• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • That the Orangutan is an animal of the human form, inside as well as outside... Lord Monboddo, 1774. Di Semenggoh Orangutan centre 15 hours ago
    • Habiskan masa spjng pagi di Kg Budaya Swak. Rakyat Swak kaya budaya & hasil bumi tp sayang dirompak oleh pemim http://tweetphoto.com/7280143 17 hours ago
    • Kezaliman polis berterusan, Ketua AMK Neg 9, sdr rebin birham & Isma dtahan polis ketika edar risalah qazaf @AnwarIbrahim d msjid jln jelebu 1 day ago
    • @ KLIA, to Kuching with my wife and Sam Jrs, Balqis & Bukhary. Selamat menyambut maulid Nabi Isa A.S 2 days ago
    • Menghadiri majlis penutup prog Karnival Sukan Rakyat di Dun Permatang, Tjg. Karang anj PeBT. Tahniah Hj Yahya http://tweetphoto.com/6819576 6 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

Pemuda UMNO Jangan Berperangai seperti Lembu !

Saya dihubungi oleh rakan-rakan media ingin mendapatkan komen mengenai pergaduhan fizikal di Parlimen antara MP “OKU” Karpal Singh dan Pemuda Umno semalam. Saya nyatakan dengan tegas bahawa siapa yang makan cili dia yang terasa pedas. Apa yang Pemuda UMNO lakukan semalam menunjukkan budaya “gangsterism” dan kurang ajar masih lagi menjadi “trade mark” mereka. Saya tidak bercadang untuk mempertahankan Karpal apabila dia menyatakan bahawa Pemuda UMNO CELAKA. Akan tetapi, bukankah sumpah seranah menyerang pemimpin-pemimpin UMNO dengan perkataan “Celaka” tidak merupakan sesuatu yang asing atau pelik di kalangan orang Melayu sendiri ? Yang dicaci bukan Melayu tetapi Pemuda UMNO !

Saya turut membidas dan mencabar Nazri Aziz sebagai Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Parlimen untuk meminta maaf secara terbuka kepada Karpal di atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab daripada pegawai-pegawai keselamatan Parlimen. Laporan surat khabar The Star memberitahu bahawa para pegawai keselamatan apabila diminta tolong oleh Karpal menjawab bahawa mereka hanya menjaga keselamatan di dalam bangunan Parlimen dan tidak di luar bangunan Parlimen. Apa punya turr…

Sikap dan tindakan mereka jelas “double standard”. Apabila tetamu Pakatan Rakyat ingin menyerahkan sebarang memorandum di Parlimen dan bukannya untuk mencampak Abdullah Badawi, Najib Razak atau mana-mana MP UMNO/BN, bukan sekadar pegawai keselamatan Parlimen yang garang malah pasukan FRU turut dikerahkan. Kalau Pemuda UMNO boleh lakukan kepada Karpal, apa jaminan mereka tidak akan lakukan kepada Dato’ Seri Ketua Pembangkang dan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Jangan sampai AMK bawa Lembu atau Kereta Lembu lambang Lexus ke Parlimen sudahlah !

12 Respons

  1. Perkara diatas membuktikan Pemuda UMNO adalah gengster yang berlesen di negara ini!

  2. Well said Shamsul…….bukan melayu tapi pemudah umno yang celaka….It is high time the senior UMNO leader should put a tight rein on this hot blooded umno youth. This are people who will be the future leader that is if umno is not wiped out by the next national election.I think its high time everyone should get together for the betterment of the country and condemm this kind of attittude.

  3. LEMBU ATAU CELAKA – SAME JE

  4. These men must be brought to justice! No respect for the law right there in the parliament – even bashing MPs at the Parliament lobby! I was at the lobby once and the Parliament lobby was swarmed by police – so where are they then? It looks like UMNO is inculcating in the Malay-Muslim youth, an increasingly fascist, racist and sadist culture – is it any wonder that you have Malay policemen who tortured and murdered people, like unfortunate Altantuya there, and unfortunate suspects or inmates in custody, especially from the Indian communities and beggars as reported in Amnesty Report?

    Katharina Sri (former: Noor Aza Othman), Germany.

  5. Saudara , next time kita jangan bawa lembu. Kalau mereka bolih lakukan sikap biadap kepada Karpal Singh tidak ada sebab orang lain tidak bolih melakukan perkara yang sama kepada pemimpin UMNO.
    The BN leaderships must realize and stop fooling themselves and believe that they can do anything they like as though this nation belong to UMNO Malays only.
    Kesabaran itu ada batas nya tetapi kita bangga bahawa PAKATAN leaderships are still sober but let tell them that don’t take thing for granted. It is the tipping point.
    Kenapa pemimpin UMNO senyap dan tidak membuat pendirian. Alahai……!!! memalukan.

  6. hari ini kita memilih pemimpin untuk membahaskan masalah parti mereka……
    bukan masalah rakyat….

  7. Dia orang ingat dia orang sangat pandai dan gagah berbuat demikian. Bagi saya makin dia orang buat makin jahanam untuk umno. Rakyat tak buta dan pekak. Rakyat makin terasa dan kemudian akan bersuara. Tunggu dan lihat umno hilang nanti.

  8. sama-sama gansterism. Pemuda UMNO bukan serang karpal singh sentuhpun tidak. Pemuda hanya ingin minta penjelasan tapi PKR buat demontrasi sana sini tu bukan gansterism ke. Tak cukup dengan manusia bawa lembu lagi. Pemuda UMNO Melayu dan Pemuda PKR juga Melayu yang kata celaka Singh patutpun dibuat begitu…. tapi pemuda PKR sanjung dia….. apa ke hai ni….

  9. assalamualaikum…

    kita sebagai orang islam jangan lah sesama kita bercakap seperti tiada tamadun, bercakap …ikut suka.. bagi kita orang melayu harus bersikap lebih terbuka tetapi tegas dalam membuat sesuatu keputusan. kita harus kaji dahulu kenapa mereka berbuat sedemikian rupa… anda tidak melihat apa yang karpal singh cakap …. mungkin saya hanya melihat secara ringkasan.. tapi inti pati tersebut nampak tidak beriktika sebagai seorang ahli parlimen.

  10. [...] Pemuda UMNO Jangan Berperangai seperti Lembu ! Saya dihubungi oleh rakan-rakan media ingin mendapatkan komen mengenai pergaduhan fizikal di Parlimen antara MP [...] [...]

  11. Lembu lebih baik dari pemuda umno b….

  12. zulnine, saya sokong anda. Org Singh tu cakap Melayu celaka..dan disokong oleh Melayu PKR, baguslah macam tu, mana maruah Melayu PKR? Pasal politik kau orang sanggup gadaikan maruah bangsa.

Tinggalkan jawapan