Permatang Pauh Bukti Rakyat Tolak Politik Desperado dan Pembunuhan Karakter

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) merakamkan sekalung tahniah ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah memenangi kerusi P44 Permatang Pauh di dalam Pilihanraya Kecil yang berlangsung pada hari ini.

Kemenangan yang lebih besar berbanding keputusan PRU-13 pada 8 Mac 2008 yang lepas membuktikan bahawa rakyat menolak politik desperado ciptaan Umno-BN yang melakukan pembunuhan karakter paling dasyat di dalam sejarah politik negara. Seluruh instrumen kerajaan digerakkan hanya untuk menghadapi seorang manusia bernama Anwar bin Ibrahim. Dan ternyata, kaedah itu ditolak oleh rakyat tanpa kompromi.

AMK melihat kemenangan ini juga menjawab segala dakwaan songsang yang dilemparkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak yang membangkitkan sentimen rakyat semata-mata untuk memastikan kemenangan Umno-BN.

AMK ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat para petugas dan penyokong KeADILan dan Pakatan Rakyat khususnya yang bertungkus lumus menggerakkan jentera tanpa mengira waktu demi memastikan kemenangan KeADILan dicapai pada hari ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan buat Khairy Jamaluddin dan Ezam Mohd Nor yang berjaya menimbulkan kebencian rakyat terhadap Umno dengan kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah dan penuh unsur-unsur perkauman sempit. Dakyah mereka yang menjadi jajaan media arus perdana begitu hebat sehingga mengakibatkan Umno sendiri menerima padah kerana kedangkalan mereka yang berpanjangan !

AMK juga ingin menegaskan bahawa AMK akan meneruskan tindakan mahkamah ke atas Khairy yang gagal menarik balik kenyataan berkenaan tajaan AS kepada KeADILan yang jelas bermotif fitnah dan palsu semata-mata.

Kini, masanya telah tiba. Permatang Pauh melahirkan harapan baru buat rakyat Malaysia, ke arah memerdekakan Malaysia dari cengkaman politik dan ekonomi sempit ciptaan Umno-BN.

Dari Permatang Pauh, langkah akan terus diorak menuju Putrajaya, insyaAllah.

16 Respons

  1. Tuan tuan yang dihurmati…Kesilapan yang terang terang berlaku semasa berkempen UMNO adalah dilakukan sendiri oleh Khairi…Khairi terlalu banyak keluar kenyataan berulang ulang berkaitan sumpah…rakyat malaysia memang seratus peratus tak puas hati kenyataan itu…sebok lebih dari bapa…itu puncanya…Untuk semua cuba perhatikan gelagat orang orang UMNO yang atas atas…Mereka tidak menjaga Dr Mahathir …mereka biarkan Dr Mahthir bersendirian dan tidak memberi penghurmatan…itulah kesilapan mereka yang tak disedari sampai bila bila…itu perangai mereka…sehingga dr mahathir keluar UMNO tidak ada yang ambil berat…sebab itu UMNO kalah…mereka asyik menjaga diri sendiri dan kepentingan sendiri dan tidak menjenggok rakyat yang dipendalaman…meraka banyak cakap dan menggunakan media sebagai hakim…itulah kelemahan nya…

    Cadangan saya orang orang UMNO eloklah muhasabah diri dan berbincang dengan PAS dan isi borang masuk Pas…negarakita akan selamat…yang jelas UMNO membawa sistem yang salah dari british dan kita tidak boleh memperbaiki sistem yang salah itu di peringkat atas…kita kena buangkan sisitem itu dan kita bawa sisitem baru berteraskan pemimpin contoh yang terbaik dunia ialah Rasulullah…mengapa kita maseh lagi tergial gial dan tak yakin dengan sistem yang dibawa oleh rasulullah itu…kita punyai ulamak ulamak bagus tetapi tidak berani nak bersuara yang hak…berani yang batil ajer…fikir fikirlah kita telah dibawa syaitan jauh tenggelam

  2. Kepada saudara2 dan saudari2 yang telah menbantu dan berkorban saya mengucapkan ribuan terima kasih.
    Teruslah berjuang dengan hati yang terbuka demi negara yang tercinta ini.
    Saya juga meraya para AMK supaya tambah berwaspada dengan UMNO yang kian tambah tertekan. Dan teruslah ambil tindakan yang mana perlu. Kami rakyat akan sentiasa menyokong KEADILAN untuk RAKYAT.

