Kenyataan Media Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Memorandum Kepada Perdana Menteri : Gantung Tugas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara

3 JULAI 2008

Kepada :

Yang Amat Berhormat,
Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

Yang Amat Berhormat Datuk Seri,

MEMORANDUM MENGGESA KETUA POLIS NEGARA DAN PEGUAM NEGARA DIGANTUNG TUGAS SEMENTARA MENUNGGU SIASATAN KE ATAS LAPORAN POLIS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1. Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius mengenai pendedahan yang di buat oleh Ketua Umum KeADILan yang juga merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang terkandung di dalam laporan polis beliau di Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Selangor pada 1 Julai 2008 yang lepas.

2. Laporan polis beliau yang antara lainnya mendedahkan wujud konspirasi terancang di antara Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan juga Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap Dato’ Seri Anwar dari pengetahuan umum.

3. Ini termasuklah tindakan kedua mereka yang berpakat untuk memalsukan laporan perubatan siasatan kecederaan Dato’ Seri Anwar yang menyimpulkan bahawa berlaku serangan fizikal yang serius ke atas beliau, di mana Gani telah bertindak memalsukan laporan perubatan tersebut dengan mengarahkan seorang pegawai perubatan, Dr. Abdul Rahman Yusof untuk menyediakan satu laporan tidak bertarikh yang menafikan wujud serangan fizikal ke atas Dato Seri Anwar.

4. Kenyataan di atas disokong dengan merujuk kepada Para 10 Laporan Polis Dato Seri Anwar:

5. Pendedahan Dato Seri Anwar ini memberi gambaran jelas betapa bagaimana institusi Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia dieksploitasi untuk merencana satu konspirasi politik yang bertujuan untuk menjatuhkan kareer politik Dato’ Seri Anwar pada ketika itu.

6. AMK berpendapat ini bukanlah satu perkembangan yang boleh dibiarkan tanpa tindakan susulan yang serius, memandangkan apa yang berlaku jelas membuktikan bahawa rakyat juga terdedah dengan sebarang bentuk manipulasi instrumen penguatkuasaan oleh pihak pemerintah demi melampiaskan matlamat dan cita-cita politik mereka yang mengenepikan nilai-nilai manusiawi dan moral yang tinggi.

7. Intimidasi politik yang dilancarkan ke atas Dato Seri Anwar dan keluarganya sebermula September 1998 hasil daripada pemecatan beliau adalah satu tindakan yang bersifat keterdesakan politik yang tinggi untuk menafikan sebarang bentuk pendedahan rasuah dan salah guna kuasa yang berlegar-legar di kalangan pimpinan kerajaan pada ketika itu.

8. AMK mengalu-alukan jaminan Perdana Menteri untuk laporan polis ini disiasat secara profesional. Justeru, kita menegaskan bahawa akan timbul keraguan terhadap profesionalisme kepolisian sekiranya pihak polis menyiasat laporan terhadap ketua mereka yang masih lagi bertugas dan boleh memberikan arahan. Keraguan yang sama juga timbul terhadap Peguam Negara yang diberi kuasa penuh seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia untuk melakukan pendakwaan. Pendakwaan yang adil sama sekali tidak akan berlaku sekiranya berlaku pertuduhan terhadap Peguam Negara. Justeru, AMK yakin dan percaya atas prinsip akauntabiliti dan integriti yang tinggi, adalah menjadi tanggungjawab yang sangat besar bagi institusi Perdana Menteri Malaysia untuk menjalankan satu bentuk siasatan rapi dan terperinci bagi memastikan kesahihan laporan tersebut.

9. Ini adalah penting bagi memastikan prinsip keadilan dan kesaksamaan yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan dijunjung tinggi tanpa mengenal ideologi politik mana-mana individu, sejajar dengan Perkara 11 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948:

Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.

Tiada sesiapa pun boleh diputuskan bersalah atas sebarang kesalahan keseksaan oleh kerana sebarang tindakan atau ketinggalan yang tidak merupakan suatu kesalahan kesiksaan, di sisi undang-undang kebangsaan atau antarabangsa, pada masa ianya dilakukan. Tiada pula boleh dikenakan sebarang hukuman yang lebih berat dari hukuman yang terpakai ketika kesalahan keseksaan itu dilakukan.

10. Sejajar dengan keyakinan atas prinsip ini, maka AMK ingin menggesa kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk:

i. mewujudkan satu Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat Laporan Polis Dato’ Seri Anwar bertarikh 1 Julai 2008;

ii. menggantung tugas Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail bagi menjamin kelicinan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berwajib;

iii. memecat Musa dan Gani serta mendakwa mereka di Mahkamah terbuka sekiranya Laporan ini didapati berasas dan mengemukakan pembuktian yang sahih;

iv. Mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas sebarang bentuk arahan dan kebenaran yang diberikan kepada PDRM dan Peguam Negara untuk bertindak zalim menafikan hak Dato’ Seri Anwar sebagai seorang rakyat Malaysia yang terjamin hak asasinya di sisi Perlembagaan Persekutuan; dan

v. Memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Seri Anwar dan keseluruhan rakyat Malaysia atas salahguna kuasa yang telah dilakukan ke atas beliau.

