Nyza Ayob
Wed | Apr 08, 09 | 2:15:16 pm MYT
www.harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) – Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berpandangan referendum rakyat khususnya referendum golongan muda telah memberi pengiktirafan kepada calon muda, S. Manikumar yang akan membawa mandat rakyat Bukit Selambau dan keseluruhan rakyat negeri Kedah.
Beliau menegaskan kemenangan tersebut juga merupakan perjuangan untuk melakukan perubahan kerana calon yang dipilih bukan sekadar wakil rakyat tetapi bertanggungjawab melakukan perubahan pentadbiran pada politik negara.
Sementara itu, Shamsul Iskandar juga berpendapat kemenangan tersebut juga terus memperkasa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah serta mengubah sebuah pentadbiran yang ‘bobrok’ dan korup.
“Ini juga membuktikan pengaruh Tun Dr Mahathir sudah tidak lagi relevan dalam politik Malaysia yang mana Bukit Selambau serta Bukit Gantang menguburkan beliau,”katanya. – mks._
Pejabat Ketua AMK
Difailkan dalam: Angkatan Muda, Artikel, Berita Alternatif, KeADILan, Kenyataan Media, Keratan Akhbar, Media, Pakatan Pembangkang, Parti Politik, Pilihanraya, Politik, Setempat





Tahniah! AMK Bentong menghantar 16 orang selama 8 hari bertugas sepenuh masa di Bukit Gantang.
keep up the spirit & good work.
perjuangan masih panjang & seyik.