Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
19 Julai 2008
Jaminan Abdullah Hanya Retorik Politik
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan kenyataan penafian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai keterlibatan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara di dalam konspirasi ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan Abdullah bahawa beliau ‘menjamin Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar’ membawa pelbagai interpretasi.
Ia seolah-olah mengiyakan bahawa sebelum ini berlaku konspirasi melibatkan kedua-dua individu pada tahun 1998 yang yang mengakibatkan Datuk Seri Anwar dizalimi selama 6 tahun merengkok di dalam penjara atas kesalahan yang direka-reka.
Melihat kepada perkembangan tuduhan dangkal salahlaku seks ke atas Datuk Seri Anwar sebermula 28 Jun lepas, penglibatan Gani dan Musa adalah sesuatu yang sukar disangkal dengan mengambil kira beberapa perkembangan, antaranya cara penahanan desperado pihak polis ke atas Datuk Seri Anwar pada 16 Julai lepas, dan sabitan kes fitnah ke atas
Raja Petra Kamaruddin pada 18 Julai berikutan Akuan Bersumpah beliau yang mengaitkan isteri Najib Tun Razak dalam pembunuhan mendiang Altantuya Shariibuu.
Malah, tindakan polis yang ingin menggunakan perintah mahkamah untuk memaksa Datuk Seri Anwar memberikan sampel DNA juga sangat melucukan, dalam keadaan DNA Datuk Seri Anwar sudah pun wujud dalam Bank DNA hasil daripada siasatan kes 1998. Ini memperlihatkan wujud satu keadaan di mana sampel DNA Datuk Seri Anwar akan diseleweng untuk ‘melengkapkan’ pertuduhan palsu ke atas beliau.
Adalah sesuau yang sangat mengelirukan tatkala Abdullah mengatakan bahawa Gani tidak akan terlibat di dalam konspirasi ini, sedangkan jelas disebut di dalam Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan bahawa Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa pembicaraan mengenai sesuatu kesalahan, lain daripada pembicaraan di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah bumiputra atau mahkamah-tentera.
Ini juga dijelaskan di dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan Jenayah : The Attorney General shall be the Public Prosecutor and shall have the control and discretion of all criminal prosecutions and proceedings under this Code.
AMK mengulangi penegasan di atas prinsip integriti dan akauntabiliti susulan daripada Memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri pada 3 Julai 2008 bahawa Musa Hassan dan Gani Patail mesti digantung tugas sebagai Ketua Polis Negara dan Peguam Negara serta merta sehingga penyiasatan terhadap mereka selesai dilakukan oleh Badan Pencegah Rasuah.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Difailkan dalam: Angkatan Muda, KeADILan, Media, Politik






Malaysiakini – Perdana Menteri berkata berikutan laporan oleh Anwar kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuduhan pemalsuan fakta melibatkan Musa dan Abdul Gani, maka adalah wajar bagi kedua-dua mereka dikecualikan daripada siasatan terhadap ketua umum PKR itu.
“Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tidak akan mengambil apa jua peranan berkaitan kes Anwar,” katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.
—– saya rasakan kenyataan di atas adalah, Pak lah tidak membenarkan lagi campur tangan GANI dan MUSA di dalam siasatan terhadap kes DS Anwar selepas ini. Adakah mungkin ini berlaku?
Saya bersetuju dengan pendapat saudara Shamsul. Lebih-lebih lagi Pak Lah ni suka berbohong. Hari ini cakap lain, esok cakap lain. Tengok apa pula dia nak cakap seminggu dua ni. Sepatutnya kedua-dua orang monyet tu digantung tugas bukan hanya dikatakan tidak terlibat. Setakat tak buat statement di akhber masih tidak dikatakan tidak terlibat, buat kerja diam-diam dari belakang, bagi arahan dari belakang. Ini semua kerja main belakang. Yang suka main belakang ini UMNO. Bapak suka main belakang ni tak lain tak bukan ialah si Mahathir, diktator yang dah pencen tu…
[...] Jaminan Abdullah Hanya Retorik Politik [...]
