Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi secara jelas dan terang menggambarkan usaha berterusan Umno-BN untuk memastikan kemaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat terhalang.
Setelah pelbagai usaha jahat dan kotor untuk mengganggu gugat kestabilan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu, maka klimaks kepada usaha ini terlihat melalui perbicaraan mahkamah ke atas konspirasi kedua yang dipalitkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pembuktian bagaimana usaha terancang yang melibatkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara – ironinya keduanya adalah institusi besar di dalam perjalanan kes ini – sebermula konspirasi tahun 1998 dahulu, ditolak mentah oleh Mahkamah Rayuan.
Justeru hari ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), secara rasminya melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM).
KEJAM tidak ditubuhkan semata-mata berasaskan sentimen politik, tetapi bersandarkan kepada fakta perundangan yang bersifat imperikal yang secara langsung membuktikan bahawa konspirasi kes liwat kedua ini adalah satu usaha politik kotor dan terdesak oleh Umno-BN.
Pembuktian demi pembuktian telahpun dikemuka dan diperoleh, namun perencanaan jahat ini kelihatan berupaya menghasilkan keputusan yang memenangkan mereka dengan kerjasama daripada institusi perundangan dan polis yang telahpun membuktikan profesionalisme yang mencurigakan sepanjang proses penyiasataan dan perbicaraan awal kes ini berjalan.
KEJAM akan menggerakkan usaha menyatakan solidariti ke atas Datuk Seri Anwar, dan akan menyebarluas fakta-fakta dan bukti-bukti alibi yang sekaligus membuktikan bahawa konspirasi ini tidak lain hanyalah satu usaha mengekang kemaraan rakyat yang semakin hari semakin menolak Umno-BN.
AMK yakin dan percaya bahawa usaha kotor ini akan menemui kegagalan di tangan rakyat, malah impaknya akan lebih memberi kesan kepada Umno-BN, selagi mana mereka terus dijangkiti sindrom penafian bahawa rakyat semakin muak dan jelak ke atas konspirasi jahat ini.
Rakyat semakin celik dengan kebenaran, dan rakyat akan terus jelek untuk menelan ‘operasi pembodohan’ yang dijalankan Umno-BN secara berterusan.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Difailkan dalam: Aktiviti, Angkatan Muda, Berita Alternatif, Gambar, KeADILan, Kenyataan Media, Mahkamah, Pemuda Pakatan Rakyat, Politik, Say No To Najib






Kuliah Pengajian Syeikh Fuad Kamaluddin Malam Ini
Tarikh : 6 Julai 2009
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : No 15-1, Medan Bukit Indah, ampang
Kitab : Mujizat Isyrak/Mikraj
Semua di jemput hadir.
http://pondokhabib.wordpress. com
adalah satu perkara yang jijik yang jelek yang
berlaku di malaysia – tuduhan liwat thdp anwar
ibrahim part 1 dan kini part 2. tidak pernah berlaku
di mana-mana bhg dunia . di mana-mana bumi
kapior laknat sekalipun tetapi umno lebih laknat.
mana-mana orang melayu yang percaya adalah
sebodoh-bodoh orang melayu.
satu very simple common sense tentang pertuduhan
ini – sekiranya ianya berlaku , ia mesti ada cerita
not just simply buat dakwaan anwar liwat .
and the cerita if benar akan kita boleh rasa benarnya
n if kelentong akan jelas terang kelentong gaya
ceritanya . but there is no story at all, kerana if
there is story maka itulah cerita yang mana-mana
penerbitan akan bayar dengan harga apa pun .
dibarat banyak juga skandal seks tapi that scandal
berlaku kejadiannya tetapi di msia – malang ….
kisah saiful tiada kisah – samada anwar dengan rakus meliwat saiful atau diliwat bersama geng yang lain atau there is love story like brokeback mountain but tiada apa pun , hanya pertuduhan bokhong yang
jijik yang kita semua mesti bangkit menentang
jika tidak kita msia adalah malang kerana
membenarkan tradisi jelek ini , ingat qazaf adalah
hukum hudud , pertuduhan bohong liwat bukan
mainan politik , semoga saiful akan mendapat laknat dan najib dan pemimpin umno – lihat apa jadi pada
rang tua nyanyuk mahathir yang menunggu ajal
kini sedang membebel marah orang makan babi
Saya menyokong sepenuh tindakan Saudara Shamsul. Terus melawan kekejaman, saudara.
sama2 rakyat bersama pr