• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Menghadiri majlis penutup prog Karnival Sukan Rakyat di Dun Permatang, Tjg. Karang anj PeBT. Tahniah Hj Yahya http://tweetphoto.com/6819576 1 day ago
    • 3: Hijrah merupakan titik mula kpd perjuangan membangunkan masyarakat dan kemudiannya membina sebuah negara. http://myloc.me/2cbr3 2 days ago
    • Sh.Yusof: Rasul rancang strategi hijrah dgn rap. Beliau pilih Abu Bakr, Ali, Asma' & penunjuk jln yg pintar serta duduk di tempat selamat. 2 days ago
    • Sh. Yusof: Kemenangan di dlm perjuangan ialah a/bila kita berjaya mempertahankan prinsip, pegangan & aqidah walaupun dizalimi & dianiaya 2 days ago
    • Ribuan hdr kuliah Sh. Yusof AlQardhawi. Kuliah dimulakan dgn menceritakan hubungan rapat dgn @AnwarIbrahim. http://tweetphoto.com/6732768 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

50 Juta lompat BN: AMK Lapor SPRM

dari Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI (SK) – Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan akuan Ketua bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda, yang ditawarkan RM50 juta bagi menarik Adun Perak menyertai Barisan Nasional.

Laporan berkenaan akan dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya tengah hari ini.

Ketika dihubungi pagi ini, Shamsul berkata akuan yang dibuat oleh Fauzi adalah sesuatu yang serius, dan menurutnya laporan yang dibuat ini haruslah disiasat oleh SPRM.

“Dalam akuan yang dibuat oleh Fauzi, ini disebutkan secara terperinci bahawa Najib Razak terlibat dalam dalam urusan ini,” kata Shamsul.

Semalam dalam satu sidang media, Fauzi mendakwa bahawa Timbalan Presiden United Malays National Organisation atau Umno, Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti.

Menurut akuanya, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.

“Perkara ini adalah serius, SPRM digesa untuk menyiasat Najib Tun Razak mengenai dakwaan yang dibuat oleh Fauzi secara terperinci,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

3 Respons

  1. Bro, tak nak mintak tolong GERAK buat report ke?

  2. Menipu, org Melayu tak payahlah sebut pasal 50 juta..tak logik. Setengah juta cukuplah.. kelabulah bijik mata tu.. kok nak menipu biarlah yang masuk akal.

  3. hebat sgt ke org nak bagi 50 juta. bodoh tul …mananyer PKR auta belake…

Tinggalkan jawapan