There is a BIG VERY BIG difference if Pakatan and DSAI comes to power vs the current BeeEnd power structure and you should highlight it in your blog.
If DSAI ever comes to power, people should not worry, because DAP and PAS comes to power also as EQUAL partners. Lim Kit Siang and Tok Guru will not just let DSAI do as he wants.
This will truly be a check and balance govt. Likewise , PAS cant do as they want without angering DAP and also DAP cant do as they want without angering PAS. Because if any of the 3 walks out of Pakatan, Pakatan Rakyat will fall as the Govt. So , all 3 parties work together!
That is the difference vs DSAI 10 years ago when he was in BeeEnd.
In BeeEnd, everybody knows Badawi and Najis can do as they want. UMNO rules BeeEnd as Superme King. All the rest, MCA, MIC, Gerakan etc etc etc are just running dogs! That is why you have corruption galore!
That is the real difference between a Pakatan Rakyat Federal Govt and the current corrupt govt we have.
Nice Blogs
http://wongkeban.wordpress.com
Salam saya merupakan penyelaras untuk blog Puan Zuraida Kamaruddin ketua wanita pusat merangkap M.P Ampang.
Saya berharap agar pihak tuan dapat menyenaraikan kami sebahagian dari list blogroll
agar kita dapat bertukar pandangan serta tidak membataskan perhubungan ini.
kerjasama ini saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih
http://www.p99ampang.com
.saudra shamsul iskandar….. maaf menegur kenapa x menggunakan alahyarhamah siti aminah.. kenapa MENDIANG altantuya….. walau ape pun ceita di balik tabir tentang allahyarhamah biarlah ALLAH s.w.t yang menentukannya… teruskan perjuangan amk saudara shamsul iskandar
salam reformasi
saudara mereka memang retorik dan kebelakang dari segi lontaran kata2 kemudian di susun dengan baik oleh media arus perdana………. keep in touch
Akhirnya kebenar telah muncul…
Laporan perubatan Saiful telah dikeluarkan…
Jika benar kes ini tiada campur tangan politik tangkap Saiful. BUkti sudah ada..
Selanjutnya…………
http://www.p99ampang.com
Kunjungan Kak Wan bersama Kak Zu ke Padang Rengas
Selanjutnya………..
http://www.p99ampang.com
Perjuangan Yang Belum Selesai…
Alhamdulillah, Syabas pada parti KEADILAN rakyat yang memperjuangkan hak rakyat Permatang Pauh khususnya untuk seluruh rakyat Malaysia. Negara memerlukan seorang pemimpin yang Siddiq, Amanah, Fatanah, Tabligh, Adil, Ikhlas dan berjiwa rakyat. Peluang menerajui negara masih bersifat terbuka dan bukan suatu dominasi. Beringatlah Kita makhluk ciptaan Allah SWT,diberikan kuasa pinjaman untuk berbakti kepada rakyat, Sesungguhnya kita juga akan diadili oleh yang Maha ADIL. Selamat Berjuang dan MERDEKA!!!
saya berharap DSAI berhati-hati / berwaspada – kerana sokongan rakyat Malaysia semakin meningkat – dibimbangi peristiwa – heli meletup korbankan ahli korporat Tan Sri Yahya dan pegawai tentera di kepala batas. saya berdoa semoga allah melindungi DSAI sekeluarga…. musuh dalam selimut lebih bahaya yang terangan-2.
sekian, saya penyokong PR
kami di sabah amat terpinggir dalam arus perdana yang dikaitkan dengan perjuangan dsai ke putra jaya. oleh itu harapan kami sudilah dsai datang berkunjung ke sabah khususnya daerah pulau banggi di kudat. sebagaimana yang diwar-warkan oleh media kawasan ini sudah membangun tapi kerajaan sudah memerintah selama 50 tahun tapi penduduk di sini belum ada tanah yang ada datuk haris salleh yang memiliki kawasan tanah yang sangat luas. tinjau-tinjaulah kami agar matlamat dsai ke putra jaya lebih bermakna dan mendapat restu dari penduduk sabah amnya. kerajaan bilang kita tidak punya duit tapi mampu beri lee chong wei 1 juta sedangkan di Pulau Banggi terutamanya di Sk balambangan rumah guru hanya sebuah dan huni oleh 12 orang guru.