  3. Congratulations to those who work hard to see this dream comes true and to propel the beginning of the end of BN-UMNO regime from the surface of this earth.

  4. Need the support of all Barisan Rakyat supporters!

    (TM Nut – Blocked MT, Invasion of Privacy, Censorship, Throttling P2P & Torrent Bandwidth, NST Printing Garbage!)

    http://surind.blogspot.com/2008/08/if-streamyx-endorses-censorship-piracy.html

  5. ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  6. Haruman mekar kalungan mawar
    Ucapan tahniah demi DSAnwar
    Kami menanti hari bahagia
    Sampai di Parlimen tendang si dia (BN)

    DSAI, kami sekeluarga ucapkan Tahniah di atas kejayaan Datuk Seri semalam. Impian DS semakin hampir, kami taburkan sokongan padu kami semoga dapat menangi kerusi PM secepat mungkin, demi kebahagian rakyat Malaysia,amnya.
    People Power………have spoken once again !

  7. Ternyata penat lelah setiap petugas di sana membuahkan hasil, segala caci maki, fitnah semuanya ditolak mentah2 oleh penduduk Permatang Pauh. Malangnya UMNO masih lagi angkuh mengatakan DSAI menang dek kerana simpati rakyat, tapi depa tak sedar yang kami tolak UMNO secara total. Terima Kasih Permatang Pauh kerana bijak memilih DSAI sebagai YB di sana….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  8. Karamnya “Titanic”(BN) di Malaysia? (Tayangan baru bermula!)
    —————————————————————–

    Titanic (BN) Malaysia dianggap tidak boleh tenggelam semasa dilancarkan dahulu. Sungguhpun terlanggar tungkul air batu pada 8 Mac 2008, ia masih sukar dipercayai bahawa ia akan tenggelam. Apabila segala usaha untuk menyelamatkan kapal didapati sia-sia, Kaptennya (DSAB) berdiri bersendirian menunggu qadar dengan muka penuh dukacita. Dia masih berharap Carpentier atau lain-lain kapal berhampiran akan datang menyelamatkan penumpang-penumpangnya. Amatlah sedih ketika itu, melihat Kaptennya menembak beberapa mercun penyelamat untuk memberi isyarat kepada Carpentier tetapi Kapten Carpentier (DSNTR) masih tidak yakin Titanic dalam keadaan kecemasan.

    Dalam tayangannya, ada babak percintaan antara Leonardo DiCaprio (DSAI) dan Kate Winslet Azizah). Azizah enggan meninggalkan kekasihnya walaupun terdapat beberapa kejadian yang memungkinnya meninggal kekasihnya dan menyelamatkan diri. Dia memegang kuat kepada harapan agar kedua-dua mereka akan dapat mengharungi bencana yang ditimpa dan akan diselamatkan dari tragedi tersebut. Kedua-dua mereka melalui seksaan mental dan emosional dan diakhirnya tinggal Azizah sahaja yang bercerita berkenaan seorang seorang lelaki yang mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan beliau.

    Tentang anak-anak kapal Titanic (Little Napoleons) yang menguruskan kapal dan sahabat-sahabat mereka yang kaya dan berwatak korporat, adakah anda nampak muka-muka cemas mereka semasa kapal sedang tenggelam? Ramai antara mereka berebut-rebut menyelamatkan diri untuk meninggalkan kapal dan antara mereka yang kaya-raya, baru tersedar bahawa wang tidak dapat membelikan segala-galanya termasuk satu tempat duduk diatas bot penyelamat untuk menyelamatkan diri (Hijrah TDM). Tetapi bukan semua yang berperangai bagitu. Ada beberapa di antara mereka (Napoleon) yang masih berani mempertahankan nama Titanic dan tayangannya menyambung semula.