11. Kami menggesa agar gesaan dan desakan kami dipandang serius, demi memartabatkan akauntabiliti dan integriti negara Malaysia yang tercinta demi menzahirkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan buat semua rakyat Malaysia.

Yang Benar,

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua
Angkatan Muda KeADILan Malaysia

KENYATAAN MEDIA
3 Julai 2008

Gantung Tugas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menggesa Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantung perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail rentetan daripada pendedahan yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam laporan polisnya pada 1 Julai lepas.
Pendedahan beliau jelas menggambarkan bahawa wujud konspirasi terancang yang melibatkan kedua-dua individu tersebut yang mengakibatkan Dato Seri Anwar dinafikan haknya sebagai rakyat Malaysia untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.
Adalah satu perkara yang sangat zalim dan memalukan apabila kerajaan tergamak melacur integriti Insitusi PDRM dan Jabatan Peguam Negara demi melampiaskan nawaitu politik sempit tajaan Umno-BN pada ketika itu,yang kelihatan berpotensi untuk berlanjutan sehingga kini melalui konspirasi politik terbaru yang sangat lompong dan dangkal.
Memandangkan Musa dan Gani kelihatan tidak bermasalah untuk disiasat, maka wujud kewajaran yang mendesak bagi PM untuk menggantung perkhidmatan kedua mereka dan menjalankan siasatan yang adil melalui penubuhan satu Suruhanjaya Bebas.
AMK turut menggesa kerajaan untuk bersikap terbuka dan profesional menjalankan siasatan dan mendakwa pihak-pihak yang berkenaan sekiranya terbukti mereka bersalah. Perdana Menteri Abdullah mesti memainkan peranan untuk membersihkan segala kekotoran ini. Jika beliau terus gagal, maka ini sekaligus membuktikan yang sudah tidak ada harapan yang boleh disandarkan ke atas kepimpinan beliau untuk mengubah keadaan ini selagi beliau memerintah dalam tempoh terdekat ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Explore posts in the same categories: Uncategorized

3 Comments on “Kenyataan Media Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Memorandum Kepada Perdana Menteri : Gantung Tugas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara”

  1. American Says:

    The inference from his episode…. Najib squeezed Bala boy to retract his statement about kiling Altantunya by using and manipulating all the instruments of this nation….the police, judiciary, army, etc……….Najib fella is a worser snake then Mugabe…Mugabe at least does it openly…..If Malaysia doesnt want to descend Mugabe way…..swallow the bitter pill of a lousy economy now and straighten up this political leadership mess before it engulfs the nation permanently…..

  2. Jeyapalan.T.S.Mahesan Says:

    S.I.M.A!
    Beribuan Terima Kasih! A Thousand Thanks!
    It is axiomatic{ asas } that when there is a complaint/report made against a person,
    that the person is summoned to give an explainantion{statement} under S112 of The Criminal Procedure Code{CPC}.The said person must be told what he is being questioned about - who made the report, the contents of the report etc. It is illegal & void to “tembak sahaja”!
    If upon investigation, there is evidence of a crime, then the Investigators will refer to the Deputy Public Prosecutor{DPP}, who is under instructions from the Attorney General/Public Prosecutor, for the decision - Order to Charge. THIS IS THE LAW of the/our LAND.
    However from my experience, in 98 % of the cases, this never happens.
    DSAI, was grabbed from his home, in 1998, taken to Bukit Aman,blindfolded,handcuffed & beaten up. Only then was he taken to Court to be charged.The Magistrate/Judge should have ordered for the immediate release of DSAI.
    Subsequently, the Magistrate/Judge should not have accepted any evidence from any of the Prosecution Witnesses, as the evidence was tainted and DSAI was in Prison {REMAND}. If the first basics of the Law - proper adherence to the procedures for investigations,arrest,charging are breached, then the entire process thereon is tainted.
    Now, on account of we, the Rakyaat joining hands in solidarity, and demanding that our rights & the Law of the Land be adhered to, the Guns are trained on DSAI.
    I speak of all of the above from personal experience.
    Godspeed!
    jeyapalantsmahesan.blogspot.com

  3. P2 Says:

    Assalamu`alaikum..
    Selamat Berjuang tapi jangan lupa tarbiyah kepada AMK anda! Tanpa tarbiyah darah PKR tidak selamat dan mampu bertahan lama. Saudara dulu ikut usrah kan?

    Wassalam.

Comment: