Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) : Jangan jadi “lembu” Barisan Nasional

Semalam, saya berceramah bersama-sama YB Yusmadi Yusoff, Ketua AMK Pulau Pinang, YB Taufek, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan dan YB Aminuddin, Adun Sikamat di Ampangan Negeri Sembilan. Tajuk ceramah ialah Krisis Politik di Negeri Perak. Saya terkejut apabila melihat kehadiran ribuan rakyat Negeri Sembilan di mana dalam anggaran saya ialah sekitar 5000 orang (paling tidak pun jauh lebih ramai daripada demonstrasi Hishamudin di dalam bilik dingin di PWTC). Tahniah kepada Sdr Rosidan dan pasukan.

Dr. Azam, Ketua Keadilan Bahagian Seremban mengingatkan saya tentang amaran Polis supaya isu Negeri Perak tidak dikupas di dalam ceramah ini. Saya jawab tidak mengapa ada 2 orang peguam malam ini termasuk seorang ahli parlimen, mungkin polis akan lebih berhati-hati. Justeru saya memulakan ceramah dengan memberikan kupasan mengenai rasuah lembu yang di ambil tindakan serius oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya juga menggantikan Negeri Perak menjadi Negeri “Silver”.

Saya tegaskan kenyataan Pengerusi SPRM, Ahmad Said Hamdan yang bersungguh-sungguh ingin mendakwa Tan Sri Khalid, Dato’ Menteri Besar, Selangor di dalam isu rasuah 46 ekor lembu telah menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau mempunyai tahap pemikiran “kelas tabika Kemas”. Ini kerana menurut maklumat yang saya dapati daripada Pejabat SPRM Negeri Selangor, siasatan mendedahkan tiada kes rasuah (no case to answer) di dalam isu rasuah lembu ini. Justeru, kenapa apabila sampai laporan hasil siasatan ke meja Ahmad Said, ianya bertukar menjadi ada kes untuk dijawab ? Jawapannya ialah kerana Tan Sri Khalid merupakan pimpinan KEADILAN dan bukannya UMNO atau BN. Asas dakwaan ialah politik !

Untuk makluman Ahmad Said ini merupakan seorang pegawai kerajaan yang kurang ajar dan tidak mempunyai adab sopan. Ketika beliau menjawat jawatan Pengarah BPR di Sabah, beliau pernah menahan Pairin Kitingan, sewaktu itu Ketua Menteri Sabah daripada Parti PBS di bulatan jalanraya Teluk Likas dan tidak di pejabat atau di rumah. Mungkin Tan Sri Khalid juga akan menerima nasib yang sama !

Keduanya, secara perbandingan saya bangkitkan mengenai ratusan laporan yang telah difailkan oleh AMK terhadap pimpinan UMNO/BN khususnya Najib Tun Razak mengenai pelbagai perlakuan rasuah dan penyelewengan. Terbaru, laporan AMK mengenai rasuah politik wang sebanyak RM 50 juta yang ditawarkan kepada Fauzi Muda, Ketua Keadilan Ipoh Barat oleh Najib bagi tujuan merasuah 2 wakil rakyat KEADILAN untuk lompat parti. Sebelum ini, laporan mengenai Eurocopter yang dibeli dengan harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran. Ketika itu Najib menjadi Menteri Pertahanan. Itu belum lagi laporan mengenai kapal selam dan kapal terbang Sukhoi.

Apakah pernah kita mendengar Najib dipanggil untuk memberikan keterangan di dalam semua laporan rasuah yang dibuat terhadap beliau ? Jawapannya nahi kabi nahi. Kesimpulan saya mudah. SPRM nampaknya terus-terusan merelakan organisasi mereka menjadi alat dan perkakas kepada UMNO/BN. Di dalam bahasa yang mudah, mereka telah menjadi “lembu” kepada UMNO/BN.

Saya telah cadangkan kepada hadirin yang hadir untuk bersama-sama saya ke seluruh pejabat SPRM di Semenanjung dan Sabah/Sarawak sambil kita membawa lembu yang akan kita gantungkan di leher semua laporan rasuah yang telah dibuat oleh AMK dan pihak-pihak lain untuk menunjukkan protes kita. Mungkin lembu-lembu ini boleh mengajar Ahmad Said dan SPRM makna keadilan !

Ayoh rakyat. Jom bangkit. Tarikh dan waktu akan diberitahukan kelak. Yang pasti minggu depan. Sesiapa yang ingin menderma lembu di minta menghubungi Setiausaha Kerja AMK, Saudara Hasmuzair di talian 0148422155.

26 Respons

  1. PKR patut suruh Ahmad Said Ketua Macc dedah apa recommendation BPR kepada AG terhadap kes2 ni:

    1. Rafidah Aziz
    2. Rahim Thamby- setujukah ACA bila AG gugur pertuduahan
    3. Mike tyson
    4. Muhyideen Yasin
    5. Gani Patail & Musa Hasan hasil laporan Anwan-kes palsu mata lebam
    6. Nazri Aziz
    7. Musa Aman
    Kalau Ahmad Said kata kes Khalid keterangan kuat, tanya dia adakah keterangan kes2 diatas lebih kuat dan rasuah yang dilakukan lebih hina dari kes Khalid.

  2. Lawan tetap Lawan.
    Memalukan seorang pegawai tinggi Melayu tapi tak ada harga diri dan tidak berani berlaku adil. Masa akan menghukum mereka ini, sungguh memalukan bangsa ku.
    Ayuh….. AMK , mari kita bawa lembu dan diletakkan didepan pejabat mereka,

  3. Desakan untuk anjuran perhimpunan !
    Desakan ini dibuat terhadap pemimpin PR mengadakan perhimpunan besar besaran menerangkan isu semasa yang berlaku terutama dalam usaha BN untuk merampas kuasa di Perak dan Selangor. pemimpin PR yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP di minta memberikan fokus.

    Cadang perhimpunan – Stadium Shah Alam.

    antara perkara menarik untuk di ceritakan
    1. Sejarah derhaka UMNO dan perubahan Perlembagaan oleh Mahathir
    2. isu pemimpin UMNO yang tendang pintu istana – klik sini
    3. Peristiwa rampasan kuasa di Perak – klik sini
    4. Agenda Rampasan kuasa di Selangor

    tetamu yang mesti hadir perhimpunan tersebut
    1. DS anwar ibrahim
    2. DS nizar
    3. Lim Guan Eng
    4. Dato’ Harun Din

    permohonan ini diminta oleh para penyokong dan rakyat di akar umbi yang perihatin kepada keadaan semasa.

  4. this was posted in various blogs around the time of pru12 last year…. it’s an unverified story related to this ahmad said fella…

    read on…


    Just to inform you that the Malaysian Airlines pilot recently convicted in Australia for possession of child pornography is a declared Malay, Muslim , AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID, staff number 1086993 and is non other than the son of the Director General of the Anti- Corruption Agency of Malaysia , DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD SAID BIN HAMDAN who has himself come to a CORRUPT agreement with IDRIS JALA , the Managing Director and others in Malaysia Airlines ,’ not to take disciplinarry action as required in the company policy ‘ against his son for his criminal conviction.
    I will be forwarding this information worldwide to educate them on the state of affairs in Malaysia and they can evaluate for themselves the Government’s declarations of truth , cleanliness, transparency, Islam Had etc. Drugs was one thing but sometimes , this child porn strikes different cords !!!!! Who cares about technicalities ?
    I guess god is helping me to punish the criminals who have tried to destroy me and my family for being professional. God must also realise that I was also injured for being INDIAN in MALAYSIA .
    Thank you
    Captain Reinu Balakrishnan ..”

    carmanio

  5. Ya, memang mengeramkan perbuatan lembu tu. Tolonglah jangan angap rakyat bodoh lagi. Bila datang PRU13 akan datang perubuhan juga. Harap2 masa tu lembu tu pun di siasat juga.

  6. POWER TO THE PEOPLE!!! (John Lennon)

    saudara shamsul,

    let’s start a fund for this endeavour…

    pls publish a bank account number.

    carmanio.

  7. SPRM memang tak guna. Banyak kes yg melibatkan pihak pemerintah sampai sekarang tidak tahu kesudahannya. Senyap aje. Contoh kes saman Anwar dan kes VT Lingam. Bukti jelas dan cukup tapi sampai sekarang tiada satu tindakan diambil. Cukup memualkan. Ahmad Said , awak tu orang Islam. Berakhlak seperti ptang Islam. Tunjukkan contoh yg baik pada orang bukan Islam yg Islam amat tegas dengan rasuah, korupsi dan apa juga kesalahan tanpa memilih bulu dan idealogi. patutnya yg dulu di dahulukan…lembab betul. Penghabihkan duit rakyat aje.

  8. Unlimited Money Nabbing Organization
    Unethical Money Nabbing Organization

  9. pda pertengahan tahun 80an, jabatan pertanian telah mengkacuk haiwan seladang dan lembu dan dari situ, lahirlah species SELEMBU. hasilnya tidak berjaya menawan hati masyarakat tempatan dan projek kacukan ini mati begitu saja.

    SPRM banyak mengingatkan aku tentang spcies bernama SELEMBU ini.

    salaam

  10. Ahmad Said teruk daripada lembu BN…Memang muka dia sebijik macam lembu tapi aku rasa dia lebih menyerupai keldai!!!

    Buang masa aje kita bongkar gegala rasuah konco-konco BN…SPRM pun dapat gaji dari BN…

  11. ahmad said berok umno

  12. sama samalah aminkan doa kita ni..

    Bismillahirahmanirahim…
    Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
    selamat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para Sahabat Baginda

    Ya Allah ya tuhan kami….

    Kau hancurkanlah orang yang sentiasa membuat finah dimuka bumi Malaysia ini…

    Kau terbalikkan segala fitnah mereka kepada diri mereka itu…

    Berilah kekuatan kepada kami yang terinyanya ini…

    Berilah kami kekuatan untuk menentang mereka Ya Allah..

    Ya Rahman Ya Rahim…

    Sesungguhnya penipuan dan rasuah di Malaysia terlalu teruk Ya Allah…

    Kau hancurkanlah semua pemfitnah dan perasuah..

    Kau hancurkanlah orang yang mempertahankan rasuah…

    Kau hancurkan orang yang menyokong fitnah…

    Kami sudah tidak mampu untuk menghadapi semua ini.. Ya Allah…

    Bantulah kami Ya Allah…

    Perkenankanlah permintaan kami ini…

    Hancurkanlah ketua ketua yang menghina Agama Mu Ya Allah…

    Hancurkan ketua ketua yang merancang segala rancangan jahat Ya Allah…

    Meraka derhaka kepada Mu Ya Allah…

    Mereka menindas rakyat yang lemah Ya Allah..

    Kami terhimpit Ya Allah…

    Kami dihina untuk membangunkan Agama Mu Ya Allah…

    Bantulah kami Ya Allah….

    Tunjukkan kami jalan untuk menentang mereka Ya Allah..

    Kau tunjukkanlah kepada mereka kebenaran yang sebenar…

    Kau jadikan mereka seperti kaum lut seperti mana kau hancurkan…

    Kau tenggelamkan mereka seperti mana Kau menenggelamkan Qorun….

    Kau hancur dan musnahkan mereka seperti Kau musnahkan kerajaan Firaun….

    Timbulkan seram dan takut mereka kepada kami yang mahu menegakkan Agama Mu Ya Allah…

    Ya Allah… Ya Tuhan kami…

    Perkenankanlah permintaan kami ini….

    Makbulkanlah permohonan kami ini… setiap kali kami bermohon kepada Mu Ya Allah…

    Kami rakyat yang lemah.. hanya kepada Mu tempat kami memohon… Ya Allah…

    Inilah ikhtiar kami Ya Allah..

    Hanya Engkaulah tempat kami berlindung…

    Selamatkan kami rakyat yang lemah ini..

    Amin Ya Rabbal Alamin….

  13. jatuhkan macc sprm bpr semua sama saja rasuah oleh bn!!!! mansuhkan bn umno yang kianat rakyat

  14. Asalam’kum abg shamsul,ceramah abg kat Ampangan tu sungguh kelakar dan menarik.harap abg selalu la dtng Seremban beri ceramah.tq

  15. Salam utk semua rakyat Msia yang BENAR2 cintakan kedamaian dan keamanan.
    Tak usah cakap banyak2 lah dengan pihak SPRM ni. Memang tak tahu dan erti bahasa langsung!
    Nak perlu ajar si anjing2 yg duduk kat dalam tu betul2.
    Memang dah jadi setan pun. Bukannya anjing. Istilah anjing tu terlalu lembut lah.
    Kalau sebutan anjing tu, masih lagi mahluk Allah yg dapat di ajar dengan betul dan faham bahasa, kalau kita ajar dengan baik.
    Kalau setan lebih tepat lagi nak kategori kan jenis setan2 yg ada bertopengkan manusia ni.
    Tak usah berlembut lagi dgn setan2 ni. Nak kena main kasar juga sekarang.
    Biar mereka tahu, rakyat kebanyakan dah muak dan meluat tengok tingkah laku mereka yg biadap lagi korup dan rakuskan kuasa ni.
    Tengok muka director tu pun, dah tahu perangainya. Dengan mulut2 dia tu, ketika bercakap mencerminkan kedengkian dia dan watak dia ni. Muka mcm jahanam!
    Tak tahu kah di ni, anaknya dah kena tangkap sebar gambar lucah ketika berada kat Australia tu!
    Nak percaya lagi cakap si bedebah tu! Masih tak sedar diri lagikah?
    Director konon! Langsung tak malu, tak takut kan Allah. Perangai mcm tu, tak hairan lah anaknya ikut jejak sama.
    Bapa borek, anak rintik. Jaga lah anak tu. Ajar baik2. Jgn jadi kurang ajar mcm diri tu. Menyusahkan rakyat Msia aje. Bayar gaji tu tapi tak buat apa2. Asyik mengampu aje si BN tuuuuuuuuuuu aje.

  16. Nak panggil lembu tu pun , saya rasa kurang tepat. Jauhhhhhhhhhh lebih baik lembu dari si bedebah ni. Kalau lembu kita sembelih, buat sop ekor, panggang kah, barbeque ada juga enak dagingnya.
    Tapi daging mereka ni, siapa nak makan?
    Bagi aje lah dan lempar kat Neraka Jahanam tu.
    Tu lah se-elok2 tempat mereka. Munafik dan tak jujura dalam menjalankan tugas negara. Buat malu orang dan Bangsa Melayu aje.
    Nanti sedap2 tuduh bangsa lain pula yg buat kacau kat Msia ni.
    Derhaka lah, tak patriotik lah…. apa2 aje lah!

  17. memang sudah sewajarnya tindakan ini diambil..kita mesti membangkitkan rakyat secepat yang mungkin.. sebelum pristiwa yang lain akan timbul lagi dan menenggelamkan isu yang lain

  18. Oitt….Habis jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, SPRM jadi apa pula…bapa lembu?

  19. [...] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) : Jangan jadi “lembu” Barisan Nasional Semalam, saya berceramah bersama-sama YB Yusmadi Yusoff, Ketua AMK Pulau Pinang, YB Taufek, Ketua Dewan Pemuda PAS [...] [...]

  20. Masa sekolah rendah dahulu, guru pernah berpesan bila kita kata orang tu lembu, KITALAH LEMBU!!!!!

  21. kita sesama islam tidak sepatutnya menggelarkan orang islam lain itu sebagai lembu dan lain-lain. Kita lahir didunia ini telahpun di beri nama oleh ibubapa kita. Belajarlah mengenali diri sendiri terlebih dahulu…. kita sesama islam kan bersaudara. Asal sahaja kena batang hidung sendiri tak betul lah orang itu dan orang ini….. tapi kalau pada orang lain tak cakap pun. Walau bagaimanapun saya tidak pelik kewujudan fenomena ini kerana ini akhir zaman manusia dah mula nyanyuk dan gila kuasa. dan sampai hari ini ada hamba ALLAH masih lagi gila kuasa tersebut tapi belum di berkati oleh ALLAH swt.

  22. ya Allah berilah taufik dan hidayah ampuni ah dosa mereka mereka yang daif lagi dungu ini yang sentiasa merasakan diri lebih mulia dan berilmu dari orang lain jauhilah sifat panas baran caci nista dikalangan mereka jauhilah mereka dari kalangan pemakan daging saudara mereka sendiri jauhilah mereka dari sifat takbur riak dan bongkak insyaalah mereka akan menjadi pemimpin yang dihormati dan digeruni oleh org2 kafir hendaknya….AMIN (doa mlm Jumaat)

  23. saya berasa pelik,apabila manusia diberi dua mata untuk melihat diberi akal untuk berfikir dan menganalisa baik atau buruk,diberi satu mulut untuk bercakap benar dan mengatakan tentang kebenaran . Kita tidak perlu memaki-hamun orang lain,kerana perbuatan tercebut sangat buruk,memalukan dan mencemarkan diri,keluarga dan keturunan kita. Saudara tidak perasan ke?. Jika perbuatan buruk saudara itu diketahui oleh orang lain, susahnya ibu bapa,anak-isteri, adek beradik cuba untuk menghadapi masyarakat akibat perbuatan saudara. Diikhrat lagi sengsara untuk menmenanganinya.allah wallam.

  24. Untuk menentukan pembangunan,tentukan wujud keamanan,untuk tentukan keamanan,jangan rosakkan institusi negara,spt. Kehakiman,polis,tentera,kementerian,jabatan dan lain-lain. Orang yang memerintah dengan cara merosakan institusi negara adalah perbuatan komunis atau terpengaruh dengan komunis atau sosialis. Faham-fahamlah kawan.

  25. Diberikan amanah untuk ditunaikan. Diberikan kuasa untuk mempertahankan. Diberikan peluang untuk dibuktikan. Nah apa lagi SPRM. Selaku sebuah badan yang diberi tanggungjawab membanteras rasuah, jalankanlah amanah itu. Jika tak mampu serahkan amanah itu kepada orang lain. Kenapa kes-kes berprofil tinggi perlu dirujuk ke Peguam Negara atau Pejabat Menteri/Pejabat PM. Jika dirujuk dah tentu wahyunya menyebelahi mereka. Kes orang Musa Aman ditangkap bawa duit dua beg ditahan dilapangan terbang Hong Kong, apa jadi. Duit sapa tu……??????Jawab saudara Ahmad Said…………..

  26. usah kiter mengata org…jika kiter x salah..buat aper nak takut…kebenaran akan datang jugak…fikirlah sendiri…

Tinggalkan jawapan