• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Menghadiri majlis penutup prog Karnival Sukan Rakyat di Dun Permatang, Tjg. Karang anj PeBT. Tahniah Hj Yahya http://tweetphoto.com/6819576 1 day ago
    • 3: Hijrah merupakan titik mula kpd perjuangan membangunkan masyarakat dan kemudiannya membina sebuah negara. http://myloc.me/2cbr3 2 days ago
    • Sh.Yusof: Rasul rancang strategi hijrah dgn rap. Beliau pilih Abu Bakr, Ali, Asma' & penunjuk jln yg pintar serta duduk di tempat selamat. 2 days ago
    • Sh. Yusof: Kemenangan di dlm perjuangan ialah a/bila kita berjaya mempertahankan prinsip, pegangan & aqidah walaupun dizalimi & dianiaya 2 days ago
    • Ribuan hdr kuliah Sh. Yusof AlQardhawi. Kuliah dimulakan dgn menceritakan hubungan rapat dgn @AnwarIbrahim. http://tweetphoto.com/6732768 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

Perutusan Hari Raya Eidulfitri 1429 Hijrah

Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

30 September 2008

Perutusan Hari Raya Eidulfitri 1429 Hijrah

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.
Walillahil hamd.

Alhamdulillah, sebulan Ramadhan telah kita lalui, kini Syawal bakal menjelang.

Para ulama’ mengibaratkan Ramadhan sebagai tarbiyah ruhiyyah, pendidikan jiwa dan rohani agar tunduk kepada Allah SWT dan bebas daripada kekangan nafsu. Pastinya ini akan memperkemaskan lagi proses pembersihan diri dan jiwa, tazkiyah an nafs kerana asas tersebut akan menjamin landasan pembentukan akhlak dan moral peribadi, keluarga dan masyarakat. Andai asas ini lompang, maka penyelewengan dan fasad, yakni kerosakan termasuk dengan menodai faham keadilan dan pembangunan akan berlaku dengan mudah.

Cabaran demi cabaran dihadapi sepanjang Ramadhan dilalui, pastinya sebagai umat yang tawadhuk, Ramadhan sentiasa mengajar kita betapa kesabaran menjadi paksi kepada kejayaan hakiki. Amal ibadat sepanjang Ramadhan janganlah terhenti tatkala Ramadhan melayarkan tirai. Sebagai umat Islam yang bertaqwa, menjadi satu keperluan agar kita terus istiqamah untuk mendepani perjuangan yang bakal mendatang.

Ramadhan yang dilalui telahpun mengajar kita erti kesabaran di dalam menempuh perjuangan yang rencam. Perjuangan ini tidak terhad untuk melawan hawa nafsu semata-mata, sebaliknya ia melampaui sempadan sikap tatkala kita berhadapan dengan pelbagai keadaan yang menyaksikan ketidakadilan berlegar-legar di kalangan masyarakat.

Sempena Syawal yang bakal menjelang, maka wajar bagi kita untuk senantiasa menginsafi keadaan diri, dengan penuh kesederhanaan. Syawal ialah bulan merayakan kemenangan, kemenangan berjuang mengawal hawa nafsu sepanjang Ramadhan. Pastinya ia signifikan dengan keadaan kita di Malaysia, tatkala 51 tahun demokrasi dirobek dengan sentimen perkauman sempit yang nyata bercanggah dengan kehendak Islam.

Kemenangan menuntut perjuangan, perjuangan menuntut kesabaran. Sambutlah Eidulfitri dengan penuh keinsafan, dengan tekad untuk merubah Malaysia ke arah sebuah negara yang menjunjung politik madani. Rapatkanlah ukhuwah dengan jalinan silaturrahim, sebagai melengkapi tarbiyah ruhiyyah Ramadhan.

Mudah-mudahan dengan penghayatan dan tazkirah Ramadhan, iltizam kita lebih menebal untuk melakukan perubahan diri dan ummah melalui tazkiyah dan islah.

Bagi pihak kepimpinan dan akar umbi Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri 1429 Hijrah. Minal Aidil Wal Faiziin.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

3 Respons

  1. The present government has put in place someone who is oppressive, ruthless, uncaring, inhumane, power-crazy, arrogant, irresponsible and indifferent to have the sole authority to place any citizen in detention without trial at his own perception and discretion. Why should the citizen of this country accept that? This person is put in place by a so-called ruling party who has less than 30% of the voting population’s support. Why are we allowing hom to have such absolute power? I think the ruling government has failed to protect the right of the citizen and allow them to be terrorised by such a rude person. The citizen must be given the right to counter this madness in empowering one person in the country to threatened the whole population. It looks like he is even more powerful than the PM and the King. His instruction to detain people as a result of his own perceived possibility of unrest from his self-proclaimed “majority” of the people (or his party member?) is most frightening and difficult for the ordinary people to comprehend. Can some rationality prevail in this country and put some sense to do what is right for the citizen and not the political party.

  2. KEPADA MUSLIMIN MUSLIMAT SEKALIAN, INGATLAH KUKUHKANLAH IMAN KITA, IKUTILAH JALAN YANG LURUS YAKNI JALAN YANG DIREDHOI ALLAH TAALA AGAR KES SEPERTI DIPERAK BERKAITAN DENGAN RASUAH SEKS TERSEBUT TIDAK TERUS BERLAKU. PERCAYALAH DENGAN BERPEGANG KEPADA TALI ALLAH SAHAJA MUSUH-MUSUH ISLAM AKAN MENJADI LEBIH SENGSARA. AKHIR KALAM DARI ANAK KOMANDO UNTUK SEMUA MAAF ZAHIR BATIN… HALALKANLAH SEGALANYA

  3. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, Semoga Allah perkuatkan semangat bro, dlm perjuangan yg mulia ini, Aminnnn

Tinggalkan jawapan