Hidup PKR, Hidup PR, Hidup Malaysia !
Musa and Gani tu crony orang vip kat BN.
Rakyat observe..and faham hakikat ni.
Masa ini DSAI and PR leaders berjaga-jaga..
PR states government telah dapat jaga hati rakyat..
Selain dari DSAI, PR pun ada capable leaders like Azmi, Badrul, Tian Chua..
kita harapkan semoga anda terus maju jaya di dalam PR federal government.
Saya benci pada pemimpin kerajaan yang mengamalkan korupsi dan kronimisme…seperti …….
Wakil rakyat Bn memang hipokrit kononnya membantu rakyat….segala janji yang ditaburkan pada pilihan raya tak ada yang ditunaikan….ibarat habis madu sepah dibuang….begitulah nasib orang pedalaman sarawak yang menyokong kerajaan BN
Saya merasakan dibawah pimpinan kerajaan sekarang, Malaysia seolah-olah menuju ke ambang kehancuran. Sikap perkauman yang diamalkan oleh segelintir menteri kerajaan BN jelas mengakibatkan rakyat sudah tidak yakin lagi dengan kredibiliti YAB Perdana Menteri kita kerana gagal mengekang sentimen perkauman yg. dilaung-laungkan oleh segelintir Yang Berhormat di dalam UMNO.
Jangan lupa rakyat sekarang bukan naif dan bodoh seperti dulu…kami akan menggunakan kuasa kami untuk menghukum anda YB-YB yang sinis serta sombong.
Semoga rakyat Malaysia lebih sedar terutamanya orang Sarawak agar bersama-sama dengan rakan seperjuangan di Semenanjung membantu membina sebuah kerajaan yang peka dengan sensitiviti rakyat berbilang kaum….kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berusahalah….Allah sentiasa di pihak yang benar dan ikhlas! jangan khuatir terhadap fitnah sodomi yang kerajaan kenakan…rakyat tahu menilai apa yang betul dan tidak betul….fitnah sodomi itu hanyalah gimik politik yang sengaja direka untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kepincangan kepimpinan kerajaan BN………HIDUP PKR !
Negara memerlukan seorang pemimpin yang eccentric dan berjiwa rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rakyat tidak memerlukan pemimpin yang hanya mementingkan kepentingan diri seperti segelintir pemimpin-pemimpin BN di Sarawak. Cuba rakan-rakan seperjuangan lihat keadaan di Sarawak….sudah 45 tahun Sarawak berada di dalam Malaysia tetapi apa yang kami rakyat Sarawak dapat?
Tengoklah keaadaan rakyat kami yang daif dari segi ekonomi dan pendidikan. Tanah-tanah kami dirampas sewenang-wenangnya oleh konglomerat-konglomerat kroni pemimpin BN negeri…Kami dihalau dari tanah nenek moyang kami ibarat anjing kurap menggunakan polis….
Inilah balasan kesetian kami selama 45 tahun terhadap pemimpin BN yang kononnya ingin membantu memajukan dan memakmurkan rakyat Sarawak. Pemimpin-pemimpin BN daripada parti komponen tidak habis-habis bertelagah berebutkan jawatan dalam parti…sungguh memalukan memiliki pemimpin seperti ini yang jelas “GILAKAN KUASA”…..
Bangunlah wahai orang Sarawak…sedarlah bahawa kita sudah tidak memiliki pemimpin-pemimpin yang benar-benar ikhlas dan jujur di dalam membantu kita…Hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang mampu memberi merealisasikan impian kita selaras dengan negeri-negeri lain di dalam Malaysia.
Assalamualaikum
Tahniah diucapkan kepada DSAI di atas kemenangan beliau di Permatang Pauh yang lalu. Semoga perjuanganmu di redhai oleh Allah s.w.t.