    Terdapat sepasang orang tua (MIC & PPP) yang terbaring di katil menunggu kapal tengelam yang ditinggalkan mereka oleh anak-anak muda dan tidak larat pula bergerak menyelamatkan diri. Terdapat juga pemain-pemain muzik (MCA, PBB, LDP, PBRS, PRS, SAPP, SPDP, SUPP, UPKO) yang masih memainkan lagu-lagu kapal Titanic, demikianlah sayangnya mereka kepada muzik Titanic. Juga terdapat anak-anak kapal (GERAKAN) yang masih bekerja di bahagian bawah kapal yang cuba menutup kebocoran tetapi akhirnya mati dengan menganggap diri mereka wira tampa mengetahui kapal sudah tidak dapat diselamatkan dengan hanya menutup kebocoran kapal.

    Adakah anda ketahui siapakah Direktor tayangan Titanic (BN)? James Cameron (TDM).

    Adakah anda ketahui siapakah penulis skrip? Masih TDM.

    Adakah anda ketahui tayangan ini dipernunjukan serata dunia?

    Adakah anda ketahui Malaysia mempunyai ramai pelakon-pelakon lelaki dan wanita dan pembantu-pembantu seniman dan seniwati.

    Tak apalah, ia cuma sebuah tayangan. Tayangan sebenar baru bermula.

    http://patek1472.wordpress.com

  9. tahniah saya ucapkan semoga kemenangan ini menjadi reality KEADILAN bukan fantasi setiAp yang kalah pasti kecewa padan muka dia orang dan kepada DATUK SERI ANNUAR TAHNIAH SEKALI LAGI SAYA UCAPKAN ALLAHUAKBARHIDUP DATUK SERI

    HP:0172449358

  10. salam bro,

    Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

    carcoon

  11. SAYA BEGITU TERTARIK HATI MENDENGAR KOMEN MENTERI PENERANGAN TENTANG KEMENANGAN DSAI. BELIAU KATA XJAUH BEZA BERBANDING JUMLAH PENYOKONG YANG DTG. TERINGIN BENAR SAYA MENANYA PADA BELIAU ANGKA 31000 DENGAN 50000 XJAUHKE BEZA? BERBANDING 15000 DENGAN 50000? SYABAS RAKYAT MALAYSIA YANG TERNYATA BIJAK MEMBUAT PILIHAN TERUTAMA PENGUNDI PERMATANG PAUH. BILA KITA TENGOK SERANGAN MEDIA BN TERHADAP PAKATAN RAKYAT TERLALU TERUK LAKSANA LELAKI YANG BACUL TAPI ALHAMDULILLAH BERKAT KESABARAN AHLI PAKATAN RAKYAT KITA BERJAYA. SYABAS AMK DAN DSAI…

  12. Wow . . . membaca blog ini memang menjadikan daraah semangat malaysian berkobar-kobar . . .
    Selamat . . . Selamat . . . .
    Keep Post . . .
    terimaksih diizinkan mampir

  13. bro, salaam
    MEDIA PRIMA BHD, tk kan nk biarkan kot?
    V hve the muscle, takkn tak mau guna kot?

    klueless,klassless,klanless.

  14. SEMOGA KEMENANGAN INI TIDAK MELALAIKAN KITA SEMUA SEBAGAI ANGKATAN MUDA PAKATAN RAKYAT…TERUSKAN USAHA DAN KERJASAMA,PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI…

  15. kemenangan bersejarah yg bakal mengubah lanskap pemerintahan negara.
    penat & lelah kami tak kisah asalkan perjuangan rakyat tercapai.
    moga DSAI dpt membentuk kerajaan & menjadi contoh pemerintahan terbaik di M’sia.

  16. Tahniah dan syabas diucapkan kpd DS anwar Ibrahim atas kemenangan beliau di Permatang Pauh semasa pilihanraya lps..kita sebenarnya memerlukan sistem pemerintahan yg dinamik dan cekap serta adil dlm memanifestasikan masyarakat diarus globalisasi..semoga Tuhan Punya Alam memberkati segala usaha dan memberi
    petunjuk kpd hambaNya ke jalan yg benar..Amin

Tinggalkan jawapan