Baginda rasullah …
sekarang jikalau manusia biasa tidak hairan lansung ……. sebab berebut harta, pangkat kedudukan, jawatan, kekayaan ,,,,
Betul cakap Nik Aziz mereka tiada Iman … iman mereka adalah duit-wang, pangkat, kedudukan, jawatan , kekayaan …
orang awam telah keliru dan terperdaya dengan perilaku, sifat dan perangai pemimpin2 ….
Semua persoaalan olih AMK ini adalah perlu dijawab dengan pengakuan bersumpah olih Najib.
Kita tengok NTR berani atau tidak…….
Tentu dia elak… sebab dia kena turun naik mahkamah!!!
adakah saudara wakil dari geram ? Pemuda DAP Klang sekitar ada 1000 tandatangan. Kalau ya sila email saya dan kita uruskan agenda supaya petisyen tersebut boleh dihantar kepada wakil GERAM.
shenyeeaun@hotmail.com
What did Najib say on Monday at Parliament? That he “has never met, seen, talked to or come across Saiful.” Well, what did Najib say today while sweating?
DPM admits meeting sodomy complainant
Beh Lih Yi | Jul 3, 08 9:49pm
In a new twist, Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak today admitted that he met Saiful Bukhari Azlan a few days before the latter lodged a police report against Anwar Ibrahim for alleged sodomy.
http://www.malaysiakini.com/news/85547
“Malaysia’s deputy prime minister said on Thursday the man who has accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy had turned to him for help because he was in a trauma.
Deputy Prime Minister Najib Razak’s surprise remarks came days after Anwar rejected the allegation as a top-level conspiracy to prevent him from standing for parliament and stymie his drive to woo defectors from the ruling coalition.
Police are investigating Anwar, 60, for allegedly sodomising his 23-year-old aide. A similar charge a decade ago landed the former finance minister in jail for six years before the nation’s highest court overturned that conviction in 2004.
Najib said Anwar’s accuser, Saiful Bukhari Azlan, went to his house a few days before lodging the police report on Saturday.
“There is no conspiracy. The boy came to my house to complain to me that he was sodomised by Anwar. Initially I was skeptical. He needed help because he was so traumatized,” Najib told reporters.
“It was up to him and the police to decide on the next course of action.”
http://www.reuters.com/article/worldNews/idUSKLR29440520080703?sp=true
“Najib denied links with Saiful but today admitted that he has met Saiful at his house few days ago…”
http://themalaysianinsider.com/index.php/home/42-lead-stories/1367-najib-never-met-altantuya-but-saw-qtraumatisedq-saiful
The DPM denied that he has met, dined, ate or talked to Saiful, but today while sweating he has admitted that he has been meeting him recently. Well, you don’t need to wait longer for him to self destruct before his competitors come for him.