Tindakan polis melampau, bohongi rakyat dua kali
Laporan dan gambar yang dipetik dari www.harakahdaily.net bertarikh 14 Julai 2008 -
Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Mon | Jul 14, 08 | 5:24:44 pm MYT
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin menyelar tindakan pihak polis dan anggota keselamatan yang menjalankan sekatan jalan raya dengan kawalan yang menyusahkan orang ramai.
Menurutnya, pihak polis telah mengadakan kawalan ketat sekitar Pasar Seni atau Central Market sejak pagi tadi sehingga menimbulkan rasa takut dan kurang senang peniaga serta orang ramai yang berkunjung di sana.
“Ini merupakan tindakan intimidasi atau gangguan yang dibuat pihak polis secara melampau terhadap proses perjalanan demokrasi di negara ini,” katanya kepada Harakahdaily.
Beliau turut menafikan bahawa wujudnya perancangan bagi mengadakan perhimpunan oleh Pakatan Rakyat khususnya KeADILan dalam usaha menyokong usul tidak percaya ke atas Perdana Menteri di Parlimen.
“Tiada sebarang perancangan mahupun usaha untuk mengadakan perhimpunan mengenai isu terbabit,” katanya.
Katanya, ini secara tidak langsung membuktikan pihak polis sengaja mengada-adakan cerita bahawa KeADILan dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan.
Bercakap kepada media di pekarangan Pasar Seni, beliau melahirkan kekesalan yang bertindak secara tidak profesional dengan menghalang beliau bercakap dengan pihak pemberita.
“Saya amat kesal dengan tindakan melampau pihak polis bagi menangani hal ini, mereka tidak profesional dan tidak demokratik,” tegasnya.
Beliau turut menafikan bahawa wujud usaha mengadakan juga perhimpunan tersebut meskipun kononnya ia gagal diadakan di parlimen pagi tadi.
“Kita mendapat arahan daripada OCPD Dang Wangi, serta notis-notis yang ditampal di sekitar Pasar Seni ini melarang sebarang anjuran perhimpunan di kawasan tersebut,” ujarnya.
Bahkan, beliau hanya datang bertiga ke lokasi yang didakwa akan dibuat perhimpunan tersebut.
Sejak pagi tadi, sekitar kawasan Pasar Seni dikawal ketat oleh tidak kurang daripada 100 pegawai polis berpakaian uniform serta lebih 100 anggota berpakaian preman daripada bahagian depan, sisi dan belakang bangunan tersebut.
Beberapa trak polis, FRU, motosikal, van dan kereta peronda berbaris panjang di sepanjang jalan dan sisi pasar seni mengundang tanda tanya orang ramai yang lalu-lalang.
Malah, pihak media juga diminta oleh pihak polis untuk segera meninggalkan lokasi Pasar Seni setelah Shamsul beredar dari tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, salahuddin Ayub pula menempelak tindakan pihak polis yang secara keterlaluan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh jalan menuju ke bandaraya Kuala Lumpur.
“Tiada sebarang perhimpunan yang dianjurkan, ini merupakan pembohongan kali kedua oleh pihak tertentu.
“Takkan kita sebagai pimpinan Pakatan Rakyat tidak mengetahui mengenai perancangan untuk melaksanakan perhimpunan ini,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau turut mendakwa apa yang dilakukan pihak polis adalah untuk mengharu-birukan situasi seolah-olah ingin menggambarkan kepada rakyat bahawa sekiranya usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat, keadaan akan menjadi tidak stabil.
“Kita kesal dengan kemarahan rakyat dengan tindakan polis yang sengaja mengundang keresahan di hati mereka.
“Apa yang jelas, kerajaan Umno-BN mahu menakut-nakutkan rakyat dalam situasi pelabur telah hilang keyakinan terhadap negara,” ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Whip Parlimen, turut melahirkan rasa tidak puas hati apabila para pengamal media alternatif tidak dibenarkan membuat liputan di Dewan Rakyat khususnya mengenai usul undi tidak percaya oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - mks.



Julai 15, 2008 at 9:56 am
Bagi saya, tindakan pihak polis adalah untuk langkah berjaga-jaga. Adakah kita suda lupa tentang kejadian perhimpunan Hindraf dahulu?.. Perhimpunan tersebut telah mengundang pelbagai masalah bukan sahaja kepada penduduk bandar malahan kepada harta benda awam.
Takkan nak tunggu sampai peristiwa berulang semula lagi baru nak ambil langkah berjaga-jaga.
Julai 15, 2008 at 10:03 am
Liar liar , rakyat on fire
Julai 15, 2008 at 10:16 am
apa nak diherankan..semua orang dah tahu apa jenisnya polis Malaysia ni. Agenda kotor oleh desprado..inilah Melayu, gila kuasa
Julai 15, 2008 at 11:17 am
Dari satu organisasi keselamatan yang di hormati kerana menjaga keselamatan dalaman ,kini PDRM menjadi satu bahan lucuan , sindiran dan hinaan bukan saja oleh rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat dunia amnya .
TAHNIAH MUSA HASSAN !
Julai 15, 2008 at 1:20 pm
Hello NorHaslim,
Bukan Hindraf yang merosakkan harta benda, tetapi pihak polis yang buat kecoh dalam perhimpunan itu. Ini bermakna kamu tidak tahu apa - apa pun yang berlaku di Malaysia. Saya selalu fikir kenapa ahli politik negara kita bagi alasan yang bodoh, sekarang saya tahu kenapa. Sebab masih ada orang percaya alasan - alasan yang bodoh dibagi oleh kerajaan Malaysia.
Julai 16, 2008 at 3:22 pm
ala Norhisham..kesian nya ko ni…mesti ko ni tak sekolahkan….bodoh la ko..