Penahanan Pimpinan AMK Trengganu : Permohonan Reman selama 4 hari ditolak

Saya baru sahaja mendapat taklimat daripada Saudara Kamarulzaman, peguam yang ditugaskan untuk mengendalikan penangkapan pimpinan AMK Trengganu diketuai oleh Fariz Musa. Pihak polis telah membuat permohonan supaya mereka semua ditahan reman selama 4 hari mulai hari ini.
Hujah mereka ialah memandangkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang [...]

AMK Bidas Penahanan Ketua AMK Terengganu

5 Januari 2009
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak polis yang menahan Ketua AMK Terengganu, Sdr Fariz Musa dan lima lagi ahli Skuad AMK Terengganu yang sedang menampal poster di sekitar bandar Kuala Terengganu, awal pagi tadi.
Penahanan Fariz yang juga Tmbalan Ketua AMK Pusat jelas merupakan satu bentuk intimidasi awal [...]

Fariz Musa Ditahan Polis

Sumber BuletinOnline
Kuala Terengganu – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Terengganu Fariz Musa telah ditahan oleh sepasukan tiga kereta peronda polis pada jam 5.10 pagi, Isnin 5 Januari.
Timbalan Ketua AMK Terengganu, Muzafeq Muhammad berkata demikian ketika menghubungi Buletinonline pada jam 5.30 pagi.
“Saya berada di Balai Polis Kuala Terengganu, Fariz telah ditahan dan kini sedang disoal [...]