Kami di Johor sedang menanti tarikh keramat yang telah dilaungkan oleh DSAI iaitu 916. Kami di JB sentiasa mengharapkan kehadiran seorang pemimpin yang mampu membersihkan negara daripada kronisme, rasuah dan pelbagai kerosakan yang lain. Hidup Anwar Ibrahim!!! Hidup PKR!!!Hidup PR!!!
Berita malam kelmarin agak membebankan hati saya bila kerajaan dengan terburu2 mengarahkan semua MP di Sabah & Sarawak terlibat dalam lawatan sambil belajar ke China. Apa pandangan pihak tuan berkaitan hal ini. Harap semoga tindakan kerajaan itu tidak sesekali merencatkan perancangan PR untuk mengambil alih kuasa pemerintahan daripada kerajaan yang sudah rosak parah.
Semoga Allah merahmati perjuanganmu Anwar Ibrahim
salam
Negara tak perlu parti pengemis seperti pkr atau PR untuk memerintah kerana sikap mengemis ini adalah sifat orang yang tak mempunyai matlamat hidup. Lagi pun, Apakah perjuangan parti PKR & PAS. Adakah untuk menipu rakyat hanya dengan dakyah mereka sahaja, menjual mekanisma agama untuk meraih kemenagan, tetapi sedikit pun tidak mempertahankannya, kerana hanya untuk berkuasa.
Berita semalam sangat mengejutkan apabila seorang ahli MP PR melarang surau dan masjid di kawasan mereka menggunakan pembesar suara ketika azan, tetapi parti PAS sikit pun tidak melenting, tetapi kerajaan yang di pertikaikan kerana menggunakan ISA. PAS ini hanya menggunakan agama dan bertakbir kesana sini tetapi tidak pernah menghormatinya, ini adalah sifat sifat orang muna…!
Hidup umno hanya kamu sahaja yg boleh mempertahankan Islam di negara ini
Seluruh rakyat tahu tentang PakLah…hanya tidak ada bukti. Najib pun tahu tapi siapa
nak di aduk kan . Biarlah PakLah bagi saya pada bulan Jun 2010 nanti. Tapi saya tidak sabar kerana tahu Anwar dan PakLah dah siap untuk 16 sept ini. Jadi Our master
mind Tun Dr.M tahu semua ini. Muhyiddin Yasin nak TPM 2008 ini dia support Najib.
Sibodoh Hamid akbar tangkap yang 3 tu..tapi dpt dilepas dlm masa 24 jam reporter
tu..ikut undang syed amit. Pelik tapi benar. Ok.ok.ok Memang tujuan nak selamatkan
Malaysia di kecawan bagi rakyat tidaklah sampai kesitu, mereka sayang negara ini.
Tapi jangan bodohkan diri sendiri… Dunia luar tahu apa berlaku dalam Umno dan Bn.
Just mereka tunggu next happening.
Klu anwar jadi pn lepas tu siapa penggantinyer yea ??? lim kit siang ? nak jad macam singapura ker ?
Assalamualaikum, cukuplah umno dengan penupuannya, kita cuba pakatan rakyat memerintah, kita sebagai rakyat ada kuasa untuk menentukan siapa pemerintah kita, cuba dulu, pandang kehadapan, nilai semua apa yang umno dah buat kat kita, tanya diri kita, kenapa, mengapa, bagaimana ….. rakyat mahukan perubahan. Permatang Pauh BUKTINYA.
P.K.PAS PENAJA PANGSA PERDANA
ISA???
