• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Menghadiri majlis penutup prog Karnival Sukan Rakyat di Dun Permatang, Tjg. Karang anj PeBT. Tahniah Hj Yahya http://tweetphoto.com/6819576 1 day ago
    • 3: Hijrah merupakan titik mula kpd perjuangan membangunkan masyarakat dan kemudiannya membina sebuah negara. http://myloc.me/2cbr3 2 days ago
    • Sh.Yusof: Rasul rancang strategi hijrah dgn rap. Beliau pilih Abu Bakr, Ali, Asma' & penunjuk jln yg pintar serta duduk di tempat selamat. 2 days ago
    • Sh. Yusof: Kemenangan di dlm perjuangan ialah a/bila kita berjaya mempertahankan prinsip, pegangan & aqidah walaupun dizalimi & dianiaya 2 days ago
    • Ribuan hdr kuliah Sh. Yusof AlQardhawi. Kuliah dimulakan dgn menceritakan hubungan rapat dgn @AnwarIbrahim. http://tweetphoto.com/6732768 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

“Ada alibi kuat, tidak mahu bukti dipinda” kata Anwar

Dipetik dari www.harakahdaily.net bertarikh 5 Julai 2008

Azamin Amin | Foto Nasir Sudin
Fri | Jul 04, 08 | 1:17:37 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) – Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berhajat mendedahkan bukti dan alibinya lebih awal kepada umum kerana tidak mahu pihak tertentu yang terlibat dengan ‘konspirasi jahat’ ini akan meminda bukti.

Beliau bimbang peristiwa pada tahun 1998 iaitu pindaan kepada keterangan oleh pihak tertentu berlaku.

Katanya beliau mempunyai alibi dan bukti yang kuat dalam dakwaan bekas pembantunya itu namun sehingga kini pihak berkuasa belum lagi mengambil keterangannya.

“Kita telah meminta salinan report pengadu (pemuda) itu tetapi dinafikan pihak polis yang mana ini bertentangan dengan ‘prosedure’ biasa. Kita nak tahu apa sebenarnya yang dilaporkan,” katanya ketika ditemubual oleh Harakah secara esklusif pagi tadi.

Beliau juga menjawab kegelisahan rakyat tentang kunjungan beliau ke kondo mewah tersebut dan memberi jaminan agar rakyat tidak perlu bimbang kerana mempunyai keterangan yang cukup untuk menyanggah dakwaan mereka berhubung kes tersebut.

“Peguam tegur saya bila saya buat pengakuan itu (kunjungan ke kondo) kerana perlu memberi bukti ialah pengadu. It is a criminal charge. Jadi mereka kena kemukakan bukti terlebih dahulu. Dia bukti dulu, kemudian kita jawab.

“Because kalau kita beri (dedahkan) awal, ianya akan membantu mereka. Dan mereka boleh pinda bukti atau laporan terhadap saya sama seperti dulu.Buat apa kita ‘declare’ , biar dia proof dulu,” katanya

Beliau juga bersetuju sekiranya siasatan turut melibatkan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di kondo mewah itu supaya pertuduhan terhadapnya boleh dijawab sebaiknya.

“Biar dia ‘confirm’ ada cctv, saya lagi suka, sebab orang tidak boleh mainkan masa dan tarikhnya itu.

“Kepada rakyat jangan bimbang. Insya-Allah kita ada bukti dan keterangan yaang cukup,” katanya kepada Harakah.

3 Respons

  1. Ini semua permainan politik kotor dan keji …… jumpa abg di kelana jaya esok hari …

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di STADIUM KELANA JAYA untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  2. Its quite sad from the article above it is the rakyat vs the police when the police should be fair to all, instead of taking sides.
    I hope saudara Anwar when he wins on Sep 16, to totally revamp the whole police force. If he has to hire someone from HK ICAC to help, by all means clean it up and get rid of our malu in the international arena.
    The current Govt and police are abang adik in “crime”.
    I hope God speeds up the reforms in this country. 2004 supposed to be the first step but this PM has gostan this country so much backwards.

  3. Barisan buat putar belit “Keadilan buat tektik dan politik kotor.” Semua media heboh cerita ini.
    Saya cuma menyarankan dua pendekatan:
    1. Perlu ada campur tangan majlis raja2, menyelesaikan pombohongan yang mempersendakan Islam. Pihak majlis raja2 berhak menjaga kestabilan dan keislaman, bukannya konspirasi yang boleh menyelirukan rakyat.
    2. Patut ada undang2 antarabangsa, rujuk kepada “hak asasi kemanusiaan.” (Boleh rujuk mana-mana negara yang boleh dipercayai). Kita bukan hidup zaman nabi di mana elemen ini telah berlaku dengan meluas. Barisan tak patut merujuk isu-isu yang sudah lapuk dek zaman. Kita perlukan penjanaan ilmu yang baru dan membina, bukannya dominasi ilmu yang tak masuk akal.
    Wassalam

Tinggalkan jawapan