• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Baru selesai cer. umum, Bajet Tipu Rakyat di B. Gerakn Pak. Rakyat, Jemapoh, K.Pilah. Yb Zuraidah, Yb Abdullah & Yb Chah Li Kang turut hadir 11 hours ago
    • Hairuddin Omar pula melakukan tandukan cantik seawal separuh masa kedua. Neg 9 di depan dgn 2-0. Amacam Kelantan ? Daulat Yamtuan baru kot ! 14 hours ago
    • Laporan lintas langsung dr Jemapoh, rembatan kuat Shahurain pd minit ke 18 meletakkan neg. 9 mendahului Kelantan 1-0. http://myloc.me/1nDQ0 14 hours ago
    • Demi Muafakat Pakatan Selatan, den kobarkan ke seluruh alam, bahawasanya Keadilan Melako akan menyokong Nogoghi Sombilan. Hoben jang hoben ! 15 hours ago
    • Bersama sdr Rebin, Ket.AMK Neg 9 @ pej Parl T.Kemang. Dialog penyokong2 & pimpinan parti cabg T.Kemang. Wakil rakyat mesti cinta pengundi ! 18 hours ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

PLKN harus dikaji semula

Dipetik dari www.suarakeadilan.com -

PLKN harus dikaji semula – Shamsul Iskandar
Isnin, 3 November 2008 • Kategori: Angkatan Muda, Berita Semasa, Berita Utama, Nasional
Oleh ABBAS IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER (SK) – Pendekatan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) patut dikaji semula secara holistik bagi menghasilkan keberkesanan dalam program tersebut.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin Jabatan Latihan Khidmat Negara harus bergerak pantas dalam mencari satu resolusi setelah empat tahun usia program dilancarkan.

“Kerajaan kena kaji semula secara menyeluruh dan modul, kurikulum kursus harus di beri penekanan agar lebih berkesan. Bukan sekadar latihan fizikal, kawat, meredah rintangan dan seumpama yang dilihat begitu ’stereo-type’. Pembangunan Insan harus di beri penekanan,” katanya.

Tambahnya, PLKN sepatutnya tidak dijadikan alat politik Kerajaan Barisan Nasional, dan program itu menurut beliau perlu menunjukkan kesungguhan untuk membina sahsiah remaja.

“Berjuta-juta ringgit wang rakyat telah dibelanjakan untuk tujuan penubuhan PLKN, namun keberkesanannya belum dapat kita lihat menghasilkan sesuatu yang benar-benar boleh dibanggakan,” katanya lagi.

Menurutnya, beliau berasa kecewa dengan peristiwa-peristiwa remaja-remaja wanita yang dicabul kehurmatan, dirogol, ada yang mati dalam keadaan yang boleh dipersoalkan tapi seperti biasa dinafikan. Menurutnya perihal sebegini sungguh mendukacitakan.

“Kepada peserta yang beragama Islam, amal-ibadah perlu di beri keutamaan dan dititikberatkan. Kena ada satu rumusan agar ‘Pembanguan Insan’ itu, harus didahulukan. Kalau mengikut model dari negara jiran, Singapura, hanya peserta lelaki dibenarkan ikut latihan,” katanya lagi ketika dihubungi Suara Keadilan Online pagi ini.

10 Respons

  1. PLKN memang merupakan suatu landasan untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam jiwa remaja di negara kita. Tapi walaubagaimanapun, ia harus menekankan disiplin yang tinggi supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini. Memang ada juga saya dengar kes remaja wnita PLKN yang dicabul dan dirogol dan ada juga yang suka rela melakukan seks bersama pasangan yang baru dikenali. Perkara ini tidak akan terjadi jika kawalan yang ketat dan disiplin yang tinggi diamalkan. Ataupun, hadkan pergaulan antara lelaki dan wanita di dalam aktiviti-aktivitinya. Mana aktiviti yang perlu diasingkan antara lelaki dan wanita, kita asingkan…

  2. i had the uncomfortable task of sacking 3 of my staff after they returned from their SO CALLED NATIONAL SERVECE. They were very hard working polite staff working for a bumi company of which I was the g.m. before they left for their national service. We kept their positions open for them for the duration of leave, when they return, mind you there was a total pyscological change when they returned. before where they were polite, they became lazy, uncooperative, abusive to fellow bumi staff, rude to supervisors and the throwing of tantrums and shouting loudly and using foul language became the norm, if this was one staff, we could put it down to a personal problem, but when 3 staff members showed these traits, and all 3 going to 3 different camps, I had to ask this very relevent question, what the hell are they running there, 2 were girls and 1 was a boy. all 3 staff had to be let go within a week after their return, and this was requested by their fellow staff, who said they were being bullied very badly. Now if any staff that goes for the SO CALLED NATIONAL SERVICE WE DREAD WHAT WE ARE GOING TO GET BACK IN RETURN.

  3. saya sokong dan perempuan tidak sepatutnya mengikut PLKN. Hanya lelaki seperti USA.

  4. Pada pendapat saya PLKN harus dibatalkan sahaja, jika matlamatnya untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa remaja atau untuk memupuk semangat perpaduan, ia boleh dilakukan disekolah-sekolah iaitu melalui aktiviti ko-kurikulum pakaian seragam seperti pengakap, kadet tentera, kadet polis, PBSM, dan sebagainya…

    Kerajaan patut gunakan budget PLKN yang banyak tu untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum pakaian seragam seperti memperbanyakkan lagi perkhemahan peringkat daerah, negeri dan peringkat kebangsaan semasa cuti sekolah, dan pelajar yang menyertai aktiviti peringkat kebangsaan diberi elaun seperti peserta-peserta PLKN…

    Kalau nak buat juga PLKN (National Service) tu, saya sokong kalau LELAKI sahaja yang pergi… Macam kat US..

  5. Kadang-kadang program yang dibuat kerajaan ini ada agenda yang tersembunyi untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Bila ada udang disebalik batu maka hasilnya tidak akan dapat seperti yang kita harapkan.

  6. PLKN TAK GUNA MENYUSAH KAN ORANG JE KLAU ORAng NK SAMBUNG BELAJAR PUN TAK BOLEH MENYUSAH KAN JE BEB ……………………………………………………………………………..

  7. KTE PATUT ADEKAN MOGOK BANTAH………….. SESIAPA YANG TENGAH BELAJAR PATUT DIKECUALI KAN BAGI LAH PADA ORANG YANG TAK DE HALA TUJU JE KAN ELOK BAGI MEREKA HALA TUJU

  8. plkn menyusahkn…main paksa2 je..mana taknye..kalau tak hadir,d kenakn hukuman…aku ni bkn diri sndiri yg mau pegi,tp di pilih sesuka hati je tnpa mntk izin…nnti kalau aku di ambil tndkn,aku tdk akn berhenti brdoa spya org2 yg spttnya di persalahkn,akn di timpa bala,hidup merempat di dunia dn akhirat…AAAMIIIINNNN……….

  9. lupe nk g tau..aku ni sbnrnya nk jga bpk aku yg ada mslh pglihatan..KALAU AKU TAKDE,SAPA LAGI YG DPT JAGA BPK AKU?????ni kalau aku di ambil tndkn sbb tak hadir plkn,AKU SUMPAH ORG YG TAK DA KEPALAK OTAK TU AKAN JADI BUTA!!!! nah!!! rasekan mcm mane kalau jadi gitu…..

  10. pelaksanaan program PLKN perlu dikaji semula..kewajarannya..keberkesanannya dan implikasinya kepada semua pihak.

Tinggalkan jawapan