Orang Sarawak menyampah dgn Syed Hamid Albar tu..Nak tahu kenapa? Sebab Datuk Ahmad Ismail yang membuat kenyataan berbaur hasutan dan perkauman sewaktu kempen pilihan raya di permatang pauh tidak pulak di tahan dgn ISA tetapi hanya digantung dari UMNO 3 tahun saja. Apa ni? Undang-undang mana satu yg. prevail? Jawapannya jelas…Undang-undang Umno dan bukannya undang-undang negara. Sebaliknya ISA digunakan oleh para pemimpin UMNO keatas orang bukan UMNO…..jadi kepada rakyat diluar…..beginilah contoh kerajaan hadhari yang dilaung-laungkan oleh Pak Lah….Kepada Syed Hamid Albar…..tak payah lah nak cari publisiti murahan dgn menangkap orang awam spt reporter, wakil rakyat dan penulis blog…..ingat siapa yang makan cili dia lah yang merasa pedasnya….Allah akan membalas perbuatan Datuk Syed di akhirat nanti….semoga……dan saya berdoa untuk anda!
I felt Malaysia is no longer enjoying peace and stability. The BN government is totally failed to preserved the spirit of multiracial that the previous leaders had uphold. Lack of integrity, chronism and corruption is becoming apparent under the present government. Recently, the whole country is shaken once again when the BN government use (ISA) to suppress anyone who is against them. This is totally unacceptable…..what a shame for the BN government for resorting to a such unconstitutional law.
I hope public at large will realize that the present leadership is totally uncapable and such be replace with those who respect human rights, possessed self integrity and mature in term of political making decision and most important respect the foundation of multiracial country.
To Datuk Seri Anwar Ibrahim and fellows Pakatan Rakyat…never ever give up, keep the good job and we the members of public give our bless and pray for all the noble efforts that you people had given…..
askum….buat Abg Pauzan….
Betul ke org swk menyampah dengan Syed Hamid Albar….camna tu? explain sikit?
awat tak leh wait for next GE ke utk perintah negara?awatla tamak kuasa sangat ni?nak bagi jadi macam indonesia ka negara kita ni?mentang2 la anwar tu berkiblatkan indonesia……….ish ish…………
Rakyat semakin hari semakin menyampah dengan BN terutamanya para pemimpin UMNO
Nak tahu kenapa??? Jawapannya ringkas sebab YAB Perdana Menteri tidak tegas dan mengamalkan sikap kronimisme. Kaum-kaum lain di pinggirkan terutamanya rakyat sarawak. Lihatlah kepincangan keaadaan ekonomi semasa negara. Kenaikan harga minyak yang sangat melampau….wal hal Malaysia merupakan negara pengeluar minyak. Kenapa sebagai negara pengeluar minyak rakyat tidak dapat menikmati harga minyak yang murah??? Sebabnya, Pak Lah & kroni-kroninya ingin mengaut keuntungan peribadi…Lagi banyak PETRONAS untung lebih bagus…SCOMI syarikat milik Pak Lah pasti mendapat habuan yang lebih tinggi lagi…..hasil daripada kenaikan harga minyak. Sedarlah wahai rakyat……kerajaan sekarang sudah tidak relevan dan mampu membela nasib rakyat seperti dahulu. Sekarang ini hanya PKR sahaja yang mampu menjaga nasib rakyat dan membawa negara menuju kegemilangan……
Negara gempar lagi dengan berita orang parti PKR buat perangai tak senonoh, lepas tu menganggap zina seperti sedekah, orang PKR ini memang tidak ada sifat memuliakan agama Islam langsung. mereka ini mengamal sifat seperti orang kafir, tidak langsung terfikir tentang Islam. Pada pendapat saya bagus kerana orang kurang ajar ini telah di pecat dan lebih bagus semua org dari parti PKR di pecat.
Kepada dua respondan ioitu:
Ahmad, dan Entah,
Ko dua ni BN cybertrooper ker? Takde kerja ker? Terlalu senang mai spam blog orang ker? Kalo ko orang suka sangat kat najis dan pak-tidur tu, pi la support mereka cukup-cukup kat blogs depa…
Apa? Tak jumpa? Pergi pejabat menteri komplain salam-salam , komplain lah….
Sodomee boleh suka suka jumpa DPM ko tak boleh jumpa DPM?
Thumbs up for PKR, bersama-sama kita menuju ke putrajaya dan tenggelamkan Barisan Kroni.